Lexis Suites Penang menawarkan harga penginapan bermula dari RM 399.00 semalam untuk bilik Executive Pool Suite, dan RM 499.00 semalam untuk bilik Premium Pool Suite. Pun begitu, anda boleh dapat harga penginapan sehingga 50% diskaun jika anda tahu menggunakan aplikasi tertentu, contohnya seperti Agoda dan Traveloka.
Penginapan Best di Lexis Suites Pulau Pinang
Saya dan keluarga telah berkesempatan untuk bercuti dan menginap di Lexis Suites ini. Setakat blog post ini ditulis, saya dan famili sudah 3 kali menginap di hotel bertaraf lima bintang ini. Memang pengalaman best dapat menginap di hotel mewah. Paling best ialah kami membayar harga yang jauh lebih murah daripada apa yang disiarkan di laman web rasmi Lexis Suites Penang.Kami menempah kesemua penginapan hotel kami menerusi dua aplikasi mudah iaitu Agoda dan juga Traveloka. Harga yang ditawarkan menerusi tempahan online di Agoda dan Traveloka memang jauh bezanya. Misalnya, pada kali kedua kami buat tempahan secara online Lexis Suites Penang ini, saya menggunakan aplikasi Traveloka, saya hanya membayar RM 286.07 semalam untuk bilik Executive Pool Suite. So, dapatlah jimat RM 112.93 !!
[Promo] Bandingkan Harga Hotel Penginapan Termurah Menerusi TrivagoDengan diskaun tu, dapatlah saya anak beranak merasa bermalam di hotel ini. Weihh .. lima bintang bayar tak sampai RM300 ... berbaloi kot. Nak-nak lagi bila dah masuk bilik hotel .. perghhh ... anak-anak saya cukup teruja, kagum, dan seronok. Baru jejak kaki masuk bilik, dah rasa best ... hoho.
Nak tengok gambar bilik yang telah saya tempah di Hotel Lexis Suites Penang ni? Hoho ..
Gambar Bilik Executive Pool Suite
Ok. Saya jamu mata anda dengan beberapa gambar bilik Executive Pool Suite yang berjaya ditempah dengan harga diskaun RM 286.07 ....Amacam? Harga diskaun, saya dapat bilik yang cukup luas, malah kalau ikutkan boleh muat lebih daripada lima orang dewasa. Lihat sahaja saiz katil ... huhu.. dua katil besar, lepas tu .. ada sofa bed pada setiap katil.
Boleh Bawa Toto !!
Dan jangan tak tahu, ada pelanggan hotel yang datang check-in bawa toto ke hotel ni. Jadi, bilik hotel memang cukup besar untuk tampung anak-beranak. Bila besar, pastilah sekali .. anda akan merasa selesa.Ada TV flat screen 50 inci, yang tak nampak pun macam TV .. betul-betul flat. Meja depan TV pun luas. Katakan kalau nak buat kerja sambil bercuti atau guna laptop .. memang tak ada masalah. Hoho .. bercakap soal guna laptop, maka akses Wifi adalah percuma. Memang laju Wifi di dalam bilik, tapi terhad untuk 4 peranti sahaja. Jadi, kalau ada 4 orang guna Wifi, orang yang kelima tu kenalah guna thetering ... huhu.
[Baca] Percutian Hujung Minggu Terbaik di Golden Sands Resort, Batu FeringgiKeadaan bilik utama pun dah nampak best, belum tengok bahagian lain dalam bilik Executive Pool Suites ini.
Bahagian Bilik Hotel Paling Best
Nah .. inilah bahagian bilik hotel yang paling best - kolam mandi persendirian. Ada sebab dinamakan Executive Pool Suites.Semasa kali kedua kami ke hotel ini, kami dapat bahagian tepi (corner). Jadi pemandangan luar lebih luas ... anda boleh tengok gambar pool di atas, kan ada dua gambar berbeza tu ... huhu..
Ia berdinding kaca. Jadi awas jangan bersandar sangat pada dinding luar tu .. takut teterjun ke bawah. Jauh nak landing tu .. haha ... 25 tingkat kalau tak silap. Tingkat paling tinggi saya dan famili pernah duduk adalah di tingkat 18, iaitu pada kali ketiga saya menginap di hotel ini.
Ada Bath Tub Besar dan Bilik Sauna
Selain kolam persendirian ni, ada bath tub, dan ada sauna. Jadi, kalau rasa sejuk nak mandi kolam, boleh mandi air panas di bath tub atau boleh mewapkan diri di bilik sauna. Bilik sauna agak kecil tapi boleh muat dua orang dewasa pada satu-satu masa. Kalau dewasa kurus ... hehe .. leh muat sampai tiga orang.Satu lagi ciri yang menarik pada saya ialah hotel ni tak lokek dengan tuala. Ada 3 tuala besar, dan 3 tuala kecil dalam bilik mandi, lepas tu ada dua tuala besar untuk kegunaan di kolam, dan ada 2 tuala muka, dan 3 tuala untuk alas kaki yang diletakkan pada bahagian cermin dandan.
Bilik mandi dan tandas adalah asing. Dalam bilik mandi, ada shower sangkut dan shower atas, selain tab mandi yang besar. Anak-anak nak berendam dalam tab mandi memang puaslah. Saya pun muat sekali dengan anak-anak dalam tab mandi tu ... hoho ....
Penginapan di Hotel Lexis Suites Penang memang awesome. Bilik besar, siap terbahagi kepada 3 bahagian, dan setiap bahagian ada pintunya sendiri. Pertama bahagian bilik tidur, kedua bahagian untuk mandi, buang air, tukar baju dan ketiga bahagian nak berendam dalam kolam.
Katakan ada kawan ke, sedara ke saja datang nak tengok bilik .. kira ok je, sebab boleh tutup langsir dan biarkan anak-anak atau yang lain mandi kolam.
[Baca] Kenapa Bayview Beach Resort, Penang Seronok Untuk Percutian KeluargaSepanjang penginapan di Lexis Suites ni, saya dan keluarga memang tak ke mana-mana .. lepak dalam bilik je. TV pula ada siaran best yang memang saya suka. Saya boleh layan channel movie dan anak-anak boleh layan channel kartun.
Paling penting, agak-agak rasa nak mandi dan berendam dalam kolam .. boleh terus terjun. Tak ada peraturan khas dari segi pemakaian, tak ada orang lain nak usyar part-part tubuh yang melekap ... malah, kalau nak berendam berbogel memalam pun tak ada sapa nak tengok .. haha.
Lokasi dan Cara ke Hotel Lexis Suites Penang
Oh ya, lupa nak beritahu lokasi sebenar hotel ni.Cara paling mudah untuk ke Hotel Lexis Suites Penang ialah menerusi Jambatan Sultan Abdul Halim (Jambatan Kedua Penang). Apabila nak exit, pilih ke Bayan Lepas iaitu ke kiri, dan anda jalan je terus sampai satu bulatan/simpang. Ambil terus menuju ke Teluk Kumbar. Memang tak ada belok-belok .. dari Jambatan Kedua, anda hanya perlu straight sahaja sehinggalah anda akan jumpa simpang yang tulis Jalan Teluk Kumbar.
Landmark dia adalah sebuah masjid warna hijau betul-betul di depan simpang. Anda perlu belok ke kiri, dan melalui jalan yang sedikit berbukit. In Sha Allah, anda akan nampak hotel ini dari kejauhan memandangkan ia satu-satunya hotel yang tinggi di situ. Boleh juga gunakan Waze atau Google Map untuk cari lokasi ni. Uhh mudah je lahh ..... takkan sesat punya.
Buat Tempahan Online Untuk Diskaun Menarik
Teringin nak menginap di hotel bertaraf lima bintang ini tak? Boleh cuba tempah menerusi Agoda, ada diskaun diberikan. Tak pun, anda boleh cuba tempah secara online menerusi Traveloka. Muat turun aplikasi Agoda dan Traveloka ni ke smartphone anda, dan terus buat tempahan dengan mudah. Nak banding harga pun boleh.Saya tak sarankan anda guna aplikasi Trivago, kerana setakat ini daripada pengalaman sendiri .. harga di Trivago lebih mahal walaupun ia membandingkan harga termurah antara online booking yang lain.
mcm best juga hotel ni...tapi harga bilik boleh tahan no..
BalasPadamMemang best ... :) tu sbb saya pergi 3 kali!! ... hehehe.. kalau ikutkan susah nak dapat harga bawah RM300 tu ..
PadamKalau musim cuti .. harganya leh cecah RM600 untuk sebilik ..
boleh tahan harga!!! hihihihi tapi bila tgk memang puas hati lagi2 y ada anak2 kan.. ahh bestnyaaaa
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.