Terima kasih saya nak ucapkan kepada rakan blogger dari selatan Thailand - +Karlisa Halim kerana sudi buat review ikhlas untuk blog saya di McAfee TrustedSite. Dalam diam-diam, blogger yang telah banyak berikan ilham tentang kehidupan di selatan Thai ini berikan satu komen dan review yang baik untuk blog saya ini.

Bukan senang nak dapat review jujur dan ikhlas seperti ini, apatah lagi ia ditulis di sebuah laman web yang berikan penarafan dari segi ketelusan dan keboleharapan iaitu McAfee TrustedSite.

Terima Kasih Sudi Review di McAfee TrustedSite

Sebelum ini, saya ada bercerita secara am mengenai fungsi McAfee TrustedSite dan juga McAfee Secure. Jika anda seorang blogger atau usahawan yang menjual secara online menerusi blog atau laman web bisnes sendiri, elok gunakan servis yang diberikan oleh McAfee ini.

Ia memberikan servis - samada percuma dan berbayar untuk mereka yang mahukan blog dan laman web mereka dipercayai pengunjung. Ia juga untuk membuktikan bahawa blog dan laman web anda adalah selamat dari virus, malware serta ancaman internet.

Blog saya telah mendapat penarafan oleh McAfee sebagai blog yang dipercayai dan juga bebas ancaman virus dan malware. Post mengenainya saya ada tulis di sini - Blog HasrulHassan.com Adalah McAfee Secure dan TrustedSite

Beri Peluang Untuk Pembaca dan Pengunjung Review Blog dan Web

Selain itu, ia juga membenarkan pengunjung untuk melakukan review ke atas sesebuah blog atau laman web yang dikunjungi. Dengan review yang ada, secara tak langsung ia memberikan peluang untuk orang lain mengetahui apa yang menarik dan tidak menarik di sesebuah blog tersebut daripada pengalaman pengunjung dan pembaca yang lain.

Jika anda mahukan blog dan laman web diberikan penarafan dipercayai dan selamat oleh McAfee, bolehlah login dan daftar secara percuma. Minta McAfee scan blog anda, dan semak kandungan blog untuk verifikasi bebas virus dan malware. Pasang widget yang disediakan oleh McAfee untuk buktikan bahawa blog anda adalah selamat untuk dikunjungi dan melakukan urusniaga.
[Daftar Sini] McAfee Secure

Terima Kasih Rakan Blogger

Sekali lagi terima kasih pada rakan blogger +Karlisa Halim, pemilik blog SatunSiam.blogspot.com yang menjadi antara pertama terawal untuk komentar review blog saya di McAfee TrustedSite. Terima kasih kerana menjadi 'anak murid', dan perkenalkan blog ini pada rakan-rakan blogger nusantara.

Kalau anda nak tahu, blog Satun Siam adalah berkaitan pelancongan, dan jika mahu dapatkan maklumat terkini berkaitan tempat menarik di Siam, pakej pelancongan yang ada, dan tips-tips untuk melancong ke selatan Siam, boleh lihat blog Karlisa ni.

Buat rakan pengunjung dan pembaca yang lain, yang mungkin sudi nak tulis review ... bolehlah ke pautan di bawah ini - https://www.trustedsite.com/site/hasrulhassan.com/

Kesudian anda, saya ucapkan terima kasih.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terbaekkkk Tahniah dan syabas buat Tuan Hasrul. Rakan-rakan lain mendoakan kejayaan dalam arena blogging

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, semoga saya terus ada kekuatan untuk menulis blog di masa akan datang. Terima kasih pada yang mendoakan.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement