Percutian di Pulau Pinang. Saya nak kongsikan satu destinasi cuti atau tempat menarik yang best di Pulau Pinang. Destinasi yang saya maksudkan ialah Galeri Rumah Terbalik yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Lokasinya hanya bersebelahan dengan Toy Museum yang sudah cukup popular di kalangan pelancong.

Saya berkesempatan untuk singgah di Upside Down House Gallery (Galeri Rumah Terbalik) ini semasa percutian hujung minggu kami di Pulau Pinang.

Destinasi Cuti - Galeri Rumah Terbalik Teluk Bahang, Penang

Upside Down House Gallery Teluk Bahang
Sebenarnya, destinasi tempat menarik ini dijumpai secara tak sengaja... haha. Matlamat sebenar adalah untuk cari makan selepas check-out dari Hotel Lexis Suites Penang.

Keluar dari hotel jam 11 pagi, ingatkan dapatlah cari tempat makan best sekitar Balik Pulau, area menuju ke Teluk Bahang... tapi, ntah .. benda bila dicari ni susah lak jumpa. Anak-anak saya semua merungut lapoooor .. laporrr dalam kereta.

Hmm kata orang tua-tua, tak boleh merungut lapar kalau dalam kenderaan. Kenapa pantang larang ni disebut-sebut saya pun tak pasti. Tapi, saya dan isteri ikut je .. rasa macam tak best pulak kalau dok sebut lapar lapar dalam kereta ni.

Jalan punya jalan ... pandu punya pandu .. sampaikan anak-anak semua tertidur menahan kelaparan. Uhh saya pun lapar gak, pinar-pinar gak penglihatan semasa memandu. Dah la jalan pun bengkang-bengkok .. adeh.

Alhamdulillah, akhirnya kami sekeluarga sampai ke pekan Teluk Bahang. Ada satu kedai. Jual Roti Jala. Dannn Roti Jalanya sangat special .. huhu. Dalam entri akan datang, saya cerita ye.... hehehe.

Lokasi Upside Down House Gallery Teluk Bahang

Dan pada ketika itulah saya ternampak papan tanda tertulis Galeri Rumah Terbalik (Upside Down House Gallery). Elok je sebelah papan tanda Toy Museum, yang diletakkan depan Craft Batik Penang.

Saya dah Googlekan untuk anda lokasi tempat ni, boleh lihat seperti di bawah ni .. senang je .. banyak trademark .. ehh .. landmark kat situ.
Peta Lokasi Upside Down House Gallery Teluk Bahang
Kalau ada yang tak tahu, Craft Batik Penang adalah antara tempat menarik digemari pelancong asing, terutama dari Eropah. Dan disebabkan itulah, harga batik di Craft Batik .. bagi sayalah, agak mahal dan hanya untuk mereka yang berduit sahaja. Saya rasa harga batik di Noor Arfa Batik Kuala Terenggan, lagi murah ..

[Baca] Destinasi Cuti Menarik - Pasar Batu Enam Kuala Terengganu

Lepas selesai makan di kedai makan yang jual Roti Jala special tu ... kami pun terus ke Upside Down House Gallery tu.

Erkk ... kecikkk je ...

Saya serius ingatkan tempat ni besar .. dan ada banyak rumah. Rupa-rupanya hanya ada sebuah rumah yang telah diubahsuai menjadi rumah terbalik. Siap kereta kat luar rumah terbalik ini pun ... terbalik .. ngeri je bila nak bergambar dekat ngan kereta terbalik ni .. haha
Upside Down House Gallery Teluk Bahang
Well .. ramai yang kata harga tiket agak tidak berbaloi. Tapi okeylah dengan effort yang dibuat ... pada saya harga tiket tidaklah mahal. Rasanya ok kot ...  walaupun masa nak bayar tiket tu rasa macam keraguan sikit .. haha..

Harga Tiket

  • Harga Dewasa - RM10
  • Harga Kanak-kanak - RM5

Yang bestnya ialah, tempat jual tiket pun nak terbalik gak .. senget2 kepala dok tengok jam terbalik semua terbalik .. adeh.

Disebabkan harga sebegitu, kami pulun bergambar dalam Upside-Down House Gallery ni tanpa fikir orang lain ... hahaha .. selfish. Ada je peluang nak bergambar best, terus buat .. macam-macam aksi. Anak-anak sayalah paling excited sebab dok pening macamana derang buat supaya semua benda dalam rumah tu elok je diterbalikan.

Ini merupakan pengalaman pertama kami sekeluarga di rumah terbalik. Saya dengar ramai kawan-kawan blogger dok cerita tentang beberapa tempat menarik yang sama seperti ini. Antaranya Galeri Rumah Terbalik di Melaka, Rumah Terbalik di Johor dan paling famous adalah Upside Down House Sabah.

Upside Down Gallery di Teluk Bahang ni ... saya fikir banyak yang perlu diperbaiki. Kawasannya agak terpencil, dan sempit. Nak parking kenderaan pun agak sukar ... pun begitu, bagi penduduk tempatan, ia masih lagi boleh dijadikan antara destinasi cuti yang menarik terutama untuk anak-anak kecil.
Upside Down House Gallery Teluk Bahang
Oh ya, di Penang ada satu lagi tempat serupa .. iaitu Upside Down Museum yang terletak di pingiran bandaraya Georgetown. Ingat nak cari juga muzium rumah terbalik ni . ... tapi masa dah suntuk, jadi kami terus je balik dan pergi shopping kat AEON Bukit Mertajam .. nak cari baju baby ..huhu .. maternity shopping gitu .. ekekee..

So, lepas ni .. bolehlah jadikan lokasi Upside Down House Gallery ni sebagai salah satu lokasi dan destinasi cuti di bahagian utara ni. Jauh sikitlah dari Jambatan Pulau Pinang ...  sebab ia terletak di Teluk Bahang. Kalau nak ke Taman Negara Pulau Pinang ... anda pasti boleh singgah .. huhu.

Enjoy beberapa gambar di lokasi Galeri Rumah Terbalik (Upside Down House Gallery) Penang ini ye .. nak gelak pun saya izinkan .. hahahahaa...
Upside Down House Gallery Teluk Bahang
Upside Down House Gallery Teluk Bahang
Upside Down House Gallery Teluk Bahang
Upside Down House Gallery Teluk Bahang
Gambar Upside Down House Gallery Teluk Bahang

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bestnye dapat gi...insyaALlah nk ke penang lagi

    ReplyDelete
  2. Bagus jika tuan dapat explore lagi kawasan perlancongan bersama keluarga

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement