Saya nak kongsikan sebuah kisah. Cerita ini dah pun viral di media sosial. Asal usul tak saya ketahui, tapi saya terima 'Kisah Tayar' ini menerusi whatsApp. Saya nak kongsikan sekali lagi menerusi blog, supaya mudah dijadikan rujukan dan panduan di masa hadapan kelak. Ia penting untuk elak kena tipu dengan kedai tayar.

Jangan kena tipu dengan kedai tayar. Ada banyak kedai tayar di luar sana, bukan semuanya itu jujur. Ada sesetengahnya cuba nak kaut untung mudah dengan menjual tayar pada harga semasa, walhal tayar tersebut adalah tayar lama - walaupun nampak baru sebab belum terjual. Anda harus tahu, tayar juga mempunyai tarikh luput penggunaan. Jika anda terbeli tayar yang sudah tamat tempoh atau sudah terlebih tarikh; ia boleh membahayakan nyawa dan merosakkan kenderaan anda.

Tips Elak Kena Tipu Kedai Tayar

Tips Elak Kena Tipu Kedai Tayar
Mari ikuti kisah ini, yang merupakan pengalaman sebenar dari seseorang yang mungkin anda kenal .. huhu.

Kisah Tayar

Minggu lepas semasa balik dari Penang, stering mula bergegar. Suspek utama memang tayarlah puncanya. So, p lah kedai tayar area Taiping, minta dorg cek. Ya, memang betul tayar dah bengkak.

Esok nak ke Melaka pulak. Nak x nak kena tukar jugak tayar ni. So tanyalah pomen tu harga tayar. Yg second tayar korek pun RM80. Yg baharu ada yg RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175.

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

"Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni". Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15'.

Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Dorg akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

========

Tips Mudah Untuk Elak Ditipu Ketika Beli Tayar Baru

Sekarang anda dah baca kisah di atas, jadi sekarang ... ambil kesimpulan di bawah ini untuk elak kena tipu dengan penjual tayar kenderaan atau kedai tayar - hatta ia sebuah kedai tayar jenama popular sekalipun.

  • Tanya mengenai harga tayar baru.
  • Bandingkan harga tayar antara jenama terutama jenama luar.
  • Tanya harga tayar second-hand untuk dijadikan perbandingan harga tayar.
  • Tanya mengenai tahun tayar itu dibuat atau dikeluarkan dari kilang.
  • Jika tayar dikeluarkan adalah setahun sebelum, minta kurangkan harga sehingga 30%-40%. Boleh rujuk pada harga diskaun di bawah ini - berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari tahun semasa (2016):
    • 2015 = 20%
    • 2014 = 40%
    • 2013 = 60%
    • 2012 = 80%
    • 2011 ke bawah = PERCUMA

Mahukan lebih banyak tips untuk elak anda dari kena tipu oleh kedai tayar, bengkel kereta dan sebagainya? Boleh dapatkan ianya menerusi - Tips Jaga Kereta - Elak Dari Kena Tipu Bengkel

Semoga informasi dan panduan ini boleh dijadikan rujukan asas untuk elakkan diri anda dari kena tipu dengan kedai tayar. Nanti, saya akan kongsikan lagi tips mengenai tayar, terutama apa sebuah tayar baru boleh beritahu anda .. huhu.
[+] Boleh terus baca - Info dan Maksud Kod Pada Tayar Baru Harus Kita Ketahui
Semoga bermanfaat dan dapat dikongsikan pada yang lain.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bukan kedai tyre aje yg menipu. Yg penting jangan kena tipu dgn sesiapa pun.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement