Informasi Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan. Wahh berita yang sangat baik untuk para pelajar yang sedang belajar di Pusat Pengajian Tinggi (IPT). Jika anda seorang yang ikuti pembentangan Bajet 2017 sebelum ini, pasti dah sedia maklum bahawa kerajaan telah membenarkan pelajar di IPT untuk berniaga.

Susulan itu, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017, pelajar-pelajar di IPT dalam negara boleh menikmati keistimewaan pendaftaran perniagaan secara percuma melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan ini. Walaubagaimanapun, pendaftaran perniagaan SSM ini diberikan secara percuma kepada pelajar yang layak sahaja.

Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan

Permohonan dan Syarat Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan
Untuk info, SSM memperuntukkan geran RM10 juta bagi tempoh 10 tahun dengan RM1 juta peruntukan kepada pelajar yang layak sahaja. Dengan skim ini, pelajar IPT yang sedang membuat perniagaan online kini boleh mendapatkan sijil pendaftaran perniagaan SSM secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Wahh untung sungguh pelajar-pelajar IPT sekarang ehh .. dah dibenarkan buat duit sendiri semasa belajar. Hmm dulu semua orang dok marah bila ada pelajar IPT dok sibuk berniaga online daripada belajar .. nah sekarang .... kerajaan beri sokongan penuh pada golongan ini untuk berniaga .. haha.

Bagi saya, secara peribadi .. saya sambut baik usaha ini. Sebab?

Sebab saya semasa belajar di IPT dulu pun berniaga. Tapi tak adalah berniaga online, sebab ketika itu dunia internet, dunia online tidak seperti sekarang. Waktu saya belajar, MSC pun baru nak dibentuk atas inspirasi Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia.
[Baca] 3 Perniagaan Yang Boleh Dilakukan Dari Rumah
Saya berniaga sebab nak tampung perbelanjaan di IPT. Yelah, famili bukannya di kalangan yang ada kewangan kukuh. Lagipun, kursus pengajian yang saya ambil perlukan banyak duit .. haha .. saya ambil course Sains Komputer, dan hanya pada tahun terakhir saya di IPT, saya dapat punyai komputer peribadi saya sendiri ...

Syarat Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan

Orait. Seperti awal saya sebutkan tadi - permohonan untuk Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan ini dibuka kepada semua pelajar IPT dalam negara. Pun begitu, ada syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan manfaat pendaftaran perniagaan SSM percuma ini.

Berikut merupakan syarat-syarat bagi skim di atas:
  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
  2. Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara;
  3. Permohonan yang boleh dipertimbangkan adalah bagi satu pendaftaran perniagaan baharu untuk tempoh satu tahun sahaja bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini;
  4. Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar sahaja); dan
  5. Pembaharuan pendaftaran perniagaan setelah tamat tempoh setahun akan dikenakan bayaran seperti biasa.

Bagi melaksanakan skim ini, proses pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:

Permohonan hanya boleh dikemukakan melalui kaunter perkhidmatan pendaftaran perniagaan SSM di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut;

  • Kad Pengenalan;
  • Dua (2) salinan kad pelajar yang masih dalam tempoh sahlaku; dan
  • Salinan asal surat perakuan pelajar IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.

Jika anda mempunyai sebarang masalah atau sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

Ingat ye ... Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan ini hanya untuk pelajar sahaja .. yang bukan pelajar tak boleh mohon skim ni. Alaaa .. bukan mahal pun daftar perniagaan dengan SSM ni.

Buat rakan-rakan pembaca yang ada bisnes online, anda juga sepatutnya daftarkan bisnes online anda dengan SSM. Tak susah pun daftar dan bayarannya tidak mahal. Saya sendiri daftar dengan SSM, dan ada berkongsi beberapa panduan untuk mendaftar perniagaan dengan SSM.
[Baca] Peniaga Online Wajib Daftar SSM
Blogger yang buat duit dengan blog pun, saya anjurkan untuk daftarkan aktiviti anda dengan SSM. Ia juga langkah bagus untuk penjenamaan blog anda. Biar blog anda bukan setakat hidup di dunia online, tetapi juga diiktiraf di dunia nyata.

Ok ye, sila kongsikan informasi mengenai Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan ini kepada mereka yang anda kenal - semestinya yang sedang belajar di IPT dan ada bisnes sendiri terutamanya bisnes online.

Mahu bisnes di Instagram anda meletup? Baca ni [+] Robot Pemasaran Instagram 9 Dalam Satu

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement