Risau Anak Tak Dapat SBP atau MRSM?
Anak gagal dapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2016? Tak berjaya dapat 6A untuk masuk sekolah menengah terbaik di Malaysia - SBP, MRSM? Usah risau mengenai penempatan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mahupun Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), atau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).Cuba anda lihat logik fakta hangat berikut:
Jumlah MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh dan SMKA di Malaysia..
- MRSM = 51
- SBP = 69
- SMKA = 55
- Jumlah = 175 buah sekolah
Sila buat pengiraan ya .. :)
Maka sekolah-sekolah ini memerlukan lebih kurang 21,000 orang murid UPSR 2016 untuk mengisi penempatan pelajar di sekolah berkenaan.
Akan tetapi, pada pengumuman rasmi keputusan UPSR 2016 oleh Kementerian Pendidikan; calon yang peroleh 6A hanyalah 4,896 sahaja. Ini bermakna, terdapat lagi 16,104 tempat dan kekosongan penempatan pelajar dan murid tingkatan satu yang perlu diisi.
Banyak ruang dan peluang. Dapat 5A, dapat 4A mahupun dapat 3A, masih ada harapan untuk dapat masuk ke sekolah menengah terbaik di Malaysia - SBP, MRSM, SMKA ...
Jadi; janganlah risau andai anak anda yang mengambil UPSR 2016 tidak mendapat keputusan 6A seperti yang anda harapkan.
[Baca] Syarat Masuk Tingkatan Satu Terkini ke SBP 2017Berdoalah, minta pada Tuhan, minta pada Allah S.W.T. Ibu bapa jangan putus harap, ini bukan penamat kejayaan buat anak-anak.
[Baca] Result UPSR 2016 Dapat Semua 'E' - Bukan Penyudah Sebuah KejayaanDan .. jangan pula ingat sekolah menengah harian biasa tidak bagus. Ada di antaranya merupakan sekolah yang lebih baik. Bezanya ialah, SBP dan MRSM ada persekitaran pembelajaran lebih baik, dan kemudahan untuk belajar yang lebih berkesan.
kena usahalah, jangan putus asa
ReplyDeletekalau tak dapat, jangan risau, banyak lagi sekolah lain ;)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.