Anak saya nombor dua, Zikri .. dia ni memang kreatif skit. Malah, dia juga ada baran dia sendiri .. namun, alhamdulillah, dengan beberapa tips dan panduan menerusi cara didik anak degil, Zikri dah semakin ok. Paling tidak pun dia akan merajuk dan fikir cara nak selesaikan sendiri masalah dia.

Zikri, in Sha Allah tahun 2017 dia akan sekolah di Tahun Tiga. Masa akhir penggal sekolah Tahun Dua, dia ditawarkan jadi pengawas perpustakaan ... tapi mentah-mentah dia tolak. Katanya, nanti penat nak belajar kalau dah jadi pengawas ni. Disebabkan tak mahu dilantik jadi pengawas perpustakaan di sekolah, dia 'sorok' surat tawaran lantikan, dan ponteng pada hari dia perlu hantar surat jawapan lantikan .. adehh.

Buat Mainan Sendiri Sebab Tak Dapat Beli di Lazada

Buat Mainan Sendiri Sebab Tak Dapat Beli di Lazada
Ini lagi kisah si Zikri. Kisah merajuk tak dapat beli mainan di Lazada... haha. Hari-hari Zikri duk pujuk saya dan isteri untuk benarkan dia beli mainan di Lazada, tapi saya dan isteri tolak. Sebelum ini, dia berjaya juga cairkan hati saya untuk beli jam. Nah .. dapat sebuah SmartWatch .. yang dia order online sendiri guna aplikasi Lazada kat telefon bimbit dia (telefon saya yang tak digunakan).

Uhh masa tu, dia seronok bukan main dapat SmartWatch. Bapak dia pun tak secanggih gitu ada jam tangan yang boleh jawab call dan buat call ...

Baru-baru ni, Zikri tunjuk satu cara guna jam tangan dia yang canggih tu ... hmm dengar dan hafal Asmaul-Husna. Uhh bergegas dia cari saya nak tunjuk fungsi jam tangan dia tu... haha .. bukan apa, dia nak hint kat saya .. apa yang dia nak beli di Lazada .. akan digunakan dengan sebaiknya .. eceh.

Jadi, dia pun pujuk saya untuk beli mainan di Lazada. And still .. I said .. "NO".
Merajuk. Dia pun fikir cara nak dapatkan mainan baru... tanpa guna duit, tanpa Lazada, tanpa perlu pujuk tak sudah mak bapak dia .. haha.

Buat Mainan Sendiri

Nah kau ... abis cellophane tape dia gunakan untuk cipta mainan dia .. adeh. Dia buat pistol mainan, dan juga jari-jemari Wolfverine. Jari watak X-Men tu dia gunakan juga tisu dapur .. uh sib baik tak habis segulung.
Buat Mainan Sendiri Sebab Tak Dapat Beli di Lazada
Buat Mainan Sendiri Sebab Tak Dapat Beli di Lazada
Saya nak marah pun tak sampai hati ... ada tiga sebab:

  • Dia fikir cara nak selesaikan masalah dia
  • Dia kreatif cipta mainan sendiri
  • Dia tak bazirkan duit untuk mainan yang dia suka

Bangga pulak saya dibuatnya. Hmm .. Zikri memang akal dia lain macam skit. Pernah sekali dia experiment guna pemetik api .. kononnya nak buat magik tangan keluarkan api. Last sekali, isteri saya pergi sorok semua pemetik api yang ada di dalam rumah .. haha .. dan pernah juga si Zikri merajuk, dia pi bakar selak pintu bilik air .. sampai cair dibuatnya (plastik).

Kadang, anak-anak tidak boleh dituruti kemahuan mereka dengan mudah. Perlu sedikit ketegasan supaya mereka tahu untuk berusaha mendapatkan sesuatu. Saya syor anda ikuti panduan didik anak yang pernah saya kongsikan sebelum ini. In Sha Allah, banyak dari panduan tu yang sangat baik dan membantu.

p.s: Masa ni time kena chickenpox ... bosan duk rumah, tu minta mainan tu ...

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kreatif sangat... bakal jurutera ke ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha ... in Sha Allah. Tapi dia nak jadi abang BOMBA .. haha

      Padam
  2. Balasan
    1. Zikri memang bijak .. dan dia memang pakar panjat .. haha.

      Padam
  3. alhmdulilah bijak anak HH.. KREATIF SUNGGUH. ada ciri jurutera x pun pereka cipta barangan..moga jadi anak soleh zikri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya memang mengharapkan yang terbaik buat anak saya ni .. sebelum lahirnya Maira, Zikri peneman saya ke mana-mana saya pergi.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement