Alhamdulillah, anak sulong saya si Amri telah menerima tawaran untuk mendaftar ke sekolah TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab). Sekolah yang saya maksudkan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nibong Tebal, yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdullah Fahim (SMKASAF). Ia merupakan sekolah kawalan di bawah KPM.

Sebelum ini, anak saya Amri ada menerima undangan temuduga di SBPI Rawang yang juga sebuah sekolah TMUA, kategori sekolah berasrama penuh. Dah pergi temuduga, namun mungkin rezeki tidak menyebelahi, saya andaikan Amri gagal dalam temuduga, dan diberikan pilihan untuk mendaftar di SBP STAR, Ipoh.

Kos Masuk Sekolah Kawalan KPM - SMKA Ulul Albab

Kos Masuk SMKA Ulul Albab (TMUA)
Kos Masuk SMKA Ulul Albab (TMUA)
Sebagai seorang bapa, apabila memikirkan soal anak yang akan mendaftar masuk ke sekolah berasrama SMKA TMUA, perkara yang pasti akan berlegar di ruang fikiran ialah soal kos. Malah, saya berani kata, ramai ibu bapa yang anaknya berjaya diterima masuk ke sekolah SBP, MRSM dan juga sekolah berasrama seperti SMKA Ulul Albab akan fikirkan soal kos ini. Oh ya, SMKA Ulul Albab (TMUA) adalah merupakan sekolah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
[Baca] Semak Keputusan Masuk Sekolah Kawalan KPM
Bukan sedikit kos memasukkan anak ke sekolah yang mempunyai kelebihan tersendiri ini. Pun begitu, ibu bapa patut tahu dan seterusnya bersedia membuat persediaan dari awal dari segi kesediaan kewangan.

Jangan Harapkan Bantuan Kerajaan, Ibu Bapa Perlu Bersedia & Rancang Awal

Ramai ibu bapa yang sebenarnya tidak bersedia dari awal untuk memasukkan ke sekolah terbaik di Malaysia. Kebanyakkannya fikir, bahawa bantuan akan diberikan oleh pihak kerajaan setelah anak berjaya lulus cemerlang dalam peperiksaan, terutamanya UPSR .. namun, hakikatnya ialah .. kerajaan tidak menampung sepenuhnya kos pendidikan anak-anak kita, terutama di sekolah menengah.
[Baca] Jana Income Sampingan Dengan Jual Produk dari China
Cuba lihat kos keperluan pelajar yang tidak termasuk dalam kos yuran ... banyak tu kena sediakan untuk seorang pelajar yang bakal masuk SMKA Ulul Albab .. huhu .. terbeliak juga biji mata saya dibuatnya.
Kos Masuk SMKA Ulul Albab (TMUA)
Orait .. sekrang mari kita pergi ke lebih detail ehh .. kita tengok berapa kos yang perlu dikeluarkan untuk anak-anak masuk ke SMKA Ulul Albab (TMUA) ini.

Apa yang akan saya kongsikan ialah kos-kos yang terlibat untuk masuk ke SMKA Ulul Albab (TMUA) kategori bukan sekolah SBP. Misalnya SMKA Sheikh Abdullah Fahim, diletakkan di bawah kategori sekolah kluster kecemerlangan. Maka, kos yang saya paparkan mungkin tidak sama, namun ia boleh dijadikan panduan dan rujukan secara am.

Senarai Kos Masuk ke SMKA Ulul Albab (TMUA)

Kos Masuk Sekolah Kawalan KPM - SMKA Ulul Albab (TMUA)
Ok. Berdasarkan kepada paparan gambar di atas, anda boleh lihat bahawa kos pendaftaran sahaja sudah menjangkau lebih RM300 seorang (termasuk sumbangan untuk PIBG).

Manakala kos untuk yuran makan di asrama ialah RM750 setahun bagi keluarga yang berpendapatan lebih RM5000 sebulan, dan RM250 setahun bagi keluarga yang berpendapatan kurang dari RM4,999 sebulan. Di sini anda nampak bahawa ada subsidi dari kerajaan ... :)

Manakala paparan di bawah ini adalah merupakan yuran-yuran sekolah lain yang perlu dilunaskan. Ia termasuklah yuran koperasi, yuran keperluan pelajar dan yuran buku.
Kos Masuk Sekolah Kawalan KPM - SMKA Ulul Albab (TMUA)
Kesemua yuran di atas berjumlah RM450 seorang (lelaki) dan kali ini semua pelajar harus membayar pada kos yuran yang sama. Oh ya, dalam yuran yang saya tunjukkan di atas ... ia tidak termasuk kos akan datang yang melibatkan kos-kos buku latihan untuk subjek-subjek tertentu.

