Ini sekadar cadangan daripada saya. Pun begitu, anda boleh lihat dulu review ringkas ini mengenai Oh My Melaka Homestay - homestay paling selesa dan strategik di Melaka!
Cari Homestay Selesa dan Strategik di Melaka
Sesesetengah daripada kita agak cerewet bila bercakap soal penginapan semasa percutian. Saya sendiri kadang-kala agak memilih soal penginapan ini. Sebabnya ialah, saya selalu bercuti dengan keluarga. Jadinya, bila sebut keluarga .. ia tentulah lebih daripada 2 orang.Maka itu. saya memerlukan sebuah penginapan yang cukup selesa buat semua, paling tidak untuk anak-anak saya.
Saya lihat Oh My Melaka Homestay memberikan kelebihan dan kemudahan sebuah homestay yang selesa. Homestay ini adalah sebuah rumah 2 tingkat dan berkeluasan 24'x70'. Jadi, dari situ, boleh buat anggaran kasar bahawa homestay ini boleh memuatkan 12 - 15 orang pada sesuatu masa... tanpa sedikit pun menidakkan soal keselesaan penghuninya.
Kelebihan Oh My Melaka Homestay Dari Segi Keselesaan
Homestay ini ada 3 bilik yang cukup luas untuk penginapan sebuah keluarga:
- Bilik 1 - Katil bersaiz queen (x1) dengan penghawa dingin.
- Bilik 2 - Katil bersaiz queen (x1) dengan penghawa dingin.
- Bilik 3 - Katil single (x2) dengan kipas angin.
- TV skrin leper + Saluran satelit Njoi
- Dapur + peralatan memasak
- Peti ais
- Sofa
- Meja makan
- Seterika + iron board
- Tuala + sabun badan + syampu
- Sejadah + telekung solat
- Minuman sachet 3 in 1
Peta Lokasi Strategik Oh My Melaka Homestay
Berdasarkan kepada peta lokasi Oh My Melaka Homestay, ia merupakan antara homestay yang paling strategik untuk sebuah percutian yang best di Melaka. Ia pilihan yang seharusnya anda fikirkan... tak gitu?Cuba refer pada peta Google di bawah, lokasi strategik Oh My Melaka Homestay ini.
Berdasarkan daripada peta homestay di atas, lokasi homestay ini boleh dikatakan sangat hampir dengan Tesco Cheng. Jadi, mudahlah buat penginap untuk shopping barangan dapur (jika mahu).
Lokasi Menarik Berdekatan Homestay
Bagi memudahkan anda untuk buat lawatan sekitar Melaka dari homestay ini, saya senaraikan beberapa lokasi tempat menarik sekitar Melaka, dan anggaran masa atau tempoh perjalanan dari homestay ini:- Ayer Keroh - Zoo Melaka, Taman Buaya, Bayou Lagoon, MITC, Malacca Wonderland, Coconut Shake Batu Berendam - 10 hingga 15 minit waktu perjalanan
- Simpang Empat - Freeport A'Famosa Outlet, A'Famosa Resort - 15 hingga 20 minit waktu perjalanan.
- Dataran Klebang - Pantai Klebang, Coconut Shake Klebang, Kuih Keria Antarabangsa - 15 hingga 20 minit waktu perjalanan
- Banda Hilir - Dataran Pahlawan, Jonker Walk, Menara Taming Sari, Melaka River Cruise - 20 hingga 25 minit waktu perjalanan
Hmm .. hampir semua tempat menarik, terutama lokasi untuk lawatan dan tempat shopping berada tidak jauh dari homestay ini, malah masa perjalanannya pun kurang daripada 40 minit.
Cari Tempat Makan Sedap?
Homestay ini juga hampir dengan beberapa tempat makan popular di Melaka. Aha .. kalau anda kaki makan yang sedang bercuti ke Melaka, pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk merasa keenakkan masakan Melaka yang unik, antaranya ialah:- Asam Pedas Pasar Borong
- Asam Pedas Hajah Rahmah
- Coconut Shake Batu Berendam
- Nasi Ayam Gemas
Kesemua lokasi tempat makan di atas mengambil masa kurang dari 15 minit sahaja.
Kemudahan Awam Sekitar Homestay
Satu lagi perkara penting bila nak pilih homestay yang lokasinya strategik ialah akses kepada kemudahan-kemudahan umum, contohnya bank, stesen minyak, kedai serbaneka, kedai 24 jam, pasaraya, dan pastinya akses dari/ke Lebuhraya Utara-Selatan.Oh My Melaka Homestay ada kelebihan ini. Semua kemudahan yang penting adalah dekat dan mudah untuk diakses. Jadi, anda tidak perlu risau (boleh refer pada Google Map).
Harga Penginapan
Harga penginapan di Oh My Melaka Homestay pula bermula dari RM230 untuk semalam. Cukup berpatutan untuk sebuah rumah teres dua tingkat dengan kemudahan lengkap 3 bilik tidur. Jika anda datang dan menginap bersama 3 keluarga, setiap keluarga hanya perlu keluarkan bajet dalam RM77 semalam!Uh berbaloi kot ....
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, boleh hubungi dengan cara berikut:
- Muhammad: 017-6133809 telefon@whatsapp
- Nor: 017-2445131 telefon@whatsapp
- Blog: http://ohmymelakahomestay.blogspot.my/
- Facebook: https://www.facebook.com/ohmymelakahomestay
Testimonial dan Gambar Homestay
Berikut pula adalah beberapa testimoni dan komen penginap di homestay ini...Orait, saya jamu mata anda dengan beberapa gambar Oh My Melaka Homestay ini ... homestay yang cukup selesa dan strategik di negeri Melaka .. anda pasti pilih !!
Luas nampaknya homestay ni :D
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.