Saya dapat tahu ni pun setelah membaca akhbar media arus perdana. Memang lain dari yang lain. Mana nak dapat hotel yang macam ni? Ianya diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai salah satu hotel yang boleh dikatakan pioneer dalam hotel patuh syarak ni.
9 Perkara Hotel De Palma Patuh Syariah
Hotel De Palma mempunyai beberapa rangkaian di Ampang, Shah Alam, dan Kuala Selangor. Sejak dikenali sebagai hotel yang patuh syariah, ia berjaya menarik golong tertentu untuk menginap di hotel ini.Tahukah anda bahawa terdapat 9 perkara menarik mengenai Hotel De Palma ini yang menjadikan ia sebuah hotel patuh syariah yang patut dijadikan pilihan umat Islam.
Berikut adalah sembilan (9) ciri istimewa yang ada pada Hotel De Palma ini:
- Makanan 100 peratus halal.
- Semua staff berpakaian menutup aurat.
- Ada kelas agamanya sendiri.
- Punyai surau al-Hikmah yang boleh menampung sehingga 1500 jemaah dan telah diberikan tauliah untuk diadakan solat Jumaat sejak 2008.
- Punyai aras khas buat kaum muslimim dan muslimat., di mana azan boleh didengar berkumandang.
- Di aras enam tersebut, setiap bilik disediakan Al-Quran, sejadah, salinan hadis, bacaan ilmiah dan bilik air yang dilengkapi kemudahan mengambil wudhuk.
- Hotel ini tidak menyediakan arak serta rumah urut.
- Punyai imam sendiri (sepenuh masa) untuk mengimamkan solat 5 waktu.
- Hotel ini dimiliki sepenuhnya oleh PKNS.
Memang menarik sekali. Sekarang kita dah ada pilihan buat umat Islam. Untuk lebih info, anda boleh layari laman web hotel berkenaan di De Palma Hotels
Dan seperti kebanyakkan hotel lain di Malaysia, kemudahan dan kelengkapan sebuah hotel semuanya tersedia dan in Sha Allah, ia mematuhi apa yang perlu untuk mendapat pengiktirafan sebuah hotel yang patuh syariah.
pernah menginap di hotel ni di Shah Alam pada 2001. Masa tu hotel ini baru buka. rasanya nak ke sana lg la....
ReplyDeleteHmm menarik sebab dia ada di Kuala Selangor... :) ingat nanti kalau pergi Kuala Selangor, nak cubalah menginap di hotel ni.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.