Bahaya Gam 3 Seconds. Biasa guna gam jenis ni? Gam ni memang kuat. Ia mudah dijumpai di hampir semua kedai runcit, kedai perkakasan, pasar malam malah di pasaraya seperti Mydin. Ia amat popular terutama mereka yang mahu mencari gam yang murah, tetapi punyai kekuatan gam yang power.

Saya antara yang sering gunakan gam 3 seconds atau gam 3 saat ini di rumah. Saya gunakan untuk peralatan memancing dan untuk gam semula barang-barang kecil yang patah. Kalau ada perkakasan dapur dan perabut kecil yang ada bahagian yang tercabut, saya akan gunakan gam 3 saat ini untuk lekatkan atau sambungkan semula.

Bahaya Gam 3 Saat dan Cara Tanggalkan Kesan Gam

Bahaya Gam 3 Saat dan Cara Tanggalkan Kesan Gam
Gam ini memang kuat, memang berkesan. Tetapi awas dengan cara penggunaannya.

Saya dah beberapa kali jari terlekat disebabkan oleh kekuatan luar biasa gam ini. Dah nama pun gam 3 saat, jadi .. silap langkah dalam 3 saat tu bukan perkakasan atau peralatan rosak yang melekat, tetapi jari-jemari.

Cara Hilangkan Kesan Gam 3 Saat

Bahaya Gam 3 Saat dan Cara Tanggalkan Kesan Gam
Ada sekali tu, jari saya terlekat pada bahagian kulit perabut ... fuh jenuh nak keluarkan balik... silap tarik, mahunya kulit jari pun tertanggal.

Ada cara nak handle bila berlaku insiden macam ni.... huhu...

Anda kena gunakan air panas untuk cairkan gam 3 saat ini. Dengan air panas, gam ini mudah untuk ditanggalkan. Tapi ... kena menahan keperitan dan kepedihan air panas la pulak ... huhu. Boleh sahaja anda suamkan sikit air, tetapi ambil masa sedikitlah nak cuci balik bahagian yang terkena gam 3 saat ini.

Jika ada lagi kesan gam 3 saat, cuba rendamkan jari atau bahagian yang terkena gam tersebut dalam air panas selama beberapa saat .... gosok-gosoklah bahagian tersebut sehingga anda rasa kesan gam semakin berkurangan, In Sha Allah .. kesan melekat gam 3 saat akan hilang.
Bahaya Gam 3 Saat dan Cara Tanggalkan Kesan Gam
Nak guna gam 3 saat kena berhati-hati ... dan sangat penting anda jauhkan dari mata. Dan kalau anda gunakan gam ini, tetapi seperti tidak berkesan, ini adalah mungkin disebabkan bahagian anda nak gam tersebut tidak rata dan tidak dibersihkan.

Ok, semoga selamat menggunakannya. Jangan sampai mata lak terlekat ... :P

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. xpeh guna Gam ni, selalu guna gam gajah jak.. perhhh smpai melekat kat tangan, Nampak kesan merah kat tangan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement