Casio ada beberapa siri jam tangan yang memang diminati ramai, antaranya G-Shock, Baby-G, Edifice, Sheen, Pro Trek, Outgear, Oceanus, Pop Tone dan Data Bank, selain versi Standard. Antara ciri best yang ada pada jam tangan Casio ialah sistem Tough Solar.
Casio Tough Solar Power - Beli Online Dengan Diskaun
Nak jadi cerita, semasa jualan akhir Online Revolution Lazada Malaysia, saya telah terpaut dengan satu jam Casio ni, dari versi Tough Solar. Sebab saya tersuka ialah kerana jam ini diberikan diskaun yang banyak. Harga asal jam Casio Standard versi Tough Solar adalah antara RM300 - RM280 di pasaran biasa, tetapi kali ini .. menerusi Lazada, saya berjaya mendapatkan dengan harga RM142.98 sahaja. Anda boleh cuba usyar di sini - Casio Tough SolarUhh memang cepatlah jari jemari saya untuk order.. haha. Siap-siap masukkan dalam shopping-cart sebelum kehabisan stok. Dah masuk dalam shopping-cart, saya usyar lagi untuk tengok pilihan lain yang ada. Nampaknya ... saya dah memilih pilihan jam Casio Tough Solar yang paling murah boleh saya dapat.
Excited Dapat Beli Jam Casio
Fuh ... memang excited la. Dah lama saya nakkan jam yang ada ciri istimewa ni. Tough Solar adalah merupakan ciri jam Casio yang membolehkan ia mengecas bateri menggunakan tenaga solar (matahari) dan tenaga cahaya (dari sumber lampu). Jadi, dari segi kos jangkamasa panjang .. saya tak perlu lagi menukar bateri jam tangan... huhu.. dah la jam yang mati bateri tak diganti-ganti sampai sekrang .. haha .. sindrom malas namanya ni.Saya order pada 14 Disember 2016, dan saya terima barang ini dari Lazada pada 17 Disember 2016. Memang cepat. Malah ada satu lagi barang saya beli di Lazada, order pada 14 Disember ... esoknya 15 Disember 2016 dah dapat!
Saya tak tahu dah berapa kali saya buat pembelian di Lazada. Ada yang saya beli secara COD, ada yang beli guna Debit Card, ada yang saya beli 100% guna baucer - tak keluar modal pun .. huhu.
Masa saya beli jam Casio Tough Solar ni, saya gunakan kad debit CIMB ... jadi, ada diskaun tambahan saya dapat. Bolehlah counter balik dengan fee untuk penghantaran.
[Baca] Tips Mendapatkan Baucer Diskaun LazadaHuhu .. ye, bukan semua barang dijual di Lazada adalah free shipping. Kena bijak memilih dan membuat congakan, terutama apabila anda ada baucer diskaun Lazada. Biar baucer yang digunakan berbaloi ketika membeli-belah online di Lazada.
Alhamdulillah, saya sangat puas hati dengan jam tangan Casio Tough Solar yang saya dah beli dari Lazada. Ada waranti original dari Casio Malaysia selama 1 tahun.
Kalau nak cari jam tangan jenama Casio, seperti G-Shock, Baby-G, Edifice, Sheen, Pro Trek, Outgear dan yang lain tu, bolehlah anda tengok di Lazada Malaysia. In Sha Allah, harganya memang berbaloi ... malah, kalau anda bernasib baik, boleh dapatkan diskaun sehingga lebih 50%!
Selamat shoppinggg ye ...
Cantik jam tangan baru bro.
BalasPadamHaha .. yang bestnya ialah .. bila dah beli, baru tahu jam sama dengan adik punya .. hahaha
PadamSaya ada beli juga kat lazada jam.
BalasPadamNi kali ketiga saya beli jam dari Lazada ni .. ada satu tu anak saya yang beli sendiri, jam smartwatch
Padamsekarang lazada jual barang-barangnya murah daripada yang ada di pasaran...perniagaan online adalah perniagaan masa depan.
BalasPadamBetul. Semua di hujung jari, nak2 lagi ada aplikasi boleh muat turun kat telefon.
PadamPERHHHHH semua hujung jari kan.. murah n jimat tenaga.. kdg2 beli online lagi murah dari kedai.. salah satu teknologi yang memudhkn kita
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.