Siapa orang Penang, tentu dah pernah merasa Grilled Burger dari NZ Hot Stone ni. Saya sudah dua kali merasa burger yang dipanggang panas ni. Ketika itu saya sedang bercuti di Pulau Pinang, menginap di Hotel Lexis Suites Penang.

Saya dapati ramai juga peminat Grilled Burger dari NZ Hot Stone ini selepas saya post beberapa gambar di Instagram dan juga Facebook. Semua berikan thumbs up pada burger ni.

Burger Grilled Terbaik dari NZ Hot Stone

Burger Grilled NZ Hot Stone
Semasa pertama kali saya merasa burger ni, saya tak menyangka yang burger ini adalah burger bakar. Rasanya cukup lain, apatah lagi daging burger adalah daging yang diproses sendiri. Memang sedaplah. Patutlah ramai yang berikan komen bagus untuk burger ni.

Burger ini boleh didapati di depan Hotel Lexis Suites Penang tempat saya menginap semasa cuti hujung minggu hari tu. Harganya boleh tahan, tapi kenalah dengan rasa burger ni yang sedap. Burger Grilled NZ Hot Stone ini adalah milik NZ Katering, dari Pendang, Kedah... uhh jauh asal usul burger panggang ni ye .. huhuhu...

Hanya boleh didapati selepas jam 6:30 petang di depan hotel, sehingga awal pagi.
Burger Grilled NZ Hot Stone
Tak susah nak kenal, sebab van burger ni ada lampu lip lap .. haha ... dan hanya satu-satunya food van yang parkir di depan Hotel Lexis Suites. Antara pelanggannya pastinya dari penghuni hotel yang mahu mencari snack malam yang menyelerakan.


Burger Grilled NZ Hot Stone ini sedap sebab rasa dagingnya tu yang pada saya lain dari yang lain. Ia kenyal dan dagingnya agak kasar daripada daging proses biasa. Kalau nak yang lagi best, boleh cuba yang ada keju .. fuhhh .. leleh.

Cuma satu je saya tak berapa nak berkenan pasal burger ni .. ia dibungkus agak kasar, menyebabkan burger penyek .. hahaha .. tapi .. bila dah masuk mulut ... fuh tak leh berhenti ... :P

Ala biasalah tu .. bila burger panas-panas dibungkus, memang akan penyek punya, tak caya leh tengok kisah Burger Bakar Meletup di Parit Buntar ... uhh burger bakar yang kategori sedap yang ada di tempat saya.

Orait, kita berbalik pada burger panggang NZ Hot Stone ni. Ada banyak pilihan menu Burger Grilled dari NZ Hot Stone ni, harga pula bermula dari RM5 hinggalah ke RM13. Ada burger ayam, lembu, kambing dan ikan .... dengan pelbagai tambahan seperti keju, telur .. ikut citarasa mana yang terbaik buat nafsu makan malam anda .. hahahaha
Burger Grilled NZ Hot Stone
Beraneka burger sedap dari Burger Grilled NZ Hot Stone

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement