Satu hotel yang cukup best kalau anda menginap. Lexis Suites Penang menawarkan penginapan untuk mereka yang gemarkan privasi untuk berendam di dalam kolam. Tak perlu lagi risau akan anak-anak kerana kolam berada di dalam bilik hotel. Tak perlu risau aurat isteri dan aurat diri. Jadi, saya memang syorkan kepada anda untuk menginap di hotel ini.

Saya secara peribadi sudah 3 kali menginap di hotel ini (sehingga post ini ditulis). Walaupun saya perlu membayar harga penginapan yang agak mahal - dalam linkungan RM200 - RM300 semalam (Agoda dan Traveloka), tapi saya cukup puas hati. Semua penginapan di Hotel Lexis Suites Penang ditempah secara online dan semuanya berlaku sepanjang 2016 !!

Mandi Kolam Dengan Privasi di Hotel Lexis Suites Penang

Mandi Kolam Dengan Privasi di Lexis Suites Penang
Mandi kolam. Anak-anak saya memang suka mandi kolam. Mereka boleh berendam berjam-jam lamanya di dalam kolam dan juga tab mandi. Yelah, di rumah sendiri tak ada 'kemudahan' tu .. jadi, kenalah cari hotel yang ada kolam mandi atau kolam renang.

2016 - Berpeluang Merasai Menginap Hotel Lexis Suites

Saya sebenarnya tak sangka menemui Lexis Suites ini. Walaupun saya tinggal di area Pulau Pinang, saya agak lambat mengetahui akan kewujudan hotel baru bertaraf lima bintang ini. Hmm .. yelah, saya bukan kaki hotel lima bintang .... hoho .. saya dan isteri lebih kepada hotel bajet yang cukup selesa dan ada kemudahan yang baik, khususnya untuk anak-anak.

Anak-anaklah yang paling seronok dan suka bila berpeluang menginap di hotel. Dan nah ..... dapat pula menginap di hotel yang ada kolam mandi khas di dalam bilik ... uhh ... memang excitedlah semasa mereka mula-mula datang ke hotel ni.
Mandi Kolam Dengan Privasi di Lexis Suites Penang
Saya dan isteri memang dah lama mencari hotel yang ada kelengkapan seperti ini. Sebelum ini, kami bercadang nak bercuti di Lexis Port Dickson, tetapi jarak dari Penang nak ke Negeri Sembilan tu .. uhh jauh .. boleh kematu kalau drive direct.

Akhirnya, Tercapai Hasrat

Sebelum ini, pernah la juga merasa menginap di Grand Lexis, tetapi seingat saya ... tak ada kolam mandi dalam bilik sepertimana Lexis Suites Penang ni.
Aksi Separa Bogel di Kolam Lexis Suites Penang


Alhamdulillah, akhirnya penantian untuk merasa bercuti di hotel yang ada kolam mandi private tercapai. Dekat pula tu dengan tempat saya. Jadi, tak banyaklah kos yang keluar... setakat tol Juru dengan tol Jambatan Kedua Penang je ..
[Baca] Berseronok di Cool Zone Kids Club Golden Sands Resort, Penang
Dan saya pula dapat diskaun dengan buat tempahan secara online.,.. hahaha .. tu yang terus berdesup 3 kali duk menginap di hotel ni dalam setahun (2016). Paling ketara, dua kali menginap hotel ni pada bulan terakhir 2016 (Disember) .. cuma selang 1 minggu je - awal bulan dan akhir bulan Disember 2016.


Lokasi hotel ni agak jauh daripada Georgetown, bandar terdekat pun Bayan Baru tetapi ... di sekitar hotel banyak tempat makan yang menarik.

Jika anda nak lepak-lepak santai, habiskan masa dengan anak-anak, saya syor bercuti dan menginap di Hotel Lexis Suites Penang ni. Kalau fikir nak cari hotel yang boleh shopping best ... boleh consider hotel Bayview Beach dengan hotel Golden Sands Resort yang terletak di Batu Feringghi.

Gambar-Gambar Mandi Kolam Private di Lexis Suites Penang

Meh tengok aksi-aksi anak-anak saya mandi dan main kolam private di dalam bilik Hotel Lexis Suites Pulau Pinang .... huhu ... kali ni takde saya nak marah derang main air .. sebab dah masuk dalam bil hotel .. hahaha... :)

Nah .. aksi anak perempuan saya yang baru berumur 6 tahun ... Maira .. berani tu terjun kolam yang dalamnya 1.2 meter.
Gambar Anak-Anak Mandi Kolam Dalam Bilik Hotel Lexis Suites
Foto Mandi Kolam Executive Pool Suite - Lexis Suites Penang
Mandi Kolam Dengan Privasi di Lexis Suites Penang
Saya yang tengok aksi anak-anak bergembira di kolam mandi turut rasa teruja dan seronok. Seronok sebab anak-anak berhabis cuti dengan rasa seronok yang pastinya akan buat mereka ingat sampai bila-bila.

Nah .. sekarang aksi Zikri pula, anak kedua saya.... yang tak tercapai kamera saya nak ambil gambar sebab tangkas pantas terjun ke dalam kolam private di Lexis Suites, Penang .. hoho...
Mandi Kolam Dengan Privasi di Lexis Suites Penang
Lagi gambar anak-anak saya yang seronok mandi kolam private di hotel ini ...
Gambar Kolam Bilik Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang
Mandi Kolam Di Hotel Lima Bintang Penang
Mandi Dalam Kolam Lexis Suites Pulau Pinang
Mandi Kolam Dengan Privasi di Lexis Suites Penang
Mandi Kolam Dengan Privasi di Lexis Suites Penang

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement