Ruang Pengiklanan Percuma Menerusi Community Board. Jika anda seorang peniaga, seorang usahawan atau yang mahu menghebahkan bisnes serta produk tanpa sebarang kos, anda boleh cuba untuk meletakkan iklan anda di papan makluman komuniti atau Community Board.

Letak iklan percuma di Community Board? Tapi di mana? Aha .. ramai yang mungkin tidak tahu bahawa ada peluang untuk anda mengiklankan sesuatu dengan cara yang dibenarkan dan dibolehkan di satu-satu tempat tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Ruang Pengiklanan Percuma Menerusi Community Board

Ini bukan letak iklan haram ye. Ianya memang dibenarkan dan dikhaskan. Bukan macam iklan yang main pacak atau lekat atau paku ikut sesuka hati mak nenek sampai boleh ganggu orang lain.
Ruang Pengiklanan Percuma Community Board
Antara lokasi yang menyediakan ruang pengiklanan percuma Community Board ini adalah seperti di dewan orang ramai, masjid, surau, restoran makanan, kedai serbaneka dan bermacam-macam lagi. Anda akan nampak satu ruangan khas di satu sudut selalunya di pintu masuk premis dan bangunan terbabit dan tertulis Community Board.

Di tempat saya misalnya, anda boleh nampak ruang iklan percuma ini di kedai 7-Eleven, Stesen Minyak Petronas dan juga restoran Old Town White Coffee. Iklan bisnes, promosi produk atau hebahan awam boleh diletakkan di ruangan yang disediakan tanpa dikenakan sebarang caj. Malah, anda akan dibantu untuk memastikan iklan anda itu dipaparkan dengan sebaiknya.
[Baca] Bagaimana Nak Dapatkan Iklan Murah dan Percuma di Akhbar dan Majalah
Macam-macam iklan boleh letak, tapi iklan yang senonoh la .. contohnya macam iklan kat bawah ni .. huhu ...
Ruang Pengiklanan Percuma Community Board
Papan tanda makluman di masjid juga ada menyediakan ruang untuk hebahan dan iklan. Tetapi, bukan semua ruang Community Board boleh diletakkan iklan sesuka hati. Jangan pula disebabkan sudah tiada ruang, kita pi cabut dan koyakkan iklan atau hebahan orang lain ...

Kalau anda mahu cari ruang iklan percuma, bolehlah lihat peluang ini di tempat anda. Bentuk pengiklanan seperti ini sesuai untuk tumpuan tempatan.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement