Hmm .. sekali pandang, tak nampak ada apa-apa yang menarik pun di Car Boot Sale Bandar Baharu ni. Orang yang datang pun tak ramai.
Car Boot Sale di Bandar Baharu, Kedah
Asalnya saya bawa anak-anak ke taman permainan yang ada di Bandar Baharu. Tak sangka pula ada Car Boot Sale di situ. Tak ramai peniaga yang ambil bahagian. Ada la dalam 10 peniaga Car Boot Sale ... masing-masing dengan produk niaga mereka.Mungkin sebab semasa saya dan famili singgah di situ, Car Boot Sale ini masih baru ... dan tak ramai penduduk setempat yang tahu. Memang orang yang datang tak begitu ramai .. anda boleh tengok sendiri dalam beberapa gambar di bawah.
Haa ..kan. Lapang je suasana. Satu kereta satu produk, dan masing-masing tak sama ... ada yang jual perkakasan rumah, ada yang jual kosmetik, ada yang jual pakaian, dan ada juga Ikea Personal Shopper di Car Boot Sale.
Antara banyak yang berniaga tu, memang Ikea Personal Shopper ni menarik minat saya. Tak banyak barang Ikea yang dipamerkan, mungkin sebab orang tempatan tak berapa nak tahu pasal Ikea... yelah, kawasan kampung ... ramainya kerja sendiri, pesawah padi, pekebun .. huhu...
Walaupun kawasan Car Boot Sale tak berapa nak meriah dengan orang yang datang nak beli belah .. tapi ada tarikannya tersendiri.
Yeahh... ada kudaaaaa ... wawiii .. aha .. orang kampung pun tau pasal kuda naaa ...
Ada servis untuk naik atau tunggang kuda. Siapa yang tak pernah merasa naik kuda, memang ambil kesempatan la nak merasa di Car Boot Sale Bandar Baharu ni. Aha .. berbanding dengan kawasan peniaga Car Boot Sale, orang ramai lebih tertumpu kat sini ..
Bukan calang kuda tu ... kuda lumba kot .. tinggi .. nak naik kena panjat tangga weihh ... hehehe.
Saya harap selepas ini adalah sedikit promosi untuk beritahu tentang Car Boot Sale di Bandar Baharu, Kedah ni .. sayup je... sebelum ni, ada cubaan nak buat Pasar Kemboja Bandar Baharu, tetapi .. tak dapat sambutan, baik dari peniaga, mahupun kalangan orang tempatan.
Hmm nampaknya Bandar Baharu akan terus sepi dan terus jadi pekan koboi. Ia hanya meriah bila ada pasar malam setiap Rabu, dan juga Bazaar Ramadhan apabila tiba bulan puasa.
Kuda paling laku kat sini nampaknye ye
BalasPadamkuda tu menambahkan kemeriahan
BalasPadampaling best bila ada kuda tu ehehe..unik sungguh
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.