Hari tu saya dah janji untuk ceritakan kepada semua mengenai percutian yang membuatkan saya hampa dan agak kecewa di RPP Cameron Highlands. Ok, dalam post ini saya nak cerita dan kongsi pengalaman tersebut kepada anda.

Untuk info, susah sebenarnya nak dapat tempah Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) ini. Jika anda ikuti tips yang pernah saya berikan sebelum ini pun, belum tentu anda akan dapat tarikh yang sesuai untuk menginap di rumah-rumah RPP. Al maklumlah, banyak permintaan.

Kenapa Saya Kecewa Menginap di RPP Cameron Highlands?

RPP Cameron Highlands
Percutian awal tahun 2017 di Cameron Highlands. Kenapa saya rasa kecewa? Saya sebenarnya bukan kecewa pada pengurusan RPP ... tetapi saya kecewa pada mereka yang telah membuat onar pada RPP, lebih-lebih lagi di RPP Cameron Highlands ini.

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) adalah merupakan satu keistimewaan untuk penjawat awam dan pesara kerja kerajaan. Ia dibina untuk memberikan kemudahan pada penjawat awam menikmati penginapan dengan harga yang murah disamping keselesaan yang terbaik.
[Baca] 12 Tips Menempah Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
Saya sudah hampir menginap di semua RPP yang ada di Semenanjung Malaysia, dan setakat ini saya dan isteri berpuas hati dengan keselesaan serta layanan yang diberikan. Mungkin ada satu atau dua kes terpencil yang melibatkan sesetengah staff yang membezakan pangkat dan gred .. huhuhu....

Ok... berbalik pada rasa kecewa saya semasa menginap di RPP Cameron Highlands.

Tidak Dibenarkan Memasak

Saya kecewa kerana saya dan isteri tak dapat nak jalankan aktiviti memasak bersama tetamu kami. Kalau ikut perancangan, kami bercadang nak memasak makanan di RPP tu, tetapi .. alahai .. ruangan dapur telah diubahsuai untuk tidak lagi dibenarkan memasak.
Gelabah pada awalnya, sebab semua keperluan memasak dah kami bawa - gula, garam, kunyit, bawang, halia, beras segala bagai. Jika sebelum ini ada kemudahan periuk nasi elektrik, dan juga dapur gas .. tetapi sekarang RPP Cameron Highlands sudah tidak berikan kemudahan itu lagi.

Apa yang saya dapat tahu, pihak RPP banyak kerugian menyediakan kemudahan dapur dan tempat memasak seperti itu. Mana tidaknya, ada barangan rosak, pecah dan hilang. Barangan pinjaman seperti pinggan mangkuk. cawan, dapur semuanya tidak dijaga dengan baik. Dengan kata lain, ada penginap terdiri daripada kakitangan peringkat gred atas yang tidak bertanggungjawab.

Maka, tak dapatlah kami nak bersteam-boat seperti selalu saya dan isteri lakukan.

Namun ... kekecewaan sebab tak dapat memasak terubat ... apabila tetamu kami hadir dengan membawa dapur mini  ... ohh sungguh terima kasih sekali. Siap ada pemanggang elektrik untuk mudahkan kerja-kerja memanggang ayam yang dah diperap.

Syukur alhamdulillah.

Tiada Air Untuk ......

Tapi ada satu kekecewaan.

Air tak berapa nak ada pulak di RPP Cameron Highlands ni. Jadi, agak sukarlah untuk beristinjak. Soal mandi tak ada hal, sebab air kat Cameron Highlands ni sejuk ya amat ... macam ais.

Sebelum ini, tak ada pun masalah seperti ini. Tapi kali ini, saya dan keluarga bersama tetamu terpaksalah lalui. Uhh segan saya pada tetamu atas kekurangan-kekurangan yang tidak dijangkakan. Manalah tidaknya, sebab kami dah propa habis-habisan betapa bestnya dapat menginap di RPP Cameron Highlands.

Apa nak buat, benda dah nak jadi. Dapur dah tak ada, air pun segan-segan nak keluar. Nasib baik air sinki di dapur tak ada masalah. Dan inilah pertama kali, bila nak mandi ... kami anak beranak terpaksa tumpang bilik air orang lain .. semasa sedang bercuti di RPP Cameron Highlands .. huhu....

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Owh Yeke?? Sampai macam tu sekali. LeYa sebelum ni pun pergi elok je.. huhu... masyarakat perlu sedar ttg disiplin diri.. Jagalah kan sikit hak org dah bg pinjam. gunakanlah sebaiknya.. Fikirlah utk org lain juga.. isk3x...

    ReplyDelete
  2. xpenah ada pengalaman lagi nampaknya menginap kat RRP ni..tengok duk penuh je..kena daftar awal gile

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement