Saya tetiba rasa tertarik untuk berkongsi info dan gambar kereta model terbaru Honda ini. Sebab apa? Sebab ianya nampak sangat cantik pada pandangan mata saya. Biasalah .. lelaki House Husband .. pantang nampak benda cantik, semua nak cerita dalam blog ini .. hahahahaa.. poyo ptuiii ..
25 Gambar Honda BRV 1.5L Harga RM85,800 Untuk Pasaran Malaysia
Honda BR-V 1.5 liter ini memang nampak gagah dan menarik. Agak berlainan dengan kereta Nissan Grand Livina yang sedang saya gunakan. Pun begitu, ramai yang komen mengatakan bahawa kereta terbaru dari Honda model BR-V 1.5 liter ini tidak setanding dengan Nissan Livina 1.6 liter dari segi kuasa...hehehe...Apapun, saya tak pandai nak komen bab kuasa enjin sebab saya bukannya arif pun. Saya lebih tertarik mengenai rekabentuk luar dan dalaman pada kereta model terbaru Honda ini. Nak-nak lagi apabila melihat pada tag harga kereta Honda BR-V yang sangat kompetetif iaitu RM85,800. Ini meletakkan kereta ini pada satu tahap persaingan sengit antara Nissan Livina dan Toyota Avanza, serta tidak dilupakan Proton Ertiga dan juga Toyota Sienta.
Jom layan gambar-gambar serta video iklan Honda BR-V ini dulu ye ...
Amacam? Nampak macam best je kan Honda BR-V dengan kapasiti enjin 1.5 liter ni. Dengan harga RM85,800; saya fikir ia satu tawaran yang cukup menarik untuk tidak dijadikan pilihan buat mereka yang mungkin mencari sebuah kenderaan dengan 7 tempat duduk.
[Baca] Perodua Axia Advance Baru 2017Saya sebenarnya memang bercadang untuk pandu uji kereta Honda BR-V ini, tetapi disebabkan lokasi showroom Honda BR-V edisi 2017 ini agak jauh dari tempat saya, maka saya perlu tunggu masa yang sesuai untuk mencubanya, selain melihat lebih dekat ciri-ciri yang ada pada kereta pacuan roda hadapan ini.
Video Honda BR-V Baru 2017
Ok ... kita tonton video iklan Honda BR-V ini .. lihat apa yang menarik lagi pada kenderaan ini yang telah disesuaikan untuk pasaran Malaysia.Beberapa lagi gambar kereta model terbaru dari Honda ini ... Honda BR-V 1.5 liter ... dengan harga permulaan RM85,800 (termasuk cukai jalan dan insurans). Terima kasih pada rakan blogger Paultan.org yang sudi berkongsikan gambar-gambar serba cun Honda BR-V ini.
ini kalau pasang modulo..mesti nampak lagi garang ni.hehe..bak kata orang, honda kot! hehehehe..
BalasPadamHahahaah . yeahh .. honda kot .. dengan Besar H di depan, sesuailah tu dgn saya .. kah kah kah
PadamAmat menarik.. sesuai untuk kegunaan keluarga besar ni..
BalasPadamDaripada gambar-gambar Honda BRV ni .. memang nampak ia sesuai untuk famili
PadamHasrul BRV.. sesuai.. beli 1 dulu.. kalu ngam beli lagi 1 utk isteri..
BalasPadamDikemas kini Honda BRV 2020 pertama kali membuat debutnya di Pameran Motor Antarabangsa Indonesia 2019, sebelum membuat perjalanan ke Thailand pada bulan Julai.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.