Hahaha.. pakaian tetap dibasuh hampir hari-hari. Apatah lagi bila ada anak-anak .. satu hari, paling tidak mesti tiga atau empat pasang baju kotor dari mereka.
Keringkan Pakaian Guna Dryer di Kedai Dobi 24 Jam
Bila hujan, saya akan keringkan baju di kedai dobi. Ehhh ... macam pelik je kan .. selalunya orang ke kedai dobi untuk basuh baju, tapi ni .. ke kedai dobi untuk keringkan baju.Itu untungnya ada kedai dobi beroperasi 24 jam yang sediakan mesin pengering atau dryer. Selain berikan servis untuk basuh baju, ia juga sediakan servis untuk keringkan baju. Mudah, murah dan cepat.
Saya dan isteri antara pelanggan kedai dobi 24 jam yang setia. Kami tak basuh baju, tapi kami gunakan kedai dobi semata-mata untuk keringkan baju.
Keringkan Pakaian Dengan Cepat Guna Dryer Kedai Dobi
Kenapa guna dryer?Sebab ia cepat mengeringkan, dan paling best ia akan buat kerja dua dalam satu - iaitu hilangkan kedutan di pakaian. Jadi, anda dah jimat elektrik untuk seterika pakaian. Kalau ada pun, cuma wrinkle kecil sahaja.
Keringkan Baju Semurah RM4 Untuk Berat Pakaian 10Kg
Di kedai dobi, dengan bayara bermula dari RM4 .. anda dah boleh gunakan servis pengeringan baju (dryer) untuk pakaian seberat 10kg. Malah, ada kedai dobi yang buat promosi harga terendah gunakan dryer hanya RM6 untuk 20kg pakaian.Bila hujan sahaja dan mahu pakaian cepat kering, saya dan isteri akan hantar pakaian-pakaian yang sudah dibasuh ke kedai dobi ini. Kedai dobi layan diri yang beroperasi 24 jam memang banyak di tempat kami. Malah untuk satu kawasan tertentu tu, ada sampai 3 kedai dobi layan diri .. lengkap dari washer sampai dryer.
Servis Melipat Pakaian
Malah, ada kedai dobi yang sediakan servis melipat baju untuk pelanggan-pelanggan mereka. Boleh biar dan tinggalkan pakaian anda sambil anda pergi ke tempat lain .. :)Sebagai seorang house husband, servis basuh, keringkan dan melipat pakaian yang disediakan di kedai dobi 24 jam memang meringankan dan mempercepatkan kerja di rumah. Cuma satu je yang tak berapa nak best ... anda akan libatkan kos lain, selain perlu keluarkan kos untuk mendobi, perlu juga keluarkan kos pengangkutan untuk ke kedai dobi .. .:)
Jadi, anda kena bijak memilih waktu dan keadaan yang sesuai untuk gunakan servis ini.
In Sha Allah, saya akan kongsikan beberapa tips untuk gunakan servis kedai dobi layan diri 24 jam kepada anda. Jangan lupa untuk follow ye.
Memang memudahkan guna pengering kedai dobi ni, tapi yang jenis besar macam ni saya percaya, kalau jenis kedai murah yang mesin dia kecil tu pernah rosakkan baju-baju saya, jadi melekat2 macam ada caj pula.. huhuhu
ReplyDeleteUtk Keringkan Baju RM4 Shj Mahal .Utk Basuh Dan Kering Rm4 Harga Patut ,Di- Taman Pelangi Semenyih Coin Laundro Rm3 Dan Kering Rm1 . Harga Patut Kadang2 Dia Bagi Utk Basuh & Kering Percuma Sama Seperti Doobidoo .
ReplyDeletememang sesuai digunakan semasa musim hujan ni. kain lambat benar keringnya..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.