Saya dan keluarga sudah beberapa kali ke Pulau Pangkor menerusi jeti feri Marina Island ini. Ia lebih selesa, lebih jimat masa, dan paling penting, parkir kenderaan tak susah.
Jadual Perjalanan dan Tambang Feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina Island
Jika anda mahu ke Pulau Pangkor, saya lebih syorkan anda untuk menaiki feri daripada jeti Marina Island (Pulau Marina). Harga tiket feri pergi-balik adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Walaubagaimanapun, anda perlu mendaftar sebagai ahli Marina Island dengan kadar bayaran RM10 untuk setahun.Katakan anda tidak mahu mendaftar, boleh sahaja anda minta tolong pada orang tempatan untuk belikan tiket, atau paling baik andai anda ada kawan yang mempunyai kad ahli. Semasa saya dan keluarga membeli tiket feri ke Pulau Pangkor, isteri saya beritahu .. tak perlu tunjukkan kad, memadai andai anda sebut nama dan nombor kad pengenalan pemegang kad ahli sahaja. Aha .. ini tips ye .. boleh cuba jika mahu .. :)
Harga Tambang Feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina Island
Kelebihan Jeti Feri Marina Island
Jeti feri di Marina Island lebih selesa, dan mempunyai tempat parkir kereta yang lebih baik dan lebih sistematik. Malah, ia mempunyai kawasan meletak kenderaan yang agak luas dengan caj parkir yang berpatutan.[Baca] Kolam Memancing Ikan Air Masin, Marina Island
Pun begitu, kenderaan anda akan terdedah dengan panas terik dan hujan, selain ada kemungkinan menjadi sasaran kepada pencuri dan perompak di waktu malam. Sebagai langkah keselamatan, jangan sesekali anda tinggalkan barangan berharga di dalam kereta, atau sesuatu yang boleh menyebabkan kecelakaan seperti tin aerosol atau pemetik api.
Perjalanan menaiki feri ke Pulau Pangkor dari jeti Marina Island juga lebih cepat berbanding jika anda menaiki feri dari Jeti Lumut. Perjalanan ke Pulau Pangkor dari jeti feri Marina Island hanya mengambil masa 10 minit sahaja, berbanding jika anda ambil perkhidmatan feri dari Jeti Lumut yang puratanya mengambil masa 40 minit!
[Baca] Keseronokan Memancing di Rockbund Fishing Chalet, Berdekatan Jeti Marina Island
Saya juga dapati, feri dari Marina Island lebih selesa dan anda tidak perlu berebut-rebut seperti keadaan di Jeti Feri Lumut. Malah, untuk perkhidmatan bas .. anda ruangan untuk memudahkan menurunkan penumpang untuk ke jeti.
Pemandangan di jeti feri ini juga cantik dan mendamaikan. Ia sering dijadikan lokasi penggambaran untuk gambar perkahwinan. Dan paling best, di jeti feri Marina Island ini tiada kesesakan seperti selalu berlaku di Jeti Lumut.
Ok.
Saya kongsikan beberapa gambar kawasan Jeti Feri Marina Island, termasuklah informasi berkaitan jadual perjalanan feri ke Pulau Pangkor dari jeti ini. Mudah-mudahan ia dapat bantu anda sebagai panduan untuk bercuti dan memilih perkhidmatan feri ke Pulau Pangkor.
Lama tak pergi Pangkor. Las pegi hujung tahun 2015. Tahun ni tak sempat melancong. Tiap-tiap hujung bulan balik jengok mak di kelantan yang dah semakin uzur. InsyaAllah, jika diizinkan dan dilapangkan semula, akan pegi ke Pangkor. Nak try guna jeti sini.
ReplyDeletedulu takyah daftar pun..kena daftar lak dah kat sini
ReplyDeleteKalau pergi masa penjaga kaunter baik hati, tak yah pun register, dia akan gunakan id dia je .. huhu.. :)
DeleteAssalam.nk tmpg tnye.kalau nk pegi 10 org smua kene reg n baru bleh bli tiket ke?or cume sorg je reg lps tu blh tlg bli utk lg 9 tanpa perlu reg?
ReplyDeleteBoleh beli untuk 9 orang. Sebab saya pergi satu keluarga semua 5 orang, tak perlu semua register. Tapi ada had rasanya. Yang tu kena semak kat kaunter.
DeleteOo ok tqvm ��
ReplyDeleteTerima kasih..
ReplyDeleteinfo yg bermanfaat.
Salam sejahtera, saya ingin dptkan kepastian yer, jikalau saya bukan ahli dan nak pergi ke sana tapi saya tak mahu mendaftar, maknanya harga tiket itu sememangnyer RM10 ke atau itu harga utk ahli sahaja, dan ini harga di Jeti Marina sahaja kan? Saudara ada info tak mengenai harga tiket feri di Jeti Lumut jikalau hendak ke P. Pangkor, sekian.
ReplyDeleteWajib jadi ahli, ini bermakna .. kalau belum daftar, kena bayar RM20.
DeleteHarga tiket feri dari jetty lumut ada dua .. satu yang ekspress, satu lagi yang berhenti di dua tempat. Dah lama saya tak ikut jeti ni, jadi kurang pasti soal harga.
Salam nk tanya kalau sampai p.pangkor ada teksi x &brp tambang
ReplyDeleteTime raya ke 5, agak diaorang bukak tak untuk aktiviti kat sana?
ReplyDeleteAda no phone x jeti marina ni?
ReplyDeleteAssalammualaikum, kalau boleh saya tahu, harga tiket jeti ke pulau pangkor brapa yee ? Masih sama atau ada kenaikkan ? Kalau boleh saya tahu lagi, harga untuk pergi dan balik. Terima kasih yee.
ReplyDeleteJika harga tiket ke pangkor dari jeti lumut, telah naik menjadi RM14 untuk dewasa dan kanak-kanak Rm5 pergi-balik. Jika dari jeti marina, kena pergi ke kaunter Marina Island jetty .. kerana untuk harga tiket bukan pass adalah berlainan dengan yang ada pass tahunan.
DeleteTQ untuk info bermanfaat ni. dah lama tak ke sana, plan nak kesana jugak ni
ReplyDeletetiket pergi balik tu untuk tarikh satu hari ataupun tiada had tarikh
ReplyDeleteAda had tetapi bukan sehari ... leh guna dalam tempoh tertentu - tak pasti, tapi lebih daripada sehari .. leh guna sampai seminggu/sebulan kot.
DeleteNak tanya motor boleh naik atas feri tak kalau dari marina island?? Kalau boleh bawak motor berapa harga nya???
ReplyDeleteSetakat yang saya tahu, tak ada servis tu ...
DeleteHarga parking utk satu hari berapa ye
ReplyDeleteBaby boleh x naik feri ye.. risau plk
ReplyDeleteBoleh je. Tak ada masalah pun.
DeleteIbu saya dlm keadaan berkerusi Roda (Wheelchair). Ada ke laluan dari Jetty masuk ke Ferry.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.