Ini bukan pertama kali isteri saya menjahit baju untuk keperluan keluarga. Malah, pernah sekali isteri saya buat set pakaian lengkap untuk hari raya - baju melayu dan baju kurung untuk kami. Saya tak ingat Hari Raya tahun bila, tapi memang pernah ... sekali tu .. huhu.
Jahit Baju Sekolah Untuk Anak-Anak Supaya Jimat Kos
Tahun ini (2017), salah seorang anak saya iaitu yang sulong diterima masuk ke sekolah Agama berasrama; jadi kos persekolahan tahun ini boleh dikatakan meningkat berkali ganda. Al maklumlah, kos masuk SMKA Ulul Albab ni bukannya sedikit .. banyak keperluan perlu disediakan.Maka, isteri saya ambil inisiatif untuk sekurang-kurangnya dapat menjahit baju sekolah untuk salah seorang anak kami. Lagipun, semasa cuti panjang selepas tamat belajar di UM, isteri saya ada ambil kursus menjahit di rumah orang. Katanya nak tambah dan pertajamkan skill, sebab ada ilmu menjahit yang belum khatam sepenuhnya.
Memang Jimat
Kali ini, isteri saya sempat menjahit beberapa pasang baju kurung sekolah serta tudung untuk anak perempuan saya, si Maira yang masuk Tahun 1. Hmm... tiada komplen dari Maira, malah bangga sebab baju sekolahnya .. Mama dia yang jahit dengan keringat dan usaha sendiri.Uhh .. memang jimat banyak kalau dah jahit baju kurung sekolah ni.
Saya tunjukkan hasil tangan isteri saya ni .. huhu .. ada komen? Hehehe... satu baju kurung untuk sekolah KAFA, dan satu baju kurung putih dalam fasa awal .. huhu.
Saya ada usyar di kedai dan pasaraya, sepasang baju sekolah untuk murid Tahun 1 boleh cecah sehingga RM25. Itupun kalau ada saiz .. huhu .. kalau tak ada saiz, kena tempah!
[Baca] Bila House Husband Pula Menjahit ..Dan kos untuk jahit baju kurung sekolah pula tak sampai pun RM10 - RM15 sepasang - dengan syarat dah ada mesin jahit sendiri di rumah. Pastu, leh dapat kain yang berkualiti ... dan boleh design ikut keselesaan.
Beli Kain Murah di Kedai Kain 1 Malaysia
Isteri saya beli kain dari Kedai Kain 1 Malaysia, so memang dapat jimat banyaklah sebab akhir tahun 2016 ada promosi jualan kain murah-murah kat kedai ni. Ada yang jual RM1-RM2 semeter untuk kain kosong. Patutlah ramai buat bisnes jual baju kurung ni ehh ...[Baca] Cara Jana Untung 100% Buat Bisnes Baju Kurung - Income Sehingga RM4,500 Sebulan!!Ada masa ke nak menjahit ni walaupun kerja?
Bila Isteri Saya Menjahit Walaupun Kerja?
Isteri saya menjahit pada awal malam dan awal pagi. Selesai makan malam, isteri saya akan menjahit ... dan dia akan bangun sebelum subuh untuk sambung menjahit. Begitu juga hujung minggu. Ada je masa terluang, dia akan menjahit baju kurung anak saya. Walaupun masa agak terhad, alhamdulillah .. isteri saya sempat juga menjahit lima pasang baju sekolah lengkap untuk Maira.Untuk anak-anak saya yang lain, isteri saya belum lagi berkesempatan untuk buatkan ... huhu .. yelah, belajar jahit baju kurung mana nak boleh ada ilmu jahit baju kemeja sekolah .. haha.. kang jadi jubah pulak. Jadi, mungkin lain kali .. isteri saya akan pergi kursus membuat dan menjahit kemeja pula.
Ikhtiar dan Usaha Untuk Kurangkan Kos Hidup
Nak berjimat boleh sahaja. Kena ikhtiar dan usaha. Untung saya ada isteri yang fahami keadaan sekarang. Walaupun boleh je kami beli baju sekolah untuk anak-anak, tetapi apabila dah ada ilmu dan kemahiran tu .. baik digunakan. In Sha Allah, barulah berkat. Cikgu yang dok ngajar isteri saya pun akan dapat pahala.Dengan usaha ... segalanya dipermudahkan untuk anak-anak kami ke sekolah.
Ramai ibu bapa yang mengeluh sebab kos persekolahan makin tinggi. Yuran buku, yuran sekolah, sumbangan PIBG, yuran asrama, yuran makan ... dan banyak lagi yuran kena dibayar dan ditanggung sendiri oleh ibu bapa. Kalau ibu bapa yang berpendapatan tinggi, mungkin tak ada masalah.
[Baca] Panduan Untuk Jahit serta Buat Bisnes Baju Kurung. Kaut Untung 100%Jadi, bagaimana mereka yang bergaji sederhana? Nak tak nak, perlu cari alternatif untuk jimatkan kos anak-anak masuk sekolah. Kena tukar lifestyle dan gaya hidup ... sebelum ini jika banyak makan di luar, maka tahun ini .. banyakkan masak makanan di rumah. Jika sebelum ini anak-anak diberikan duit belanja sekolah, buat alternatif sediakan bekal pula .. lepas tu duit belanja boleh disimpan dalam tabung.
Ada cara, ada kaedah untuk jimat kos kehidupan, terutama apabila berhadapan dengan kos yang melibatkan pendidikan anak-anak. Kita tak boleh nak kompromi dengan pendidikan, sebab ia penting ... apatah lagi anak-anak baru nak bertatih dalam fasa pendidikan formal ni.
untungnya...
BalasPadamMemang satu kelebihan kalau pandai jahit baju sendiri.
BalasPadamJimat pun ya... tak perlu bayar upah.
Upah jahit baju kurung sepasang boleh cecah RM38.00 ini harga di kampung, kalau bandar jangan mimpi.
syabbas linda.. i like.. nanti ckp dgn anak yg dpt result semua A baru ni utk tuntut hadiah dari aku..
BalasPadamterkejut tengok yuran seklah anak buah hari tu.. banyak sgt benda kena beli. buku yang dah ada pun wajib beli lagi.. haih
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.