Sekali pandang menerusi gambar-gambar Perodua Axia Advanced 2017 ... tak nampaklah ada beza ketara sangat. Cuma bila diteliti, baru akan perasan.
17 Gambar Perodua Axia Advance 2017 Dengan Facelift Baru
Isteri saya antara pengguna dan pemilik Perodua Axia. Sudah 2 tahun menggunakan kereta kompak ini. Walaupun pada awalnya ia bermasalah pada kami, namun alhamdulillah .. kereta Perodua Axia Advance 1.0 milik isteri saya telah banyak berjasa, terutama ketika isteri saya sambung belajar bidang kesihatan awam di Universiti Malaya.Nak baca pasal problem Axia Advance masa kami baru beli dulu tak? Boleh baca post ini:
[Baca] Masalah Perodua Axia Advance Ketika Baru Beli 2015Diservis mengikut jadual di Pusat Servis Perodua di Nibong Tebal, Axia Advanced tiada masalah utama sehingga kini, cuma baru-baru ini terdapat beberapa problem kecil seperti sensor depan yang terlalu peka sehingga berbunyi ketika pemanduan, bonet belakang yang hanya boleh dibuka mengggunakan kunci, dan masalah tali pinggang sebelah pemandu yang tidak boleh digunakan.
Semua masalah ini boleh diatasi di Pusat Servis Perodua tanpa sebarang caj. Jika ada masalah, terus je walk-in ke Pusat Servis Perodua berhampiran, in Sha Allah akan selesai.
Naik Taraf Perodua Axia 2017
Untuk tahun 2017, Perodua telah menaik-taraf kereta Axia ini dengan beberapa pembaikan dan penambahan. Antara yang paling ketara ialah enjinnya yang didakwa lebih berkuasa, seperti diperkenalkan kepada Perodua Bezza.Perodua Axia versi 2017 menggunakan enjin 1KR-VE tiga silinder 1.0 liter yang mempunyai teknologi pemasaan injap boleh ubah VVT-i. Selain dikatakan lebih berkuasa, ia juga lebih penjimatan bahan api berbanding pada versi sebelum ini.
Gambar dan Foto Perodua Axia Advance Baru 2017
Untuk lain-lain, anda boleh layan gambar-gambar Perodua Axia Advance di bawah ini.Gambar Bahagian Dalaman Perodua Axia Advance Baru 2017
Sekarang kita lihat pula beberapa gambar Perodua Axia Advance bahagian dalaman pula.Harga Perodua Axia 2017 Baru
Harga kereta Perodua Axia Advance 2017 serba baru juga sudah berubah. Biasalah .. benda dah tambah, jadi harga pun bertambah jugalah. Untuk harga, Axia boleh dimiliki bermula dari RM24,900 hingga RM42,900 mengikut varian. Anda boleh lihat harga kereta Perodua Axia seperti ditunjukkan di bawah ini.Untuk info lanjut mengenai kereta baru Perodua Axia, anda bolehlah ke laman web Perodua atau berkunjung ke showroom berhampiran.
Kredit Gambar - Paultan.org
uwuu axia baru makin garang
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.