Berminat nak jana pendapatan online menerusi jawab kaji selidik tak? Kalau anda mahu mencari peluang untuk tambah pendapatan secara sampingan, mungkin boleh mendaftar dengan program jawab kaji selidik (survey) oleh Gloviss.

Saya dah banyak kongsikan mengenai peluang untuk jana pendapatan secara online. Ada banyak cara untuk mendapatkan pendapatan atau income ini. Salah satu yang paling mudah ialah dengan menjawab kaji selidik secara online atau online survey.

Jana Pendapatan Secara Online Dengan Jawab Kaji Selidik Menerusi Gloviss

Jana Pendapatan Secara Online Dengan Jawab Kaji Selidik Menerusi Gloviss
Gloviss, satu lagi platform yang menyediakan peluang menarik untuk mereka yang mahu mencari dan berminat untuk jana pendapatan online menerusi menjawab kaji selidik (survey). Saya sendiri sudah mendaftar dengan Gloviss ini. Pendaftaran adalah percuma. Jadi, risiko tiada.
Daftar percuma. Buat duit percuma. Tak perlu bayar apa-apa... haaa .. bukankah ini yang ramai orang cari?
Jawab kaji selidik secara online dan dibayar bukan perkara baru. Ia dah lama ada. Saya sendiri ada buat kerja sampingan ini sesekali bila dapat kaji selidik atau survey yang menarik. Selesai jawab kaji selidik, bayaran akan diterima. Ada yang bayar tinggi, ada yang bayar upah rendah. Ia bergantung dengan kaji selidik yang kita buat.

Menerusi Gloviss, anda ada peluang untuk menjawab pelbagai kaji selidik yang datangnya dari syarikat-syarikat besar. Simple je ... daftar secara percuma di Gloviss, lengkapkan butiran diri anda di panel Gloviss, terima email jemputan menjawab kaji selidik, jawab kaji selidik yang diberikan dan anda akan terima habuan anda.
Jana Pendapatan Secara Online Dengan Jawab Kaji Selidik Menerusi Gloviss
Sistem Glovis agak berbeza dengan sistem jawab kaji selidik yang pernah saya sertai. Ia menggunakan points sebagai habuan atau upah anda menjawab kaji selidik yang diberikan. Menerusi points ini, anda boleh kumpul untuk redeem dua benda - tunai dan juga baucer.

Fakta Menarik Mengenai Gloviss

Dan ada fakta menarik mengenai Gloviss ini yang saya mahu anda semua ketahui ...

Ia merupakan sebuah online survey platform, yang dibina oleh syarikat  Global Vision Research Sdn Bhd, salah sebuah syarikat kaji selidik yang berada di Malaysia. Haaa .. buatan Malaysia gitu.

Selama ini, saya jawab kaji selidik atau survey dari platform luar negara. Tapi Gloviss, dibina dan dibangunkan oleh anak tempatan. Jadi ... baucer yang bakal anda terima apabila redeem points anda tentulah baucer yang boleh digunakan di Malaysia ... hoho... tak macam sesetengah platform jawab survey online luar, ada juga beri baucer .. tapi nak kena redeem barang yang ada di luar negara, uhh tak ke susah gitu.
Orait.

Mengapa Program Jawab Kaji Selidik (Survey) Online Best?

Kenapa jawab kaji selidik secara online ini best? Mari lihat beberapa point menarik berikut:
  1. Ia boleh dibuat bila-bila masa dan di mana sahaja (kecuali survey yang ada had tempoh untuk jawab).
  2. Ia merupakan cara jana pendapatan online yang paling mudah. Tak perlu promote, tak perlu nak refer sapa-sapa, hanya terima email jemputan yang ada link untuk jawab kaji selidik .. dan selesaikan. Simple. Siap jawab, anda dapat habuan anda.
  3. Ia satu program yang selamat dan saya boleh katakan tiada risiko. Anda tidak keluarkan modal apa-apa untuk jana pendapatan online menerusi menjawab kaji selidik. Zero cost. 
  4. Anda cuma perlukan internet dan akaun email yang sah. Hampir semua orang ada dua benda ni di Malaysia.
  5. Anda tidak terikat, tiada kontrak. Anda dapat jemputan untuk jawab kaji selidik, jawab atau tak itu terpulang. Anda jawab, anda dapat habuan. Tak jawab .. tak dapat apa-apa.
  6. Ia satu cara menjana pendapatan dan buat duit dari rumah. Jadi, anda tidak tinggalkan keselesaan anda. Pakai kain batik .. pakai kain pelekat pun boleh jawab kaji selidik ini. Apa ada hal .. 
  7. Tiada had. Anda boleh jawab seberapa banyak kaji selidik yang anda dapat. Lagi banyak anda jawab, lagi banyak anda akan dapat ganjaran.
  8. Pendapat anda dihargai. Ini penting .. sebab dengan pendapat anda dengan menjawab kaji selidik, syarikat yang menggunakan data survey ini dapat pertingkatkan servis mereka. Secara tak lansung, anda sebenarnya membuatkan dunia ini lebih baik untuk semua .. :)

Aha .. amacam? Best tak buat duit, jana pendapatan macam ni.

Yelah .. mungkin pendapatannya taklah ribu-ribu sebulan, Tapi mana tahu, berkat kerajinan anda menjawab kaji selidik yang diberikan, anda mungkin boleh dapat lebih. Usaha dan kerajinan itu ada kesannya nanti.

Lagipun, seperti awal saya katakan .. ia adalah platform mudah untuk anda mendapatkan pendapatan sampingan secara online.

Cara Mendaftar Gloviss - Platform Jawab Kaji Selidik Online

Jom daftar dengan Gloviss. Caranya mudah ...
Daftar Percuma Gloviss Untuk Jana Pendapatan JAwab Kaji Selidik Online
  1. Pergi ke pautan ini - https://www.gloviss.com/
  2. Klik bahagian 'sign-up'. Paparan di atas akan keluar.
  3. Isi maklumat email dan password anda. Klik 'Register'.
  4. Gloviss akan hantar email, untuk sahkan pendaftaran anda.
  5. Klik pautan pengesahan yang diberikan.
  6. Login ke akaun Gloviss anda.

Selesai. Mudah ye tak? Pastu anda terus login ke panel Gloviss ni, klik pada bahagian profile anda, isi butiran diri anda serta butiran perbankan (untuk bayaran habuan dalam tunai).... anda akan terima 200 points percuma.
Pastu, relax-relax dan tunggu kaji selidik diberikan kepada anda menerusi email. Bila anda terima je email jemputan untuk jawab kaji selidik .. terus je terima dan selesaikan kaji selidik online yang diberi. Lebih cepat selesai, lebih bagus .. boleh dapat lagi dan lagi .. dan lagi....

Contoh Survey

Di bawah ini adalah salah satu contoh email yang saya terima dari Gloviss untuk jawab survey. Mata ganjaran diberikan adalah 400 points !!
Jana Pendapatan Secara Online Jawab Kaji Selidik Gloviss

Ohh ya, anda juga boleh dapatkan beberapa tips menarik dari blog Gloviss. Bukan setakat tips, malah info berkaitan kaji selidik dan survey juga ada diterbitkan di situ.

Refer Gloviss Pada Kawan, Anda Dapat Income

Bukan itu sahaja, untuk versi terbaru (2017) .. anda juga berpeluang untuk dapatkan income menerusi program referral. Ini bermakna, anda boleh promosikan program ini kepada rakan-rakan serta kenalan anda, dan anda akan diberikan ganjaran dalam bentuk mata ganjaran 300 points (bersamaan RM3) bagi setiap pendaftaran baru yang disahkan.

Aha .. cukup menarik bukan? Anda ada dua cara untuk jana income mudah dengan Gloviss ini. Jawab survey dapat income, promote pada kawan-kawan pun akan dapat income (jika mereka daftar). Anda boleh lihat cara nak promote Gloviss di sini - Gloviss Referral Program
 
Jadi, apa tunggu lagi ... pendaftaran percuma dan mudah. Semua proses tak sampai pun lima minit. Pi daftar ... tak rugi apa-apa, janji anda rebut peluang yang ada. Daftar terus di Gloviss!!

Untuk website Gloviss boleh rujuk ke: https://www.gloviss.com/
Facebook page: https://www.facebook.com/glovissco/

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah..menarik ni. daftar percuma, semuanya percuma, tapi dapat ganjaran. hebat lagi buatan anak malaysia. kena cepat-cepat register ni. terima kasih sifu. :)

    BalasPadam
  2. Keluar unknown registration error bila da buat complete register

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hnatar tiket kepada developer .. ada tu kat laman web dia.

      Padam
  3. Menarik... Info dr Bro HH ni memang best

    BalasPadam
  4. Blh cuba cari pendapatan lebih ni... banyak betul info berguna dari bro HH..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, just nak tanya Gloviss ni ada scam x? Adakah ia platform online survey yg betul2 tiada penipuan. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penipuan? Platform jawab survey online ni sangat jarang nak tipu, lagipun bukan ada keluarkan apa2 modal pun.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement