Tips menjemput dan murah rezeki. Saya suka nak kongsikan petua-petua dan tips jemput rezeki. Sebab apa? Sebab zaman sekarang, ramai antara kita yang kerap mengeluh - rezeki sempit, rezeki kurang dan sebagainya. Walaupun tidak diucapkan secara direct, tapi ia boleh terluah apabila kita menyebut perkara lain atau sesuatu yang diibaratkan satu sesalan.

Paling saya nampak, ialah keluhan ramai yang tercatat di media sosial terutama sekali Facebook. Tidak mahu menipu diri, saya juga tak terkecuali dari melakukan perkara ini. Kenyataan seperti .. "Aduh, harga minyak naik lagi .."; "Alamak, banyak ni je dapat??" ... atau "Ishh .. takkan 4 A je dalam UPSR"... boleh digambarkan sebagai satu keluhan yang boleh membawa kepada sifat melupakan akan nikmat Allah S.W.T.

Status Facebook Tentang Rezeki Yang Boleh Diamalkan

Saya nak kongsikan kepada anda, tiga status yang tertulis di Facebook mengenai rezeki. Status-status ini telah mendapat ribuan likes, dan dikongsikan oleh ramai pengguna Facebook sehingga ia menjadi viral. Ya, semua orang suka akan status yang bercerita soal rezeki, tetapi agak malang sebab ramai yang hanya sekadar membaca status tersebut tanpa dilakukan sesuatu yang boleh menjemput rezeki.

Mari lihat 3 status mengenai rezeki yang saya maksudkan ....

Status #1 - Apa Tanda Kita Syukur?

"Abah, how do you face and handle the situation bila usaha sana sini, hasil seperti habuk? Sebagai manusia, tipu la kalau kata rasa hampir putus asa tu tak ada."

Pesanan Telaga Emas :
"Time susah, istighfar. Time senang, istighfar. Time rezeki sukar dapat, istighfar. Time apa-apa pun situasi, istighfar. Istighfar.

Surah Al-Waqiah tu baca hari-hari. Kena faham 1 perkara, baca tu bukan asbab you dapat rezeki lagi banyak. Rezeki you memang dah tetap. Baca sebab tu tanggungjawab kita. Tanda kita syukur.

Dalam jemput rezeki, just usaha dan sabar menanti hasilnya. Latih diri tu saborrr. Pengalaman dan konsisten tu mahal. Understand, dear daughter?"

"Yeah, I do."
Status Facebook Tentang Rezeki Yang Boleh Diamalkan

Status #2 - Dua Amalan Percepat Rezeki

2 amalan yang diceritakan dalam buku 'Percepatan Rezeki Dalam 40 Hari Dengan Otak Kanan' oleh Ippho Santosa:
  1. Sedekah sebahagian daripada harta yang kita ada. Berapa? Biasa kita dengar 10% kan. Kali ni tingkatkan beri sebanyak 20-50% dari duit yang kita miliki.
    • "The more you give, the more you get back."
  2. Zikir Ya Fattah Ya Razzaq sekerap mungkin. Seringkan diri basah lidah dengan berzikir kepada Allah.
Kuncinya - Doa, amal dan usaha.
Tips Jemput Rezeki

Status #3 - Abah Kata 'No' Bila Minta Doa Capai Target Sales

Setiap kali masuk sales, saya akan cakap dengan umi. "Umi, hari ni masuk sales!"

Dan saat 10 nama top agen affiliate dipaparkan dalam grup, saya tunjuk kat Umi Abah. "Abah, kak long dapat ni!" Banyak hepii.

"Abah, doakan kak long dapat capai xx unit jualan. Sikit je lagi."

Abah kata NO. Terpaku jap. Senyap 3 saat. "You can get 2x ganda dari tu. Doa minta kat Allah. Abah bagi amalan baru, nak? "

Angguk laju je.

"Amalkan ayat terakhir surah Jumaat, selepas solat Jumaat pada hari Jumaat. Ulama Syria amalkan ayat ni untuk peroleh keberkatan dalam berniaga dari Allah S.W.T. Hari ni jumaat kan? Amalkan jap lagi. Baca ayat tu dengan kefahaman."

Ayat tersebut ...
"Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki." - Al-Jumu'ah (62:11)

Boleh baca lagi tips untuk jemput rezeki - Formula Rezeki Murah

Sumber Asal: Hajar Abdullah

Follow saya di Facebook - FB Blogger House Husband - Hasrul Hassan dan Instagram - Instagram - Life of a House Husband

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. singgah pagi khamis
    hari ini x dan nak baca lagi bz
    nanti anum singgah ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement