Uhh jenuh juga saya nak mencari fakta hangat berkaitan WebeMobile (Webe). Tak ramai yang dedahkan mengenai Webe ni, meskipun kita boleh lihat iklan online Webe di hampir setiap blog dan laman web yang ada (sejak bulan November 2016)... namun masih banyak awan-awan keraguan di kalangan pengguna.

Saya antara pengguna awal yang ditawarkan untuk menggunakan Webe ini. Tetapi, hati saya tidak tergerak lagi untuk menukar plan sedia ada pada ketika itu. Webe pada saya nampak sangat menghairahkan. Mana tidaknya, siapa yang tidak mahu Unlimited Data dengan kelajuan 4G?
15 Fakta Perlu Tahu Mengenai Perkhidmatan WebeMobile oleh TM
Sebagai seorang blogger sepenuh masa yang bergantung dengan penggunaan internet, pastinya ia satu tawaran yang sangat menarik. Pun begitu, sebagai seorang pengguna, sebelum membuat apa-apa keputusan, elok ketahui sedikit fakta mengenai Webe ini.

15 Fakta Perlu Tahu Mengenai Perkhidmatan WebeMobile oleh TM

Saya cuba mendapatkan seberapa banyak fakta yang tepat mengenai Webe ini menerusi beberapa sumber, antaranya dari blog Amanz, komuniti Webe di Facebook dan juga dari Facebook WebeMobile itu sendiri.
  1. Webe ialah sebuah syarikat telekomunikasi baru yang merupakan anak syarikat kepada Telekom setelah melalui pengambilalihan syarikat telekomunikasi P1. 
  2. Webe menawarkan pakej pasca bayar tanpa had bagi akses internet, telefon dan SMS bermula serendah RM79 sebelum GST. 
  3. Tiada kontrak dikenakan. Jika anda tak puas hati, boleh tutup Webe dan beralih pada servis Telco yang lain tanpa syarat.
  4. Hanya telefon tertentu sahaja daripada Apple, Samsung, Huawei, ZTE, One Plus dan Sony yang boleh gunakan servis Webe secara optimum. Mana-mana telefon yang tidak compliance, mungkin hadapi sedikit masalah dari segi kelajuan, dan menurut beberapa sumber .. anda juga akan dicaj lebih mahal.
  5. Jika anda menggunakan model telefon mudah alih yang tidak disokong oleh Webe, Webe akan menghantar SMS amaran kepada anda dan anda diberi tempoh "grace period" selama 7 hari penggunaan untuk menukar kepada model telefon yang ditetapkan
  6. Webe tidak membenarkan anda menggunakan fasiliti "mobile hotspot" dan "tethering" dengan sesuka hati. Sebaliknya anda dikehendaki membeli "wi-fi pass" bernilai RM 6.29 bagi setiap 2 jam penggunaan. 
  7. Wifi pass pula hanya untuk lima peranti sahaja.
  8. Nombor premium seperti 1-300 atau 1-700 akan dicaj RM0.15/min. Termasuk juga untuk nombor TNB 1545 dan juga TM Directory 103.
  9. Webe tidak support MMS.
  10. Webe 4G LTE menggunakan spektrum 850 MHz.
  11. Servis P2P (peer-to-peer) seperti torrent dihadkan kepada 64 kbps sahaja. 
  12. Walaupun Webe menawarkan penggunaan data secara tidak terhad, namun bagi aplikasi "video streaming" seperti YouTube, pengguna hanya dihadkan setakat resolusi maksimum 480p sahaja. Anda tidak dapat menikmati kualiti video lebih tinggi seperti 720p, apatah lagi 1080p dan 1440p yang menjadi standard resolusi terkini kebanyakan telefon pintar di pasaran. 
  13. Anda boleh menikmati capaian Webe (3G/2G) di mana-mana kawasan yang turut menerima liputan Celcom.
  14. Anda akan dikenakan deposit sebanyak RM300 untuk international roaming. Deposit ini akan dikembalikan apabila perkhidmatan international roaming ditamatkan.
  15. Tidak dibenarkan untuk buat SMS-Bulking atau SMS-Blasting.

6 Perkara Lagi Mengenai Webe

Berikut pula ada beberapa fakta menarik dari pengalaman mereka yang menggunakan Webe ini.
  1. Ada di antara pengguna Webe mengatakan bahawa Webe akan keluarkan bil dahulu sebelum anda guna sepenuhnya. Ini bermakna, anda perlu bayar deposit dulu - Post Paid?
  2. Webe masih lagi belum stabil sepenuhnya, jadi banyak masalah dari segi speed Webe. Malah, ada pelanggan yang mencatatkan speed kurang dari 1.0Mbps untuk 3G!
  3. Simkad Webe yang ditempah secara online lambat sampai, tidak seperti dijanjikan di laman web Webe iaitu dalam tempoh 2-3 hari bekerja.
  4. Simkad warna oren didapati rosak dan tidak boleh digunakan.
  5. Masalah bila anda bertukar Telco ke Webe. Ada yang ambil masa agak lama, malah ada laporan pengguna mengatakan mereka perlu tunggu sehingga seminggu untuk aktifkan simkad Webe.
  6. Tak boleh guna VPN, tak boleh guna proxy setting.
Nah .. skrang kita tengok lak video mengenai Webe ni oleh orang Perlis kita ni .. hehehe...