Kos Tidak Wajib Tetapi Perlu Untuk Seorang Pelajar

Itu adalah kos wajib anda bayar bila anak anda mendaftar masuk ke SMKA Ulul Albab. Pada awal post ini, saya ada tunjukkan juga mengenai keperluan yang perlu disediakan sendiri oleh pelajar, ini termasuklah pakaian seragam sekolah, kasut hitam kulit, songkok, baju melayu, seluar slack, jubah dan serban serta keperluan asas yang lain.

Pada sesetengah ibu bapa, mereka tentu mahukan pakaian baru untuk anak mereka yang berjaya masuk sekolah terbaik, contohnya set kelengkapan keperluan seperti sikat, minyak rambut, jam loceng, baldi, sabun mandi, dan sebagainya. Ini juga kos yang perlu ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar. Secara kasarnya, kos ini pada pengiraan saya adalah tidak lebih daripada RM500 seorang. Dan jika dapat berjimat, mendapatkan barangan keperluan dengan harga murah .. saya kira kos ini boleh menjadi sekitar RM350 seorang.

Kos Purata Seorang Pelajar Masuk SMKA Ulul Albab

Sekarang mari lihat secara purata kos yang bakal dibayar oleh ibu bapa jika anak diterima masuk ke SMKA Ulul Albab (dengan kemudahan asrama), dengan ambil kira contoh senarai yuran di atas.

  1. Kos keperluan pelajar (sendiri) - RM350 (minima)
  2. Kos daftar sekolah - RM235 (untuk ibu bapa pendapatan kurang RM5K)
  3. Kos PIBG - RM90
  4. Kos keperluan pelajar termasuk yuran koperasi, yuran buku sekolah dan pakaian asrama - RM450
  5. Kos yuran makan asrama - RM125 (satu semester - untuk ibu bapa pendapatan kurang RM5K)


Jadi, jumlah kasarnya ialah - RM350+ RM235+ RM90+ RM450+ RM125 = RM1,250 seorang

Ini cuma anggaran kasar sahaja. Ia boleh jadi kurang, atau lebih berdasarkan kos yuran yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Harga barangan berbeza, dan ia bakal menyebabkan kos masuk SMKA Ulul Albab untuk seorang pelajar juga berbeza.
[Baca] Kos Yuran Masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (Tingkatan Satu)
Apa yang dipaparkan ini adalah sebagai panduan am sahaja. ia boleh dijadikan rujukan untuk anda sebagai ibu bapa prihatin untuk rancang awal kewangan buat pendidikan anak-anak.
[Baca] Daftar Anak Untuk SSPN-i (Hanya RM30 Sebulan) dan Anda Mungkin Menang Sebuah Kereta
Nasihat saya, buatlah simpanan pelaburan untuk pendidikan anak-anak anda. Paling tidak bermulalah dengan ASB ataupun Tabung Haji. Jangan sampai kerana kos pendidikan ini, anda gagalkan hasrat anak untuk masuk sekolah terbaik ..


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tahniah tuan, semoga anak selesa dan selamat di sana

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Assalamualaikum. Ada orang kata yuran pendaftaran mahal, tetapi dari pengalaman saya yg ada anak yang tinggal di asrama MRSM, SBP dan SMKA ULUL ALBAB, yuran pendaftaran lebih kurang sama ja. Terima kasih.

      Padam
  3. tahniah buat anak HH...memang semua ibubapa nak anaknya ditempatkan di tempat yang baik baik

    BalasPadam
  4. tahniah dan syabas buat anak dan ibubapa yang dapat melahirkan anak cemerlang...

    BalasPadam
  5. Macammana nak mohon anak masuk tingkatan 4?Tidak mengambil PT3,kerana belajar sekolah pondok.madrasah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement