Hari ini saya nak kongsikan satu cara dapat income online, iaitu jana komisen 100% menerusi program affiliate EasyStore. Paling menarik mengenai program affiliate ini ialah anda boleh dapat komisen 100% secara berterusan (recurring) selagi pelanggan yang anda daftar terus menggunakan servis dari EasyStore.

Saya pun baru beberapa bulan mendaftar dengan EasyStore ini, itupun ditawarkan sendiri oleh promoter projek ini. Alhamdulillah, sejak mendaftar, saya dah berjaya mendapat beberapa pengguna yang menggunakan EasyStore secara percuma.

Jana Komisen 100% Menerusi Affiliate EasyStore

Jana Komisen 100% Menerusi Affiliate EasyStore
Menerusi affiliate EasyStore, pada bulan pertama sebagai rakan affiliate, anda akan peroleh 100% komisen bagi setiap referral yang berjaya langgan dengan plan yang disediakan oleh pihak EasyStore. EasyStore ada beberapa plan untuk servis bina kedai online yang menyediakan monthly dan yearly subscription.

Selesai bulan pertama, anda terus mendapat komisen sebanyak 20% setiap bulan atau tahun selagi yang mendaftar dengan anda terus menggunakan servis EasyStore untuk kedai online mereka.

Apa Itu EasyStore?

Haha .. adeh. Saya lupa nak beritahu mengenai EasyStore ini.

Orait, EasyStore memberikan kemudahan dan perkhidmatan untuk buat, dan bina kedai online sendiri. Jika anda ada kedai perniagaan, ada bisnes .. tetapi belum ada kedai online sendiri, maka bolehlah gunakan servis dan perkhidmatan EasyStore ini. Tanpa pengetahuan teknikal, anda boleh bina sebuah kedai online yang nampak profesional, lengkap dengan sistem pembayaran sendiri dan lain-lain aplikasi.

Apa kelebihan yang ada dalam EasyStore ini untuk buat dan bina kedai online sendiri?
  • EasyStore ialah satu alat yang mudah untuk bina kedai online dan menjual produk di internet. Tidak perlu kepakaran teknikal, semuanya disediakan dengan beberapa klik.
  • EasyStore menyediakan SSL certificate secara percuma bagi mana-mana nama domain kedai online anda yang merujuk ke kedai online anda di EasyStore.
  • EasyStore sediakan akaun MOLPay & iPay88 (mod pembayaran online) secara percuma sebaik sahaja anda daftar untuk bina kedai online anda.
  • EasyStore berintegrasi dengan 44 aplikasi lain bagi membantu anda dalam pemasaran serta promosi, selain aplikasi customer service,  sistem penghantaran barang, analitik dan banyak lagi.
  • EasyStore membolehkan anda untuk bergabung dengan pelbagai laman web jualan seperti Lelong, Lazada, 11street, dan sebagainya.
Dalam EasyStore ada 3 pakej yang disediakan untuk usahawan memulakan kedai online sendiri di internet.
Bina Kedai Online Sendiri Menerusi EasyStore
Perniagaan secara online adalah perniagaan masa kini dan masa depan. Jika anda tidak mempunyai kedai online sendiri dari sekrang, anda mungkin akan ketinggalan jauh dari usahawan-usahawan lain.

Boleh baca kisah kejayaan mereka yang dah ada kedai online sendiri dengan EasyStore ini:

Nak Punyai Kedai Online Sendiri?

Untuk mereka yang berminat nak mempunyai kedai online sendiri menerusi EasyStore, boleh mencubanya secara percuma terlebih dahulu, hanya daftar sahaja menerusi banner disediakan di bawah ini (klik banner di bawah).


Cara Daftar Affiliate Percuma EasyStore

Orait. Dah cerita serba sedikit mengenai EasyStore, dan sekarang .. buat mereka yang berminat nak jana income pasif menerusi affiliate EasyStore, sila ikuti cara dan panduan di bawah untuk memulakan langkah jana komisen 100% dari affiliate EasyStore ini.

  1. Daftarkan diri anda menerusi pautan ini - https://www.easystore.co/partners/login
  2. Sila login menggunakan akaun PayPal anda untuk pendaftaran percuma. Tanpa akaun PayPal, anda tidak boleh menyertai program affiliate ini, kerana pendapatan atau komisen akan dibayar terus menerusi akaun PayPal. Tak tahu cara nak daftar PayPal? Boleh baca post saya ini - Cara Buka Akaun Paypal
  3. Pilih banner yang sesuai di dashboard affiliate EasyStore, dan letakkan di dalam blog anda.
  4. Tulis dan kongsikan kelebihan EasyStore samada menerusi blog, facebook atau mana-mana medium online yang lain.
  5. Tulis blog post anda mengenai EasyStore ini, biar mereka yang cari menerusi Google jumpa post anda ... :)
Ok .. ini peluang untuk jana pendapatan secara online. Ada dua pilihan saya berikan di atas, samada daftar dengan EasyStore untuk bina dan wujudkan kedai online sendiri, dan satu lagi ialah dengan mendaftar secara percuma sebagai affiliate EasyStore dan dapatkan komisen 100% dari setiap pendaftaran berjaya.

Pilihan dah ada.

Oh ya, jika tak minat nak ada kedai online sendiri macam ni, boleh juga cuba bina dan buat kedai online sendiri untuk pasaran antarabangsa menerusi Shopify. Shopify juga menyediakan platform online untuk kedai online anda sendiri. Nak lihat kisah kejayaan menarik menggunakan Shopify, boleh baca di sini - RM 413,600 Jualan Dalam Masa 2 Bulan !!

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Nampak menarik jugak ni! Boleh daftar. Mana tau boleh tambah-tambah income online. Cantik juga kedai yang dibina guna easystore tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yang dah daftar untuk bina kedai online sendiri dengan EasyStore ni .. tapi setakat guna 14 hari percuma je...huhu

      Padam
  2. Nak jana income online boleh cuba benda ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement