Aduhai.... habis togel pokok bonzai bunga Kemboja Cina saya. Lama dia tak mai, kali ini boleh terlepas pandangan saya. Sedap dia pi belasah semua daun pokok Kemboja Cina saya.

Buat peminat pokok bonzai, Kemboja Cina sering dijadikan pilihan untuk dijadikan pokok bonzai. Ia mudah dan senang dijaga. Tetapi awas, pokok ini beracun.

Perosak Bonzai Kemboja Cina Kembali Lagi ... Habis Togel Pokok Saya!

Perosak Bonzai Kemboja Cina Kembali Lagi ..
Tak sangka, selepas agak lama saya tak nampak perosak pokok bonzai ni; ia kembali mengganas. Walaupun seekor, ia sudah cukup untuk musnahkan segala daun yang ada. Bila daun tak ada, maka pokok tidak dapat berbunga. Pembesaran juga jadi terbantut - dari sudut yang tak berapa disukai.

Saya pernah cerita mengenai perosak ini iaitu ulat beluncas.

Malah, anak-anak saya pernah 'bela' seekor ulat beluncas ini semata-mata nak lihat transformasinya menjadi seekor rama-rama. Tapi malang, hayatnya tak panjang ... beluncas tersebut mati di dalam bekas. Ia telah kembali mengadap Illahi.

Ulat beluncas ini memang ada sejenis je. Jenis yang macam dalam gambar inilah yang akan menyerang pokok-pokok Kemboja Cina. Saya tak tahulah apa sedapnya pokok Kemboja Cina ni sampai dimakan habis semua daun-daun hingga jadi togel oleh ulat beluncas ini.

Pokok Kemboja Cina dah la beracun .. haishhh ... kenapalah tak dimakan pokok rumput yang ada banyak kat padang tu .. huhuhu... boleh pulak si beluncas ni layan pokok yang ada getah beracun ni .. haisshhhh...
Perosak Bonzai Kemboja Cina Kembali Lagi ..
Perosak Bonzai Kemboja Cina Kembali Lagi ..
Saya masih lagi tak tahu cara nak hapuskan perosak ini. Ada yang suruh saya guna Coca-Cola je .. sebab dengan campuran tertentu Coca-Cola boleh jadi bahan pemusnah atau racun perosak yang sangat baik.
[Baca] Panduan Mudah Untuk Hasilkan Racun Rumput Gunakan Coca-Cola
Apa yang saya selalu buat ialah ... hanya alihkan sahaja ulat beluncas ini ke tempat lain.

Tapi itulah ... macam magik lak .. pagi buang .. petang dah ada balik kat pokok.

Nasib baik ulat beluncas ini tak hinggap dan serang Pokok Bunga Bakawali saya. Ramai yang dok cari Bunga Bakawali Putih sekarang ni. Apatah lagi ada yang dakwa Bunga Bakawali Putih boleh merawat sakit lumpuh.

Saya pernah dihubungi orang untuk dapatkan bunga mistik ini, malah siap tunjuk bukti kepada saya akan betapa mujarabnya bunga Bakawali yang telah sembuhkan dua anaknya yang lumpuh akibat terkena buatan orang (sihir).

Hmm .. .. ada sesapa yang tanam pokok Bunga Kemboja ni tak? Manalah tahu andai ada di antara pembaca blog ini yang turut tanam pokok ini di halaman rumah, pernah hadapi masalah sama. Saya nak juga tahu cara nak atasi... huhu...

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement