Jika anda mahu lihat bagaimana teh Boh dihasilkan, destinasi cuti Cameron Highlands ini memang patut berada dalam senarai tempat menarik anda.
Destinasi Cuti di Cameron Highlands - Boh Tea Heritage Centre Factory
Buat anda yang tidak tahu mengenai lokasi destinasi cuti Cameron Highlands ini, ianya terletak di Ringlet. Anda mungkin tak berapa perasan akan papan tanda Boh Tea Heritage Centre anda Factory ni, jadi bagi memudahkan anda .. anda hanya perlu lihat papan tanda Apitary Bee Farm. Ia satu lorong ... dan di puncak atau akhir lorong tersebut anda akan jumpa Boh Tea Heritage Centre and Factory ni, in Sha Allah.Jadi Tumpuan Pelancong Asing
Ramai juga yang datang dan melawat Boh Tea Heritage Centre and Factory di Ringlet ni. Antaranya adalah pelancong luar, datang dari Eropah dan juga Asia Barat. Semua nak tahu bagaimana Teh Boh dihasilkan.Teh ada grade tertentu. Grade teh untuk anda minum petang, nak diperisakan dan juga untuk dibuat teh tarik adalah berlainan. Grade paling bawah adalah teh Boh yang disediakan untuk membuat teh tarik. Ia tak dilabel sebagai teh Boh, tetapi cap Harimau. Kalau anda nampak ada bungkusan besar dengan cap Boh Teh Harimau .. aha .. itu adalah grade teh untuk membuat teh tarik. Ia agak kelat dan kehitaman.
Untuk teh yang ada perisa tersendiri ... macam lemon, macam lavender .. haa yang tu grade tinggi sikit, lebih cerah.
Penghasilan Teh Untuk Diminum Ambil Tempoh Lama
Sebagai penambah pengetahuan anda mengenai teh. Daun teh yang telah diproses dan alami peringkat pengeringan perlu dibiarkan sekurang-kurangnya sebulan supaya aroma dan rasa teh itu dapat dihasilkan. Secara keseluruhannya proses untuk hasilkan daun atau serbuk teh yang boleh diminum adalah lama. Kalau mengikut kaedah lama, ia boleh memakan masa berbulan-bulan.Alhamdulillah, dengan teknologi dan mesin, proses-proses ini telah dipercepatkan. Malah, peringkat memetik pucuk teh juga telah berubah dan sudah menggunakan mesin tertentu.
Di Boh Tea Heritage Centre and Factory ini, anda bukan sahaja dapat melihat proses-proses penghasilan teh dari peringkat sudah dipetik sehingga dimasukkan ke dalam karung mengikut gred, tetapi juga dapat merasai kesedapan Teh Boh yang segar dari ladang.
Pun begitu, saya tak berapa nak galakkan anda beli Teh Boh di sini disebabkan harganya agak mahal jika dibandingkan dengan harga Teh Boh di pasaraya biasa. Saya dimaklumkan, harga yang dijual adalah untuk pelancong asing ... tetapi kalau sekadar nak merasai hirupan Teh Boh dengan kedinginan Cameron Highlands, ok je .. huhu...
Perlu Naik Bas Transit
Untuk ke sini, anda boleh memandu terus ke gate hadapan Boh Tea Heritage Centre ini. Namun, untuk waktu puncak, anda dikehendaki untuk parking kereta di pintu masuk, dan seterusnya menaiki bas transit yang disediakan secara percuma.Destinasi cuti ini sangat baik untuk anak-anak belajar sesuatu, terutama dari segi penghasilan teh. Dengan pembelajaran dan lihat sendiri proses teh dilakukan, anak-anak akan lebih appreciate minuman yang menjadi antara kegemaran satu dunia.
[Baca] Destinasi Cuti - Green View Garden Cameron Highlands ada Taman Haiwan PercumaAda peluang, andai ke Cameron Highlands, bolehlah buat lawatan ke Boh Tea Heritage Centre and Factory ni.
Kalau ada peluang bolehlah saya kesana suatu hari nanti..
ReplyDeleteThanks for sharing
ReplyDeletebest tempat ni
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.