Namun, harus diawasi bahawa .. iklan tersebut mestilah tidak mendominasi paparan blog anda. Google Adsense masih pentingkan konten blog. Jadi, pastikan konten blog adalah keutamaan bila anda letakkan iklan Adsense ini.
Cara Betul Letak Iklan Adsense Ikut Format Diberikan
Salah satu tips meletakkan iklan Adsense di blog adalah dengan meletakkan format atau saiz iklan yang betul di tempat yang betul. Sebagai contoh, anda tidak boleh letak iklan banner Adsense bersaiz 330 pada bahagian sidebar anda yang mempunyai had kelebaran maksima 300px. Ini akan membuatkan samada iklan Adsense anda tidak muncul atau iklan Adsense anda tidak terpapar sepenuhnya.Contoh lain ...
Anda pilih iklan Adsense saiz 728x90. Kemudian anda letakkan pada atas setiap post. Jika di paparan desktop, iklan tersebut mungkin dipaparkan dengan baik. Namun, jika pengunjung singgah ke blog anda menerusi smartphone, kemudian besar iklan tersebut tidak keluar atau tidak dipaparkan dengan baik.
Untuk paparan di smartphone, pilih banner iklan Adsense yang kurang dari 330px atau 500px. Ia bergantung dengan cara pengunjung lihat blog anda menerusi peranti mobile mereka.
Jika anda mahu letakkan iklan Adsense di dalam post anda, terutama di bahagian tengah post, saya syorkan anda untuk letakkan banner iklan bersaiz 300x250 ataupun iklan teks bersaiz 420px. Dan iklan ini mesti dijarakkan antara perenggan post anda supaya ia tidak mengganggu konten.
Penalti Diberikan Jika Salah Letak Saiz
Adsense akan penalti blog anda, dan mungkin banned dari blog anda untuk paparkan Adsense jika banner iklan tersebut menghalang pembacaan konten.Adsense membolehkan anda untuk jana income menerusi blog secara santai, kerja dari rumah. Tak tahu cara nak apply Adsense? Baca panduan ini - Panduan Adsense Untuk Blogger
Letak Banner Iklan Jenis Responsive
Walaupun banyak 'pantang-larang' untuk letakkan iklan cara betul dalam blog .. pihak Adsense telah menyediakan satu lagi jenis iklan Adsense yang akan selesaikan semua masalah saiz banner iklan Adsense anda - iaitu iklan banner Adsense jenis Responsive.Pilihlah jenis Responsive ini untuk memaksimakan income Adsense blog anda. Ia dalah cara perletakkan iklan paling mujarab selain menghalang anda daripada tersilap meletakkan saiz banner iklan Adsense yang sesuai.
Contoh Iklan Dari Banner Responsive Adsense
Menerusi jenis Responsive, anda boleh letakkan banner iklan Adsense di mana-mana sahaja dalam blog anda, dan ia akan sesuaikan dengan kelebaran peranti yang memaparkan blog anda. Cuba lihat contoh di bawah ini:Anda nampak kan? Saiz iklan itu berubah mengikut saiz paparan peranti.
Saya harap tips ringkas ini dapat bantu anda menjana income lebih baik menerusi Adsense. In Sha Allah, dari semasa ke semasa .. saya akan kongsikan lagi tips mengenai Adsense.
Anda digalakkan untuk tinggalkan komen dan bertanya mengenai Adsense dalam setiap post berkaitan tips Adsense ini, in Sha Allah .. saya akan jawab dan sediakan post mengenainya.
Terima kasi atas perkongsian. Risau juga kadang-kadang iklan adsense tu menganggung pandangan pembaca.. Masalah pertama, kena banned.. yang kedua, pembaca taknak lagi singgah ke blog kita ;-(
ReplyDeleteIkut sahaja saranan diberikan oleh team Adsense. Untuk elak pembaca dari lari, kena perkuatkan konten blog anda.
DeletePerlu rajin cari bahan.
Ok terima kasih atas nasihat. En HH memang terbaik :)
Deletedah dapat kelulusan iklan adsense ni masih pening nak letak iklan hihihihihi
ReplyDeletebagus perkongsian info ni HH...follow rule adsense inshAllah boleh jana income tnggi.
ReplyDeleteDah setahun lebih pakai yang responsive.... Income pun makin sedap
ReplyDeletenice info bro.. :D bleh cuba nnti bila dah dapat adsense.. :D
ReplyDeletediharap bro sudilah follow blog sy ye.. baru je nk berjinak dengan blog2 ni.. :D
dok korek semua entry HH nih sebab blur dgn adsense ni..huhuk..
ReplyDeleteterima kasih HH.. banyak tips dari tuan ni... saya pun banyak kena baiki blog supaya ikut kehendak adsense..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.