Salah satu hobi saya yang terkini - bela Ikan Laga ekor kembang atau Half-Moon Beta. Sebelum ini saya dah pernah ceritakan mengenai Ikan Laga Half Moon ini yang sememangnya ada banyak warna yang cantik-cantik. Kalau anda seorang penggemar Ikan Laga, tentu takkan lekang mata melihat kecantikan Ikan Laga ekor kembang Half-Moon Beta ini.

Uiks .. aha .. ye betul, bukan takat tudung je ada jenis Half-Moon ni, ikan laga pun ada jenis ni. Dan sememangnya ia antara spesies Ikan Laga yang cantik sebab ekor kembangnya penuh. Bila kembang je ekor, ia serlahkan warna yang sangat cantik.

Hobi Bela Ikan Laga Ekor Kembang

Saya baru sahaja membela Ikan Laga ekor kembang ini. Dan Ikan Laga Half-Moon yang paling saya suka ialah yang berwarna putih. Bila ia kembang, seolah ekornya transparent dan menampakkan urat-urat ekornya yang cantik.
Hobi Bela Ikan Laga Ekor Kembang
Memang melayan saya melihat ikan ini, terutama apabila ia kembangkan ekor. Ikan Laga takkan kembang ekor kalau tak ada pasangan nak melawan. Ia hanya akan kembangkan ekor apabila ada seterunya sahaja, yelah .. nak tunjukkan siapa punya ekor lagi cantiklah tu .. haha..

Satu lagi jenis ikan yang saya bela di rumah adalah ikan Arowana. Arowana atau Ikan Kelisa yang saya bela adalah dari jenis Yellow-Tail Arowana. Dulu kecik je, tapi sekrang macam dah tak muat akuarium... haha.

Hari tu, isteri saya ada nyatakan, nak hadiahkan saya seekor anak Arowana Golden-Red, tapi saya tolak disebabkan Ikan Kelisa Ekor Kuning saya masih sihat wal'afiat, sayang nak dilepaskan pada orang lain ... hhuhu.

Apapun, saya tetap suka melayan Ikan Laga Half-Moon saya .. sebab kitaran hidupnya tak lama, tak macam Arowana yang boleh sampai bertahun-tahun. Lagipun, kos nak jaga ikan ni murah .. beli ikan ni pun murah walaupun di sesetengah tempat ia dijual sehingga RM30 seekor! .. huhu.

Dari 4 Ekor Tinggal Seekor Half-Moon Betta

Awalnya saya ada 4 ekor Ikan Laga Half-Moon ini, tapi masing-masing dah temui ajal dan tinggallah Half-Moon yang berwarna putih ini. Sampai bila ikan ni akan hidup, saya tak pasti .. tapi yang pasti, ia dah hidup lebih daripada 3 bulan dah .. alhamdulillah sihat-sihat je nampaknya .. huhu.
Half-Moon Betta Sp


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement