Nak tahu tak tips untuk beli rumah dengan modal minima? Saya pasti ramai di kalangan kita nak tahu cara dan teknik beli rumah ni, apatah lagi buat anak muda yang sudah ada cita-cita untuk memiliki rumah sendiri. Al maklumlah, harga rumah sekarang, semakin tahun semakin naik melambung. Jika tak beli di usia muda, bila lagi?

Tips beli rumah dengan modal minima ini bukanlah idea penulisan saya, tetapi dikongsikan oleh seorang daripada mereka yang memang dah ada pengalaman membeli hartanah di usia muda. Anda boleh baca, dan cuba praktikkan tips pembelian rumah atau hartanah yang dimaksudkan.

6 Tips Membeli Rumah Dengan Modal Minima Dari Harith Faisal

Tips Beli Rumah Modal Minima

Perkongsian mengenai teknik dan cara untuk beli rumah dengan modal minima ini disediakan oleh Harith Faisal, salah seorang daripada ikon dalam bidang hartanah di Malaysia, juga dikenali sebagai Hipster Hartanah Malaysia. Ia sangat sesuai untuk mereka yang sukar untuk membuat simpanan, dalam kes ini .. pastilah anak muda yang selalunya ghairah dengan benda lain dan bukannya hartanah.

Tips yang diberikan ini walaupun Harith Faisal target untuk golongan muda belia, namun ia sebenarnya boleh je dipraktikkan oleh semua orang. Terutama sekali pada anda yang memikirkan bahawa hartanah adalah satu pelaburan yang sangat berbaloi; apatah lagi jika dilakukan dengan modal minima. Modal minima tetapi pulangan berganda. Ia satu pelaburan yang terbaik.

1. Beli Rumah Bawah Harga Pasaran (Subsale)

Dengan membeli rumah di bawah harga pasaran, kita boleh memujuk tuan rumah lama supaya membenarkan kita untuk memohon pembiayaan berdasarkan harga pasaran sebenar.

Dengan alasan, lebihan tunai daripada pembiayaan hartanah tersebut adalah untuk menampung kos ubahsuai dan pembaikan rumah.

2. Berunding Untuk Duit Pendahuluan Kurang daripada 10% (Subsale)

Kebiasaannya kita perlu membayar 3.18% sebagai duit pendahuluan sebagai tanda jadi. Kemudian membayar bakinya sebanyak 6.82% setelah menandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah.

Tetapi sebenarnya jika kita dapat berunding dengan tuan rumah, besar kemungkinan kita hanya perlu membayara 3.18% sahaja sebagai duit pendahuluan. Anda perlu berunding, kena berunding.

3. Beli Rumah Daripada Tuan Rumah (Subsale)

Kalau kita membeli rumah terus daripada tuan rumah, lebih mudah rundingan untuk membeli rumah dengan duit pendahuluan yang paling minima. Untung-untung, tidak perlu pun keluar duit pendahuluan langsung!

Tapi kalau anda masih belum ada ilmu, sebaiknya carilah rumah yang diuruskan ejen hartanah. Mereka akan membantu dan memudahkan urusan anda. Saya sendiri lebih suka membeli daripada ejen. Jika penjual yang mengupah ejen, bayaran kepada ejen hartanah itu, penjuallah yang akan langsaikannya.

4. Beli Rumah Daripada Keluarga dan Kenalan (Subsale)

Keluarga dan kenalan kita biasanya tak berkira sangat kerana masing-masing sudah kenal lama. In Sha Allah, lebih mudah untuk buat rundingan duit pendahuluan dan harga jualan.

Jadi, kalau sudah kedua-duanya bersetuju untuk teruskan urusan jual beli, janganlah mungkir. Bukan apa, takut bermasam muka pula.


5. Beli Rumah Murah (Subsale/Rumah Baru)

Untuk membeli rumah subsale, kita memerlukan modal sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah sebagai modal minima. Iaitu 10% sebagai duit pendahuluan dan 5% untuk kos-kos lain seperti fi guaman, fi penilaian dan lain-laon.

Secara matematiknya, semakin rendah harga rumah, semakin kurang modal yang perlu dikeluarkan.

6. Diskaun dan Rebat (Rumah Baru)

Cari rumah baru yang pemanjunya menawarkan diskaun dan rebat yang menarik. Contohnya, hanya dengan RM1000, anda boleh memiliki kondominium berdekatan KLIA dengan rebat 10%.

Ataupun, tawaran bayaran pendahuluan secara ansuran sehingga 36 bulan tanpa faedah dan diskaun Bumiputera sebanyak 7%. Jadi, anda boleh memiliki rumah baru dengan menggunakan modal yang sangat minima.

Selesai.

Anda pilih mana-mana tips yang sesuai dengan anda. Semoga ia akan membantu anda memiliki rumah sendiri tak lama lagi.
6 Tips Membeli Rumah Dengan Modal Minima

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sangat berguna tips ini..boleh bookmark sebagai panduan nanti..

    BalasPadam
  2. Menyesal dulu mula2 keje x veli rumah skrg hadoi mahalnya huhuhuhu

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum.. bro HH,

    bagus tips2 nie... untuk pemula untuk melabur dalam bidang hartanah....

    mselim3

    BalasPadam
  4. Bercadang nk beli rumah dlm masa terdekat ni..

    BalasPadam
  5. pengalaman membeli rumah lelong sebelum. ni memberi panduan untuk membeli rumah subsale pula. Alhamdulillah dipermudahkan

    BalasPadam
  6. artikel yang menarik. Terima kasih kerana artikel. Saya amat berbangga untuk membaca artikel ini. Jawatan ini adalah benar-benar sangat berguna untuk saya dalam

    BalasPadam
  7. Terimakasih atas info yang sangat berguna ini,kebetulan dalam waktu dekat saya akan membeli rumah..
    Umroh April 2017
    Umroh Mei 2017
    Umroh Ramadhan 2017

    BalasPadam
  8. Thank you for the interesting article. Keep on sharing!
    Here you can find handmadewritings custom research and get a professional help from our writers.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement