Kenapa perlu ramai kawan? Supaya nanti ... bila anda ada masalah, ada musibah .. mereka akan dapat bantu. Kenapa perlu ada lebih 1000 .. 5000 kawan? Supaya nanti separuh dari ramai kawan anda tu dapat bantu. Anda tentu maklum, bukan semua kawan-kawan anda akan tolong anda bila susah .. :)
Tips Meramaikan Kawan
In Sha Allah, tips yang akan diberikan ini cukup mudah untuk semua. Saya harap dengan tips ini dapat bantu mereka yang ada masalah untuk cari kawan bagi mendapat ramai kawan.Baca pelan-pelan, tengok diri .. dan boleh praktikkan mana yang sesuai.
- Muncul di tengah-tengah khalayak - kalau anda duduk diam di rumah, berada di depan pc atau tv, tak memungkinkan anda akan mendapat ramai kawan. Hmm kawan online mungkin, tetapi bagaimana nak kenal hati budi, bagaimana nak tahu bentuk fizikal .. benar ujudkah atau hanya ujud di alam maya? Anda perlu bersosial, pergi ke majlis taklim, kenduri kendara, perjumpaan rukun tetangga dan sebagainya untuk menambah kenalan dan kawan.
- Terlibat dalam sesuatu kumpulan - anda boleh join gathering yang dianjurkan sesuatu komuniti online, seperti juga blogger, atau geng-geng forum yang punyai minat yang sama. Dengan berada dalam satu kumpulan minat ini, anda boleh berkongsi pendapat, pengalaman dan sebagainya.
- Bentukkan kumpulan - kalau tak ada group atau kumpulan untuk anda join, maka buat inisiatif untuk bentukkan kumpulan minat anda sendiri. Katakan anda sukakan fotografi, anda bentukkan satu kumpulan yang sama minat dengan anda, dan buat pertemuaan. Anda juga boleh lakukan sessi fotografi bersama, boleh ajak model ... :) hehehe....
- Berkata benda baik kepada orang lain - walaupun anda tidak kenal, jangan sesekali anda buat spekulasi dan gossip. Dalam meramaikan kawan, anda harus tampil sebagai kawan yang baik. Jika selalu suka bawak mulut, sapa yang nak kawan dengan anda?
- Senyum - benda paling mudah nak dibuat, dan merupakan isyarat paling mudah untuk menjalinkan persahabatan. Kalau anda melihat orang tersenyum kepada anda, dan anda senyum balik, pastinya akan ada rasa ingin kenal dan ingin tahu dalam diri. Tak percaya? Cubalah. Senyuman merupakan jambatan untuk menjalinkan persahabatan dengan orang sekeliling.
- Berkawan dengan kawan kepada kawan anda - cukup simple .. macam dalam Facebook, anda add kawan kepada kawan anda ..tak salah ... gitulah caranya dalam kehidupan realiti, anda berkawan dengan kawan-kawan kepada kawan anda ... :)
Boleh follow FB saya di sini - http://www.facebook.com/blogger.hasrulhassan
Kita kenal2 dan boleh tanya pasal blog di situ ..
nice tips sifu HH ;)
BalasPadamTerima kasih .. :) entri lama tapi saya tulis semula
PadamTerima kasih Bro HH... Tips yang sangat bagus
BalasPadamTerima kaish .. lama tak nampak komen kat sini .. :)
Padamitem #1 tu betul. kebanyakkan orang sekarang lebih selesa duduk rumah dan melekat dengan gadget je. dalam sedar tak sedar, kawan maya je yang ramai. kena banyak bercampur. kalau apa-apa senang kan..
BalasPadamBetul tu, ada di kalangan kita ni terutama blogger yang tak tahu pun siapa jiran mereka. Malang tu .. kalau jadi apa2 susah .. nak minta tolong rakan FB .. uhh susah kot.
Padamsatu orang musuh tegar lebih menyusahlan dari 5,000 orang kawan. Ker camaner?
BalasPadamYang bestnya ada kawan ni.. mereka la yang membantu kita ketika kita dalam kesusahan.. kan? :)
BalasPadamYa .. pasti
PadamTips yang bagus.
BalasPadamKadang2 menolong orang pun boleh meramaikan kawan atau mungkin lebih pada kenalan :) Bila2 je kita tolong orang, hubungan tu rasa lebih mesra
BalasPadamhanisamanina.com
saya baru baca kalo kawan sikit hidup lebih bahagia...hihi
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.