Saya baru terfikir nak kongsi cerita ini sebab terjumpa beberapa gambar percutian di Melaka tu. Inipun jenuh memikirkan nak tulis pasal apa. Akhirnya saya ambil keputusan nak cerita mengenai Menara Taming Sari ni, sebab saya pasti ramai nak tahu apa yang ada di Menara Taming Sari ni, lebih-lebih lagi bila dah naik menara ni sampai ke puncak.
Pengalaman Naik Menara Taming Sari, Melaka
Menara Taming Sari agak special dan tak sama seperti Menara Alor Setar, Kedah mahupun Menara Kuala Lumpur. Menara Taming Sari di bandar Melaka ini lebih kepada menara pemerhatian, di mana adanya observation deck yang berputar dan berkaca sepenuhnya.Tak seperti Menara Alor Setar, di atas Menara Taming Sari 100% observation deck. Tak ada gerai jualan, tak boleh nak berjalan-jalan sesuka hati.
Hanya Boleh Duduk dan Perhati Sahaja
Apabila anda berada di dalam Menara Taming Sari, anda hanya boleh berada di tempat duduk anda dengan memakai tali pinggang keselamatan. Untuk membolehkan anda menikmati pemandangan sekitar bandaraya Melaka, anda dibekalkan teropong percuma di setiap tempat duduk.Bahagian Menara Taming Sari akan berputar apabila ia naik dan turun. Dan ia akan kekal berputar lebih kurang 15 minit semasa berada di puncak supaya para pengunjung boleh meneropong dan melihat keadaan sekitar bandaraya Melaka dari atas menara.
Harga Tiket Menara Taming Sari, Melaka
Harga tiket semasa saya dan keluarga naik Menara Taming Sari ialah RM15 setiap seorang dewasa (jika anda tunjukkan kad pengenalan) dan RM10 bagi kanak-kanak. Setiap pembayaran akan diberikan bahulu dan juga air mineral - untuk dinikmati semada berada di dalam Menara Taming Sari.Hmm bagi mereka yang gayat, saya tak syorkan untuk naik Menara Taming Sari ni. Silap-silap anda boleh muntah sebab pening kerana ia berputar ketika ia sedang naik ke puncak. Lagipun, tiada dinding ... pandangan hadapan anda 100% kaca.
[Baca] Tempat Menarik di Melaka
Gambar Pemandangan Dari Menara Taming Sari
Saya kongsikan beberapa gambar pemandangan bandaraya Melaka di waktu malam semasa saya dan keluarga berada di dalam Menara Taming Sari.Enjoy gambar dan pengalaman saya serta keluarga naik Menara Taming Sari? Jangan lupa untuk LIKE ehh.
macam menara kl pulak tingginya tu
ReplyDeletesaya orang Melaka pun tak cuba naik lagi menara ni :)
ReplyDeletepernah merasa naik tamingsari ni, bebudaklah yang excitednya
ReplyDeleteSuami, Incik Otomen orang Melaka pun kami tak berkesempatan naik lagi..ekekeke... Selalu giti la... Org tempatan tak naik kat tempat sendiri... Tempat2 lain dah kemain jauh berjalan..hehe
ReplyDeleteOk jugak untuk aktiviti malam di Melaka...
ReplyDeletesubahannallah cantik bandar melaka ni.. NAK sangat naik tapai asal g melaka mesti ada halangan... best la HH..
ReplyDeleteP/S : HH thks sudi letak Unni dalam 5 bliglist pilihan :) tharu bila blogger hebat sudi letak blog kita kat bloglist :)
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.