Pantun Kekasih. Lama tak buat entri santai macam ni. Sesekali nak jamu anda dengan kelainan. Bukan sekadar tips, panduan dan rahsia blogger berjaya je, ada kala, saya nak anda rileks-rileks minda.

Pantun, salah satu platform unik untuk anda persembahkan di dalam blog anda. Kalau anda punyai kelebihan berpantun seloka, maka cubalah adaptasi dalam blog. Saya pasti, blog akan ada pengikut tersendiri.

Pantun Kekasih

Pantun Kekasih
Meh layan, pantun kekasih ini. Nak salin tampal dalam blog anda pun boleh, saya tiada kisah ...hehehe... nak guna kat FB pun tak ada hal punya, Benda indah dan cantik seperti pantun ini elok disebarkan, lagipun ia bahasa kita, bahasa Melayu ... alunnya cantik, bila dibaca jadi merdu... tak percaya, cubalah lidah berbicar .. eewahh...

Bunga selasih si bunga sena
Disunting tetamu ke dalam saku
Wahai kekasih nun jauh di sana
Masihkah hatimu teringat padaku

Disunting tetamu ke dalam saku
Dipungut merata di dalam taman
Masihkah hatimu teringat padaku
Setulus cinta di awal pertemuan

Dipungut merata di dalam taman
Bunga yang dapat tiada bermadu
Setulus cinta di awal pertemuan
Janji diikat kasih dipadu
Pantun dengan bunga
Bunga yang dapat tiada bermadu
Disunting malam tiada pilihan
Janji diikat kasih dipadu
Bersaksikan alam ciptaan Tuhan

Disunting malam tiada pilihan
Tanpa bosan dan juga penat
Bersaksikan alam ciptaan Tuhan
Semoga ikatan semakin erat

Tanpa bosan dan juga penat
Bersama anak pergi bertapa
Semoga ikatan semakin irat
Biar banyak godaan menimpa

Bersama anak pergi bertapa
Akhirnya timbul salah erti
Biar banyak godaan menimpa
Janji tersimpul ikatan mati

Akhirnya timbul salah erti
Sehinggalah lalai yang diwajibkan
Janji tersimpul ikatan mati
Janganlah terurai di tengah jalan

Sehinggalah lalai yang diwajibkan
Amalan salah jauhlah dipinta
Janganlah terurai di tengah jalan
Kelak menitislah si air mata
Pantun dengan air mata
Amalan salah jauhlah dipinta
Biar yang mulia diamal bersama
Kelak menitislah si air mata
Kerana bahagia tidak menjelma

Biarlah yang mulia diamal bersama
Fikiran yang lapang hajat terlaksana
Kerana bahagia tidak menjelma
Segala dipandang tiada bermakna

Fikiran yang lapang hajat terlaksana
Sepertilah mana resamnya padi
Segala dipandang tiada bermakna
Janganlah ianya akan terjadi
Pantun melibatkan padi
Sepertilah mana resamnnya padi
Dipandang mulia tanpa dipinta
Janganlah ianya akan terjadi
Biarlah bahagia hubungan kita

Dipandang mulia tanpa dipinta
Semakin berisi tunduknya nyata
Biarlah bahagia hubungan kita
Dekat di hati berjauhan di mata

Semakin berisi tunduknya nyata
Hasilnya bersama menambah rezeki
Dekat di hati berjauhan di mata
Bersamalah berdoa ke hadrat Ilahi

Nukilan di atas bukan dari saya. Saya tidaklah bijak berpantun sebegitu, walaupun pernah terlibat dengan Pesta Pantun Kebangsaan satu ketika dahulu. Sekadar nak semarak bahasa indah yang ramai dah lupa dan tak tahu nak bicara.

Apatah lagi zaman sekarang, zaman WeChat, WhatsApp, Telegram di mana-mana ... semuanya pakai singkatan dan ejaan yang kadang sukar nak difaham. Generasi sekarang generasi yang dah tak tengok sangat bahasa pantun, malas nak fikir ... semuanya nak mudah dan cepat ... sampaikan mee segera pun ada yang nak disegerakan lagi .. adeh.

Sumber: Laman Komuniti VF

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement