Blog Catat 2.8 Juta Pageviews Pada Tahun 2016. Alhamdulillah, blog saya berjaya mencatat pageviews atau hits lebih daripada 2 juta paparan pada tahun 2016. Walaupun dalam tempoh yang sama pada tahun 2015, nilainya agak menyusut, saya masih lagi boleh merasa lega kerana blog ini ada golongan pembaca dan pengunjungnya sendiri.

Saya telah mewujudkan blog ini secara rasmi pada Ogos 2010. Dan saya telah mula menulis di laman web atau blog sejak dari 2007 lagi. Sejak menjadi penulis blog secara sepenuh masa, saya dapat melihat bagaimana turun naik trafik sesebuah blog itu .. ada banyak sebab dan punca, dan hampir kesemuanya telah saya kongsikan di blog ini menerusi panduan blogger dan tips blogging.

Blog Catat 2.8 Juta Paparan Pada Tahun 2016

Blog Catat 2.8 Juta Pageviews 2016
Saya sukacita melihat blog saya kekal bertahan dengan trafik yang agak baik. Walaupun ada waktu saya perlu menggunakan servis tertentu untuk mendapatkan trafik blog yang tinggi, saya masih lagi kekal menggunakan pendekatan SEO dalam penulisan di blog untuk mendapat trafik yang berkualiti.

SEO - Pastikan Trafik Berkualiti

Trafik yang berkualiti maksudnya, orang masuk ke blog saya sebab nak dapatkan info dan maklumat yang mereka cari. Maka, secara tidak lansung, saya telah membantu orang lain, sesuai dengan moto blog ini - Memberi Lebih Baik Daripada Menerima. Maka, dengan ini tercapailah hasrat saya di awal pembabitan menulis blog untuk menyumbang sesuatu yang baik pada masyarakat menerusi internet.

Disebabkan saya mahu sangat orang baca blog saya kerana ilmu, panduan serta pengalaman yang boleh dimanfaatkan, maka saya pelajari teknik-teknik SEO untuk digunapakai di blog saya. Saya dapat tahu dengan menggunakan pendekatan teknik SEO yang bagus, saya boleh menyampaikan sesuatu dengan berkesan, dan bantu mereka yang memerlukan.

Dan sejak akhir-akhir ini, blog saya banyak terima pengunjung kerana kisah dan perkongsian pengalaman saya mengenai percutian, hotel penginapan, homestay, serta tempat menarik. Termasuk dalam kategori pencarian ke blog saya ialah juga mengenai hartanah dan perumahan; selain berkaitan automotif.
Kategori Popular di Blog HasrulHassan
Belajar teknik SEO memang berbaloi.

Siang malam saya mengadap komputer, hanya untuk belajar teknik-teknik SEO yang baik. Tak faham .. saya rujuk pakar, tak fasih bahasa Inggeris, saya rujuk kamus. Saya baca blog-blog dan laman web yang kongsi tips SEO.

Baca. Terus praktik. Tengok hasil.
[Baca] Tercapai Hasrat 1 Juta Pageviews Dalam Masa Sebulan

Dah Berjaya, Maka Saya Kongsi Ilmu SEO Yang Ada

Bila ada hasil, saya nampak impak .. saya kongsikan kepada rakan-rakan blogger lain. Ilmu SEO yang ada, saya tak simpan, sebab saya tahu ramai blogger yang ada niat serupa dengan saya mahu melakukan sesuatu yang boleh berikan nilai pada pembaca.

Alhamdulillah. Kerana adanya ilmu ini jugalah, ada yang menggelarkan saya sebagai Pakar SEO Malaysia, dan menjadikan blog saya sebagai rujukan untuk blogger Malaysia untuk ketahui cara-cara dan teknik menulis blog yang baik.

Menerusi SEO juga, saya berjaya menang beberapa kontest online SEO. Ada yang menang tempat pertama, ada tempat kedua .. ada saguhati.
[Baca] Tips Termudah Hasilkan Blog Mesra SEO
Sekarang, dah banyak blog yang gunakan teknik SEO berkesan. Malah, ada blog baru yang sudah cecah lebih 5 juta pageviews dalam masa singkat dengan teknik SEO ini. Saya kagum.

Pageviews 2.8 Juta 2016, Lebih Rendah Berbanding 2015

Blog saya berjaya catat 2.8 juta pageviews di tahun 2016 jauh lebih rendah pada tahun 2015, di mana jumlah pageviews atau hits yang berjaya dicatat dalam tempoh tersebut adalah sebanyak 4.2 juta paparan. Satu penurunan yang sangat banyak ... ouchhh ... nak tahu, boleh tengok di sini - Statistik Penuh Blog HasrulHassan.com

Tahun 2016, blog saya mencatatkan ramai pengunjung daripada peranti mudah-alih dan ia datang dari banyak negara. Mungkin kerana blog saya telah disesuaikan supaya menjadi blog mesra mudah-alih.

Blog Catat 2.8 Juta Pageviews 2016
Saya harap trafik tinggi sebegini dapat saya capai seterusnya di tahun-tahun mendatang. Cabaran memang kekal ada, malah semakin mencabar apabila banyak blog-blog yang sudah berjaya memikat pembaca setia.

Apatah lagi kebanyakkan dari blog ini mempunyai sokongan media sosial yang kuat, di mana ada blog yang mempunyai ratusan ribu malah jutaan LIKERS; jauh bezanya dengan blog saya yang mempunyai kurang daripada 13 ribu likers di Facebook - setakat Januari 2017.

Fuhh ... memang mencabar.


11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kalau pakai hosting sendiri... mesti kena ada storan yang besar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tu AbangUber .. :) antara sebab kekal dengan Blogspot ni .. jenuh juga nak top up bila ada pertambahan trafik

      Delete
  2. Wahhh. Saya yg tak reti sangat pasal SEO ni memang terngangalaa tengok PV blog ni. Memang terbaikk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda boleh belajar .. saya pun dulu zero je pasal SEO ni.

      Delete
  3. terbaik sifu. dan saya masih lagi kekal di blog sifu untuk mencari-cari lagi teknik seo. :)

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Terima kasih. MNudah mudahan dapat bertahan lama

      Delete
  5. Dari data ini yang bro kongsikan ini tahulah saya yang trafik blog bro adalah 3 kali ganda dari trafik blog saya, ni mesti adsense kencang nihh,hehehee

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement