Saya sekadar nak ingatkan diri dan juga para ibu bapa yang ada anak kecil. Awas bahaya demam panas. Jangan sebab kita fikir kita tahu segalanya, kita abaikan rawatan yang betul untuk anak kita. Jangan sampai kes seperti saya, sehingga anak perempuan saya diwadkan selama 4 hari di Hospital Parit Buntar disebabkan jangkitan virus.

Walaupun isteri saya ada pengetahuan yang cukup baik mengenai demam panas dan demam virus ni, namun Allah Maha Mengetahui, ini ujian yang mungkin seorang doktor pun belum tentu dapat selesaikan dengan baik.

Bahaya Biar Anak Demam Tanpa Rawatan Betul

Bahaya Biar Anak Demam Tanpa Rawatan Betul

Anak-anak saya demam secara bergilir-gilir dalam satu minggu tu. Akhir sekali yang kena adalah anak bongsu perempuan saya - Maira. Mulanya kami ingat demam akan kebah macam abang-abangnya yang lain, tapi bila terkena pada Maira, demam seolah-olah tak mahu sembuh.

Ubat demam dah diberikan seperti dos yang telah ditetapkan. Namun, bila sudah lebih sebotol ubat demam tak beri kesan yang positif, maka isteri saya ambil keputusan untuk bawa Maira bertemu doktor untuk mengetahui punca sebenar demam tak kebah-kebah setelah lebih daripada 4 hari.

Bahaya Biar Anak Demam Tanpa Rawatan Betul

Maka, terpaksalah anak saya tu berdepan dengan Nurse untuk ambil darah. Alhamdulillah, Maira tak ada masalah sangat ketika nak mengambil darah. Mungkin sebab dah terbiasa kot sebelum ini, dan mungkin sebab dia nak tunjuk kat abang-abang dia bahawa dia seorang kanak-kanak perempuan yang tak takut pada jarum ... huhu...

Ke Wad Kecemasan

Hari kelima ke enam kot, suhu panas badan Maira naik. Nak tak nak, kami bawa Maira ke wad kecemasan di Hospital Parit Buntar. Datang ke wad jam 10:30 malam ... akhirnya kena tahan di wad kecemasan jam 1 pagi (kalau tak silap).

Saya ketika ini dah pulang ke rumah, dan tinggalkan isteri saya yang mengandung untuk handle Maira di wad kecemasan. Ada sebab kenapa isteri saya yang jaga Maira, dan saya pula jaga dua anak saya yang lain di rumah.

Balik ke rumah, saya tak tidur .. malah menunggu dengan sabar perkembangan Maira. Jam 4 pagi, isteri saya beritahu bahawa Maira akan dimasukkan ke wad kanak-kanak awal pagi tu. Saya sempat juga bertemu dan temankan Maira pada jam 1 pagi tu .. dan lihat dia berada di dalam wad kecemasan, dimasukkan air menerusi tangannya ... masa tu ... hati saya sedih sangat.... skrang saya dapat tahu Maira akan dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak, lagilah bertambah risau.

Bahaya Biar Anak Demam Tanpa Rawatan Betul

Saya ingatkan selepas terima rawatan kecemasan, Maira akan kembali pulang ke rumah, tapi nampaknya saya perlu akur akan kehendak doktor yang merawatnya. Maira diwadkan di wad kanak-kanak untuk pemantauan rapi doktor.

Maira Masuk Wad Kerana Gagal Ketahui Punca Demam

Maka, dalam masa Maira dirawat di wad kanak-kanak ... sepi sedikit keadaan rumah. Hilang tempat saya nak bermanja ... huhuhu..... Mairalah yang selalu melayan karenah bapaknya ni bila yang lain sibuk dengan tablet dan smarphone masing-masing.

Selama dirawat di Hospital Parit Buntar, Maira diberikan air dimasukkan menerusi tiub di tangan. Isteri saya beritahu bahawa doktor gagal nak pastikan punca sebenar demam pada Maira walaupun dah beberapa kali diambil darah.

Saya ingatkan rawatan sebelum  ini dapat sembuhkan Maira, rupanya tidak ... Maira perlu diberikan rawatan khusus yang hanya boleh dilakukan jika dirawat di hospital. Hmm kesian Maira sebab perlu hadap ujian darah beberapa kali. Untuk anak sekecil Maira, saya fikir ia tentu pengalaman yang tidak best buat dirinya.

Tapi, Maira seorang anak perempuan yang kuat, sekuat Mamanya yang ada will-power yang hebat.

Kata Maira, dia kena ambil darah sebanyak 4 kali ... dah tak sakit katanya sebab dah lali.

Seronok Duduk Di Hospital

Bila ditanya .. "Maira seronok ke dapat duduk wad hospital?" Jawab Maira .."Seronok". Haishhh .... pelik betul jawapan.

Mungkin sebab Maira dapat bertemu kawan baru, dan dapat layanan makanan percuma .. apatah lagi Hospital Parit Buntar ada menu Ikan Keli yang memang menjadi kegemarannya. Lepas tu, Maira terima kunjungan ramai antaranya staff isteri saya dan juga mak angkat dia ... uhh dapat buah, dapat biskut, dapat duit .. mana tak gembira dibuatnya .. haha.

Dua hari terakhir Maira diwadkan, abang kesayangan Maira, si Zikri pun datang. Seronok nampak mereka dua beradik bertanya hal masing-masing. :) Nampak mereka mesra serasi bersama.

Bahaya Biar Anak Demam Tanpa Rawatan Betul

Maira Dapat Pulang Setelah Kandungan Darah Nampak Positif

Akhirnya, keadaan Maira semakin baik. Ujian darah kali terakhir mendapati ada tanda positif pada entiti dalam darahnya, terutama kandungan platlet, walaupun kandungan darah putih tidak menunjukkan tanda yang memuaskan. Pun begitu, doktor positif dan mengambil keputusan untuk membenarkan Maira pulang.

Alhamdulillah. Saya sangat lega. Isteri saya juga lega. Isteri saya banyak berkorban dalam kes anak saya demam ni. Selama lebih 4 hari berada di wad kanak-kanak, isteri sayalah yang menjaga Maira. Nasib baiklah ketika itu, isteri saya memang bercuti.

Syukur semuanya kembali normal. Maira kembali cergas seperti biasa. Demam dah tak ada lagi. Dengan rawatan yang betul di hospital, Maira sudah kembali bersama abang-abangnya yang lain.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. aduh. ini yang takut ni, anak saya sebelum ni ada demam juga. bila mereka demam, memang kami laki bini akan jadi takut. yelah, mereka kecil lagi. kemudian tak suka nak bercakap apa yang mereka rasa. apa pun, post ini mengingatkan saya agar lebih serius dengan kesihatan mereka. terima kasih sekali lagi.

    http://www.ceritaejoy.com/

    BalasPadam
  2. bahya jgk kan, Kanak2 ni perlu rawatn swajarnya kalau demam.. tak blh biarkan atau makn ubat je

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, moga pulih seperti selalu

    BalasPadam
  4. saya kalau anak demam, perkara yang pasti kami suami isteri buat adalah dengan sentiasa letak kain yang dibasah kat kepala mereka..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement