Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP). Saya dan isteri adalah antara pemohon tegar buat tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) menerusi portal SBBPH (Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah). Hampir kesemua rumah peranginan persekutuan RPP di Malaysia telah kami rasai pengalaman menginap.

Memang berbaloi, jimat, dan satu kemudahan untuk kakitangan awam yang tidak wajar dilepaskan. Kami dah dapat maklum, tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) untuk tahun 2017 dah pun dibuka sejak November 2016.
[Update] Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) 2018
Antara RPP yang pernah kami tempah, sewa dan menginap adalah RPP Langkawi (Federal Villa - Deluxe dan Suite), RPP Cameron Highlands (Bilik Biasa, Apartment dan Banglo), RPP Bukit Fraser (Banglo dan Bilik), RPP Morib (Banglo), RPP Pulau Pinang (Suite), RPP Tanjung Tuan (Apartment), RPP Tasik Kenyir (Banglo), dan RPP Port Dickson (Apartment). Anda boleh cuba 'search' dalam blog ini untuk lihat beberapa post yang pernah saya kongsikan mengenai lokasi-lokasi RPP ini.

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan
Tempahan RPP di tahun 2016 sahaja, ada empat tempahan di mana salah satunya merupakan tempahan penginapan RPP di Singapura, namun dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Malah, kami pernah cuba memohon untuk tempahan penginapan di RPP Premier Labuan, tetapi gagal mendapat kelulusan dari SBBPH.

Memang susah nak dapat tempahan bilik, apartment dan banglo untuk RPP ni. Kena usaha banyak kali, dan paling penting kena buat perancangan jangkamasa panjang. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga, apabila teringin nak bercuti di kawasan peranginan dengan penginapan super-duper jimat lagi selesa, kami dapat tempah tanpa banyak masalah menerusi SBBPH ini.

Murah, Berbaloi - Rugi Kakitangan Awam Tak Ambil Peluang Tempah Online

Tempah Banglo RPP
Banglo RPP Bukit Fraser
Bayangkan anda boleh menginap di banglo yang ada enam bilik hanya dengan membayar RM250 semalam. Bilik pula boleh muatkan dua keluarga dan sama saiz dengan ruang bilik hotel mewah, malah lebih besar... contohnya RPP Bukit Fraser. Saya dah tiga kali berpeluang untuk menginap di banglo RPP Bukit Fraser. Memang sesuai untuk percutian seluruh keluarga (dalam 5 buah keluarga berasingan). RM250 sebuah banglo, kongsi lima keluarga .. hanya keluarkan modal RM50 semalam sahaja!!

Saya berikan rate harga semalam termasuk sewaan beberapa kemudahan lain yang ada di RPP ini.
Rumah Peranginan Persekutuan Langkawi
RPP Langkawi
RPP Langkawi antara RPP yang best sebab ia dekat dengan pantai. Bila dekat pantai, saya bolehlah pergi memancing. Pernah dapat ikan .. dan simpan dalam peti ais ... haha..

Saya dan isteri sudah dua kali berjaya buat tempahan di RPP Langkawi, yang sedikit berbeza dengan RPP yang lain. Ia disebabkan ia diuruskan oleh Holiday Villa - Federal Villa, jadi kemudahan yang ada di hotel bertaraf 3-4 bintang tu boleh kami gunakan, termasuklah kolam renang. Bila puas mandi di pantai, terus terjun kolam renang .. fuh. Malah, breakfast diberikan dengan harga diskaun ... huhu...

Rumah Peranginan Persekutuaan Cameron Highlands

Antara banyak-banyak Rumah Peranginan Persekutuan yang kami menginap, RPP Cameron Highlands adalah yang paling kerap. Dah beberapa kali saya ceritakan di dalam blog saya ini. Ramai yang komen betapa bestnya dapat menginap di situ sebab luas, selesa dan paling penting ianya murah.
[Alternatif] Tempah Online Menerusi Agoda Untuk Diskaun Penginapan di Cameron Highlands
RPP Cameron Highlands, anda hanya perlu bayar RM150 semalam untuk sebuah banglo 3 bilik - lengkap dengan dua ruang tamu, dapur dengan peralatan memasak termasuklah dapur gas, pinggan mangkuk, kuali, microwave oven, peti sejuk dan cerek elektrik. Kawasan BBQ juga disediakan secara eksklusif. Wifi juga ada dan percuma... :).

Jadual Tarikh Tempahan RPP 2017

Untuk tahun 2017, pihak SBBPH telah mengeluarkan kenyataan mengenai tarikh untuk tempahan baru RPP. Jika anda seorang kakitangan kerajaan, dan mahu membuat tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP), maka anda perlu lihat jadual tempahan di bawah. Anda hanya boleh menempah RPP pada tarikh dan waktu yang ditetapkan sahaja.
Jadual Tarikh Tempahan RPP 2017
Alhamdulillah, saya dan isteri sudah mulakan langkah kanan apabila berjaya membuat tempahan untuk penginapan di RPP Cameron Highlands pada 6 Januari 2017. Kami telah buat tempahan untuk banglo 3 bilik di Cameron Highlands, dan bayar hanya RM150 untuk satu malam. In Sha Allah, kami akan menginap di situ selama 3 hari 2 malam.

Dah siap bayar dah .. hanya tunggu tarikh je untuk bercuti. Mungkin nanti nak explore lebih banyak tempat menarik di Cameron Highlands .. walaupun dah acapkali pergi ... huhu.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan
Oleh kerana rezeki kami selalu murah dapat tempah banglo RPP Cameron Highlands; kami akan ajak saudara-mara, kawan-kawan sekolah lama dan juga jiran untuk sama-sama merasai menginap di banglo RPP. Sebab memang tak luak nak duduk hanya kami sahaja sebab ia luas dan boleh muat ramai orang.

Emak saya, ayah mertua saya .. adik beradik semua dah merasa tinggal menginap di RPP bersama kami.

RPP Cameron Highlands selalu dipilih sebab lokasinya menarik, ia terletak di tengah-tengah antara Brinchang dan Tanah Rata. Depan RPP ada ladang Strawberry .. Kimanis Strawberry kalau tak silap namanya. Lepas tu, suhu memang sejuk sebab berada di atas bukit dan boleh lihat pemandangan sekeliling.
[Baca] Tips Untuk Dapat Tempahan Online RPP
Oh ya, untuk membuat tempahan RPP, anda hanya boleh buat tempahan secara online, tiada cara lain! Anda boleh terus ke laman web SBBPH - http://www.bph.gov.my/sbbphv2

Untuk tempahan 2018 boleh rujuk post ini - Tempahan RPP Tahun 2018

Semoga berjaya.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Siapa nak menginap hotel best taraf bintang dengan harga bawah Rm100 .. inilah pilihan terbaik

    BalasPadam
  2. nice sharing HH... hope sampai masanya dpt bercuti n famly ni... InsyaaAllah

    BalasPadam
  3. puas hati pergi rumah persekutuan ni murah dan bersih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, tempahan online tak susah pun, kalau bernasib baik dapat ruang kosong .. terus je buat tempahan.

      Padam
  4. senangnya di Malaysia ada yang namanya rumah persekutuab ya seperti ini murah lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu servis untuk kakitangan awam menikmati penginapan bertaraf hotel tetapi dengan kos rendah.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement