Sale, Diskaun, Harga Runtuh Black Friday
Black Friday Dalam Istilah Perniagaan
Black Friday ialah hari di mana para peruncit seluruh dunia akan mula mendapat untung hasil daripada jualan mereka untuk tahun tersebut - seperti ditunjukkan dalam akaun imbangan perniagaan. Jika anda pernah belajar berkenaan prinsip akaun, dalam lejar .. andai jualan anda mendapat kerugian, anda akan tulis dengan pen dakwat merah. Jadi, Black Friday ialah dimana lejar dalam akaun kebanyakkannya akan berwarna hitam ... maka wujudlah Black Friday.Maka atas prinsip itulah, mana-mana online store yang telah mendapat keuntungan secara amnya dalam lejer atau akaun kewangan perniagaan untuk tahun tersebut, maka mereka akan membuat jualan Black Friday. Ketika Black Friday, akan ada banyak jualan murah, harga runtuh, kupon diskaun, potongan harga, belian percuma dan banyak lagi.
Black Friday Bermula di Amerika Syarikat
Di Amerika Syarikat, Black Friday dikenali sebagai hari permulaan untuk membeli-belah (shopping) sempena kedatangan tahun baru. Ianya akan berlaku sebulan sebelum sambutan Hari Natal atau Krismas; atau dengan kata lain 25 November setiap tahun. Dan menurut beberapa sumber, Black Friday juga hari selepas sambutan Hari Keyukuran (Thanksgiving) di Amerika; iaitu hari khamis keempat dalam bulan November.Pun begitu, mulai tahun 2013, jualan Black Friday telah bermula lebih awal dari tarikh sepatutnya; iaitu sebelum tiba hari Jumaat (Friday). Ada peruncit yang menamakan minggu jualan Black Friday sebagai Cyber Monday dan banyak lagi. Ia berbeza-beza mengikut sesetengah negara. Di Malaysia, jualan Online Revolution adalah salah satu darinya.
Black Friday Bukan Cuti Umum
Ia adalah satu fenomena dalam perniagaan jualan runcit seluruh dunia. Walaupun begitu, hari Black Friday bukanlah satu cuti umum; ia hanya sekadar istilah yang digunakan untuk membolehkan orang ramai mula membeli-belah dengan hebatnya. Sebab? Ada sale, diskaun dan harga runtuh sempena Black Friday. Dan di sesetengah negara yang terkenal sebagai tempat shopping, ia dijadikan satu tarikan utama untuk pelancong luar.Lazada Anjurkan Festival Shopping Online Sendiri
Salah satu online shopping di Malaysia yang ada jualan Black Friday ialah Lazada. Bukan setakat Lazada, banyak lagi online store yang tawarkan jualan dengan harga menarik, kupon diskaun dan banyak lagi. Untuk memastikan lebih banyak diskaun diberikan kepada pengguna, Lazada dan para peruncit online di Malaysia mewujudkan Online Revolution yang berlaku selama sebulan, dari 11 November ke 12 Disember (11.11 - 12.12).Kupon Diskaun Percuma Black Friday
Ketika Black Friday, bukan setakat online store yang menawarkan jualan harga menarik, tetapi juga beberapa laman web lain, termasuklah laman web yang menawarkan kupon diskaun untuk membeli-belah secara online. Salah satu laman web yang ada menawarkan kupon diskaun Black Friday ialah Picodi. Kod-kod baucer diskaun boleh anda peroleh secara percuma di Black Friday dan digunakan di beberapa online shopping store, termasuklah Lazada.Jika anda kaki shopping online, rebut peluang untuk dapatkan kod baucer diskaun dan juga potongan harga menarik ketika Black Friday. Ia adalah festival beli belah terbesar yang berlaku seluruh dunia setiap hujung tahun!
Go Shopping!
Baru tahu pasal istilah Black Friday. Thanks
BalasPadamBlack friday.....amcam-macam orang putih ni.
BalasPadamBukan setakat orang putih .. orang hitam kat Afrika dengan India pun buat Black Friday ni .. sebab nak dapatkan untung dengan mudah. Time ni senang nak buat sale.
Padamtgh tunggu Black Friday ni..nak beli software..ehee
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.