Video Webe Review


Dan di bawah pula adalah fakta yang disediakan sendiri oleh pihak WebeMobile mengenai pakej data/internet tanpa had ini.
Fakta Perlu Tahu Mengenai Perkhidmatan Webe
Orait, begitulah adanya yang dapat saya tulis mengenai WebeMobile ini kepada anda. Kebanyakkan sumber info dan fakta di atas sebenarnya anda boleh dapat menerusi laman web Webe itu sendiri, cuma kena rajin cari dan membacanya dengan teliti.
[Baca] Senarai Telefon yang Disahkan Webe Certified
Boleh lihat di bahagian FAQ WebeMobile dan juga Specific Terms-Rate Plan seperti ditunjukkan di bawah ni.
Fakta Perlu Tahu Mengenai Perkhidmatan Webe
Jika ada percanggahan fakta di atas, harap dapat diperbetulkan dengan menulis komen di bawah. Dan saya juga terlebih dahulu memohon maaf andai post ini ada kekhilafannya sendiri.

Apa yang cuba saya sampaikan ialah perkara-perkara yang mungkin ramai pengguna tidak tahu mengenai Webe ini. Dan ia juga sebenarnya adalah untuk saya membuat keputusan samada mahu teruskan niat untuk menjadi pelanggan Webe.

Semak Coverage Sebelum Langgan

Untuk pengetahuan anda semua, coverage Webe masih lagi dalam peringkat naik-taraf di seluruh Malaysia. Jadi, sebagai langkah pertama anda untuk membuat keputusan, sila lihat dulu coverage area Webe ini di laman web rasmi - https://www.webe.com.my/shop/coverage/
Coverage Webe di Malaysia

13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mnarik..sblum ni tringin gak nk pakai webe ni..

    ReplyDelete
  2. oh macam menarik, takde kontrak semua kan..tapi belum terfikir nak tukar lagi hehe

    ReplyDelete
  3. menarik tapi saya tak pakai telefon yang dinyatakan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, lebih banyak telefon akan guna 4G LTE ..:)

      Delete
  4. bila tgk mcm ni, macam banyak sangat kekurangan dan had had yang dikenakan, apa guna unlimited tetapi tgk video support 480 jer, adehhh, pastu mobile hotspot kena bayar, aduiii

    ReplyDelete
  5. Saya pengguna dan duduk dikampung sungai udang,dicoverage webe hanya support 3G shaja,beranikan diri pakai webe kekalkn no lama, dan process port out tiada mslah hnya bberapa jam mnunggu dari digi trus boleh pakai sim webe,dan line menunjukkan LTE di iphone 6s ios 9.3.5.. Dr segi youtube dwlod Protube dan boleh streaming full hd video tiada mslah tnpa buffer��.. Kesimpulan sy berpuas hati dgn webe.. Bagi yg mahu mendaftar cubalah menggunakan nombor baru dahulu jika masih dilema utk memilih telco webe ini. ����������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, boleh cuba dulu .. rasa tak sesuai, boleh potong tanpa masalah. Ramai yang buat macam tu

      Delete
  6. No5 tu x btoi kot.. sy pkai xiaomi redmi 3x (bkn compliance).. ok je.. xdak apa2 sms suruh tukar telefon pun.. cuma dpt 3g sj lah.. tepon ni ada 4g.. cuma x support LTE Band5 (850mhz) yg webe guna.. speed ok jaa..webe 3g guna pemancar celcom.. so rasanya coverange xdak prblm kot.. cuma kdg2 speed naik turun.. phm2lah celcom byk user..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang dimaksudkan tu adalah untuk telefon yang specs lebih rendah. Memang ada jenama telefon yang specs dia rendah, orang golongan pendapatan sederhana dengan tinggi mungkin tak perasan kot .. :) ..

      Saya pun dah cuba pada Honor7 .. ia tidak tersenarai dalam telefon yang compatible tapi Honor7 4G LTE, elok je saya gunakan untuk UMobile. CUma bila guna Webe .. speed dia paling tinggi pun setakat 6Mbps .. nanti saya akan tulis dan bktikan.

      Delete
  7. xde rasa nak ambil Webe lagi..pakai Digi ni pun dah rasa ok dah..kt rumah plak ada Streamyx..:D

    ReplyDelete
  8. pakai ok jer..x de msalah pun, aku org paling terawal pakai, sewaktu trial product.. Pg pangkor ok jer..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement