Saya tak sengaja. Saya sayang periuk ni, dan antara periuk yang menjadi pilihan kalau saya nak memasak sesuatu yang special macam Sup Ekor, Kari Kepala Ikan atau Sup Ikan Merah. Sedih betul bila periuk kaca Luminarc ni dah tak boleh digunakan lagi.
Periuk Kaca Luminarc Boleh Pecah Ehh?
Actually, periuk kaca Luminarc ni memang tahan lasak. Ia periuk kaca yang tebal. Bila tebal, ia agak berat. Saya suka memasak menggunakan periuk kaca Luminarc ni sebab saiznya yang besar. Sekali masak lauk berkuah, memang cukup untuk lima orang makan.Luminarc - Jenama Yang Ada Nilai Tersendiri
Tak tahulah pada orang lain, Luminarc bagi saya adalah satu jenama yang cukup authentic .. ada nilai tersendiri. Jenama ni sejak dari kecil lagi saya dah tahu. Malah, emak saya antara yang suka gunakan jenama Luminarc untuk pinggan mangkuk dan periuk ... kalau orang kampung kata .. "jenama mewah".Saya tak pasti kat mana boleh beli periuk kaca seperti ini dengan murah kecuali di Langkawi. Saya ada nampak ia dijual di AEON/Jusco tetapi harganya ... perghhh ... memang takut nak pegang .. haha. Kalau tengok di Lazada Malaysia pun .. boleh tahan gak harga dia...huhu.
Periuk kaca Luminarc yang dah pecah ni pun dibeli semasa isteri saya ke Langkawi. Beli satu je pun .. haha .. so, memang tak ada kenangan dah la bila periuk kaca satu-satunya ini dah pecah dan tak boleh digunakan untuk memasak lagi.
Mungkin, lepas ni kalau ada kesempatan ke Langkawi, saya nak belilah lagi set periuk kaca Luminarc ni...huhu .. bila tu? tak tahu lagi, dah cuba nak cari tarikh sesuai nak bercuti ke Langkawi dan tempah rumah penginapan persekutuan di Federal Villa, tapi tak ada kekosongan yang sesuai. Lagipun, isteri saya sedang sarat mengandung .. kena tunggu dua tahun lagi kot baru boleh pergi .. hahaha .. (uhh lama laginyaaaaaa).
Bagaimana Periuk Kaca Luminarc Boleh Pecah?
Oh ya, lupa nak cerita bagaimana periuk kaca Luminarc ni boleh pecah.Sebenarnya, saya nak basuh dan cuci periuk ni. Sedang elok menyabun ... tetiba ia terlepas dari tangan dan terhentak pada batu lesung yang ada dalam singki. Ia jatuh betul pada bucu kena tepat pada kepala anak lesung batu. Tak bunyi apa pun ... tau tau .. ehhh dah sumpih .. dah retak sampai ke bahagian tengah periuk.
Masa tu ... saya rasa kecewa betul, dan pada masa yang sama ... tengah fikir apa reaksi isteri saya memandangkan dia sendiri jarang gunakan periuk kaca Luminarc tu untuk memasak. Adeh.
Bila isteri balik dari kerja, saya pun beritahu dengan nada jenaka. Uhh ... isteri saya pun teperanjat macamana periuk kaca Luminarc tu boleh pecah, walhal ia periuk yang cukup kuat, tebal dan memang ada jaminan pun susah nak pecah (ye ke?).
Tapi, isteri saya bukan jenis suka nak marah ... benda dah jadi. Sekarang, kami dah ada objektif untuk pergi ke Langkawi bershopping pinggan mangkuk .. haha.
Anda ada set Luminarc tak? Mesti sedihkan kalau benda macam ni berlaku kat set anda? Huhu ...
WAHH RAJIN HH.. MEMANG HUSBEN HOUSE.. sayang periuk tu tapi xpe la bukan rezeki kan, maybe ada rezeki y lebih baik
BalasPadamTu la pasal, sayang betul ia pecah. Tak sangka plak .. adeh. Lama juga periuk kaca ni dah digunakan.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.