Saya dah banyak kali beritahu bahawa teknik SEO boleh belajar oleh sesiapa sahaja, dan anda boleh mahir jika tahu kaedah untuk menguasainya. Hasilnya mengetahui teknik SEO ini memang lumayan. Nah .. salah satunya ialah dengan menang kontest SEO.
Menang Kontest SEO Walaupun Newbie
Ada banyak tips SEO yang boleh anda gunakan. Walaupun kaedah SEO ini sentiasa berubah atas sebab terma dan syarat oleh pemilik enjin carian, namun asasnya tetap sama.Saya ada kata, untuk membolehkan blog anda perform sangat baik di enjin carian, anda kena pastikan cara anda menulis entri di blog kena patuhi skema yang ditetapkan oleh enjin carian tersebut, dan dalam hal ini apa yang saya maksudkan ialah teknik Search Engine Optimization.
Kenapa Blogger Newbie Kena Ada Ilmu SEO?
Cuba bayangkan ... setiap kali orang Google sesuatu perkataan atau ayat .. mereka akan nampak entri blog anda. Jika ia satu entri yang berbayar, anda sudah memberikan promosi yang berkesan untuk entri tersebut. Bagaimana pula ia merupakan entri untuk tujuan anda mendapat komisen tertentu?Contohnya anda tulis mengenai satu produk dropship atau affiliate, mereka yang cari info mengenai produk affiliate tersebut jumpa entri anda di halaman pertama Google. Agak-agak anda, boleh tak anda dapat komisen kerana produk terjual disebabkan entri blog anda?
Saya dah buktikan kepada semua pembaca bahawa SEO adalah cara yang sangat bagus untuk jana pendapatan menerusi blog. SEO juga berperanan dalam Adsense. Income menerusi Adsense boleh naik mendadak disebabkan oleh teknik SEO yang anda guna pakai dalam blog.
[Baca] Cara Buat Duit Online di Tahun 2017Tadi, saya ada kata .. newbie pun boleh belajar dan kuasai teknik SEO ini. Ya, memang tak mustahil dan saya boleh tunjukkan kepada anda.
Cuba lihat keputusan sebuah kontest SEO ini (rujuk gambar):
Blogger yang juga merupakan seorang inspektor polis ni berjaya raih tempat ketiga dalam kontest SEO Minyak Herba Asmak. Beliau seorang blogger baru, malah baru je wujudkan blog peribadi sendiri di awal tahun 2016.
Dengan menggunakan platform Wordpress untuk tulis blog sendiri, beliau berjaya kuasai teknik SEO sehingga berjaya menewaskan ramai blogger-blogger lama termasuk saya sendiri ... Dan ia merupakan pengalaman pertama kali untuk blogger ini masuk bertanding dalam kontest SEO untuk blogger.
Blogger newbie yang saya maksudkan ialah Shiqeen SattarManakala blog saya ini sekadar mendapat tempat di hadiah saguhati sahaja dalam kontest SEO ini... walaupun ramai blogger Malaysia gelarkan saya sebagai Pakar SEO di Malaysia. Haha .. acaner?
Sesiapa Pun Boleh Kuasai Enjin Carian Dengan SEO
Ilmu SEO luas sebab menurut beberapa sumber, dalam Google sendiri ada lebih 1000 pembolehubah untuk membolehkan sesebuah entri di dalam blog itu berada di halaman pertama enjin carian. Dan ia akan berubah mengikut masa, mengikut teknologi ..Hanya blog yang ada teknik SEO yang kukuh dan amalkan secara konsisten sahaja akan kekal bertahan lama.
Jika anda Google perkataan dan ayat tertentu .. pasti akan nampak bahawa ada beberapa blog yang sering mendominasi enjin carian. Apabila orang cari, jumpa dan klik .. ia akan memberikan trafik kepada blog anda.
Trafik adalah income untuk sesebuah blog. Blog yang tiada trafik .. maka tiada income.Saya dedulu pernah sebut, blog yang tiada trafik bukannya blog tidak bagus. Tapi apa yang saya kata itu sudah tidak boleh terpakai lagi. Di zaman semua orang mencari info maklumat menerusi internet, jika blog anda tiada trafik daripada enjin carian, saya boleh katakan blog anda adalah tidak bagus.
Blog tiada trafik (zero) adalah sah blog yang tidak bagus!
Sebagai seorang penulis blog, anda mesti berusaha untuk orang baca blog anda. Kalau tidak kenapa ia diwujudkan? Kalau anda kata .. "Saya tulis blog untuk suka-suka saya" .. maka mengapa pula anda ada Facebook? Mengapa pula anda ada Instagram?
[Baca] Panduan Raja Adsense Revive - Ajari Blogger Untuk Buat Duit USD dengan AdsenseDulu, saya juga percaya .. saya nak tulis blog untuk suka-suka saya. Tapi bila dah lama dalam dunia blog ini, anda akan sedar .. bahawa blog anda perlukan trafik, perlukan pembaca. Mengapa? Supaya apa yang anda tulis itu dapat dimanfaatkan orang lain.
Kerana SEO, Ada Pengiklan Bayar RM500 - RM2000 Satu Post !!
Itu sebablah blogger newbie tadi diberikan ganjaran hadiah wang tunai sebanyak RM1000!! Tu untuk tempat ketiga .. untuk satu blog post.Sekarang fikir, kenapa ada yang sanggup bayar sesetengah blogger yang pakar SEO sehingga RM500 - RM2000 untuk satu post advertorial atau review?
Anda nak uji blog anda samada mesra SEO? Nak uji kemampuan blog anda di enjin carian? Cubalah join kontest SEO yang ada. Lihat hasilnya dengan bersaing dengan blogger lain.
Boleh join kontest SEO ini - Contest SEO iLancee.com
tu kata..lama n baru bukan ukuran.. Janji dapat kuasai teknik SEO..
ReplyDeleteSiapa dapat kuasai SEO .. memang bagus untuk blog. Tiada istilah pakar sebb bab SEO ini adalah berkaitan enjin carian. Siapa pemilik enjin carian?
Deleteterbaiklah.. hehe
ReplyDeletegua pun blogger newbie gak.. lu x buat entri pun untuk gua... sob sob...
ReplyDeleteAhh udahla abam Sohoque .. kasik chance aa
DeletePerghh memang hebat lah..terbaik..tahniah utk SS
ReplyDeleteTerima kasih HH. Saya budak baru belajar... Kalau salah tolong tunjukkan. Banyak lagi yg SS kena belajar. Alhamdullillah tak rugi belajar SEO.
ReplyDeleteAmboi! HH siap bagi bukti lagi tu
ReplyDeleterezeki inspektor polis..hehe
ReplyDeletepentingnya mengerti seo
ReplyDeletepentingnya blogger menerapkan seo agar postingannya banyak di kunjungi
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.