Amri waktu kecil memang disiplin pasal kerja sekolah. Seboleh-bolehnya dia akan siapkan kerja sekolah dia sebelum ke sekolah pada keesokkan harinya. Dari darjah satu, Amri dah tunjukkan tingkah-laku macam ni. Kalau tak siap kerja sekolah, dia akan risau, sedih malah pernah menangis.
Jarang Amri ponteng sekolah. Lambat pun tak boleh.
Masa di darjah satu, ada satu kejadian ni. .. Saya nak kongsikan kepada anda.
Amri Menangis Sebab Huruf Jawi Hilang
.Adehhh ... terkejut saya bila Amri datang kat saya sambil nangis2 ... apa ke hal budak nih?
"Kenapa nih?" tanya saya ...
"Nih ada yang hilang .. uhukkk uhuk ...." bergenang air mata Amri sambil tunjuk huruf-huruf jawi yang dah siap dipotong.
Ishh laaa .. kes huruf jawi hilang ... kena gunting nak lekat dalam buku kerja sekolah. Aiyakkkk .. itupun nak nangis ... saya pun usahalah carikan huruf yang hilang tu ... Tak jumpa! hmmm kena wat strategi ni ... camner? lepas pujuk Amri ... dan dia dah ok .... dan teruskan buat kerja sekolah dia.
"Abah ... abah tulis atas kertas ni .. huruf Shod ....." Amri berikan saya satu kertas kosong suh tulis huruf yang hilang tu. Dia nak tampal ganti. Hmmm bijak bijak... bagus dia boleh fikir camner nak solvekan problem dia sendiri .. walhal memang itu pun saya nak buat sejak awalnya tadi.
Amri. Kerja sekolah. Siap dah!.
Tips Didik Anak
..
Kenapa saya cerita kisah ini?
Dalam mendidik anak, kadangkala kita tak boleh menjadi 100% penyelesai masalah. Kita sebagai mak bapak perlu memberikan ruang dan peluang untuk si anak selesaikan masalah mereka sendiri. Kita boleh jadi fasilitator dan tunjukkan jalan tetapi bukan terus memberikan jawapan.
Macam dalam kes di atas, saya boleh je terus tulis atas kertas huruf yang dia nak, dan minta dia ganti... tapi saya tak terus buat begitu. Saya biarkan Amri untuk fikir cara nak selesaikan sendiri (walaupun sebenarnya tak niat pun ketika itu ... haha).
Penyelesaiannya mudah bagi kita sebab kita boleh berfikir lebih, tapi buat anak-anak, cara mereka berfikir pada tahap usia muda agak berlainan. Maka, beri peluang untuk mereka cari jalan penyelesaian dan buat keputusan.
Amri yang beri jalan pada saya ... dan saya ikut sahaja. :)
wah hebatnya didikan
ReplyDeletehebat HH patt la anak cemerlang :) Moga sentiasa dipermudhkn
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.