Hari Wilayah Persekutuan disambut pada setiap 1 haribulan Februari setiap tahun. Hari Wilayah Persekutuan (disebut Hari Wilayah) adalah merupakan cuti umum di Wilayah Persekutuan, Malaysia. Ia disambut di wilayah berikut - Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
15 Aktiviti Menarik Anda Boleh Cuba di Wilayah Persekutuan Februari Ini
Buat kebanyakan orang, tarikh 1 Februari adalah merupakan cuti umum di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Buat mereka yang kurang peka mengenai sejarah tanahari, tarikh 1 Februari adalah bersempena dengan pembentukan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia dan Wilayah Persekutuan pertama pada tahun 1974.Semenjak itu, pelbagai aktiviti dibuat untuk warga Wilayah untuk mengenangkan hari bersejarah ini.
Pada tahun 2017, moto atau tema Hari Wilayah adalah Wilayah Sejahtera, Rakyat Sejahtera. Berikut adalah aktiviti menarik yang telah tersedia untuk warga Wilayah Persekutuan yang tidak seharusnya anda ketinggalan. Ada 15 aktiviti menarik yang boleh anda cuba pada bulan Februari ini sempena Hari Wilayah.
Sambutan Hari Wilayah di Kuala Lumpur
- Program Ilmiah SHWP Bersama Ustaz Kazim Elias & Ustaz Ebit Liew
- Program ilmiah sambutan Hari Wilayah Persekutuan bersama dua ustaz terkemuka tanahair akan membincangkan isu-isu tempatan daripada perspektif agama serta memberikan pengisian kerohanian untuk segenap penduduk wilayah.
- Kenduri 1Wilayah Persekutuan
- Kenduri 1 Wilayah Persekutuan akan menyajikan pelbagai makanan tempatan dan luar negara yang pastinya diminati dan ditunggu-tunggu oleh warga Wilayah Persekutan. Dan yang penting sekali, semua sajian sememangnya percuma!
- Karnival Sukan IPT Piala Menteri Wilayah Persekutuan
- Pertandingan bola jaring, futsal, badminton, ping pong dan larian karnival sukan adalah terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi dengan hadiah yang lumayan. Program sampingan lain termasuk Muay Thai, Paintball, Zumba dan Tarian Singa.
- KL Fest Supercar & Autoshow
- Penggemar kereta mewah seharusnya tidak melepaskan peluang menyaksikan pameran KL Fest Supercar & Autoshow ini yang pastinya memukau pengunjung! Kepada penduduk wilayah persekutuan yang ingin mengetahui tentang pembuatan kereta yang berkualiti pasti tidak akan lupa untuk menandakan tarikh pameran ini.
- Karnival Food Truck 101WP
- Karnival food truck membariskan food truck tempatan yang terkenal dengan sajian yang ringkas tetapi lazat dengan harga yang berpatutan untuk setiap pengunjung.
- Wilayah International Motorfest
- Penggemar motorbike di seluruh negara mahupun warganegara bukan Malaysia pasti tidak akan ketinggalan menyertai pertandingan motorbike anjuran bersama DBKL dan Kepala Kuasa MG ini.
- Kayuhan Ceria 2017
- Aktiviti berbasikal beramai-ramai yang menyihatkan ini sesuai disertai oleh seluruh ahli keluarga dan rakan taulan. Kayuhan ceria ini adalah selari dengan tema sambutan hari wilayah persekutuan pada tahun ini.
- KL Rush
- KL Rush Explorace adalah terbuka kepada semua warganegara tetapi terhad kepada 150 kumpulan sahaja. Aktiviti ini memerlukan kerja berkumpulan untuk memenangi hadiah yang bernilai hampir RM 10,000!
Sambutan Hari Wilayah di Putrajaya
- Robotic Space Challenge SHWP
- Acara ini menguji ciptaan robot yang akan digunakan untuk kajian penerokaan di angkasa lepas. Ciptaan robot yang terbaik akan menyumbang kepada misi pencarian di angkasa lepas.
- Gen Y Kreatif
- Acara ini mencungkil bakat-bakat terpendam generasi Y dalam pelbagai aspek seperti kesenian, kemahiran dan sebagainya. Bawa bersama anak-anak dan ahli keluarga untuk meluangkan masa berkualiti pada hujung minggu di acara yang menarik ini!
- Majlis Khatam Al-Quran Wilayah Persekutuan & Sambutan Maulidur Rasul & Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani
- Program keagamaan ini membolehkan penduduk wilayah persekutuan untuk sama-sama menyertai majlis khatam Al-Quran yang diadakan serentak dengan sambutan Maulidur Rasul. Majlis ini dapat mengeratkan silaturahim sesama penganut Islam pada sambutan hari yang mulai ini.
- Pertandingan Memancing Putrajaya 2017
- Orang ramai boleh turut hadir memeriahkan pertandingan memancing yang akan diadakan di sepanjang persisiran tasik Presint 2, 3 dan 4 dan membawa pulang hadiah yang lumayan berserta ikan yang segar!
- Fiesta Walkabout WP 2017
- Pelbagai acara menarik menanti orang ramai di Fiesta Walkabout sempena sambutan hari wilayah persekutuan pada tahun ini. Warga kota dijemput hadir beramai-ramai untuk menyertai acara fun walk di Monumen Alaf Baru dari 10 pagi hingga 12 malam.
- Kenduri 1 Wilayah Persekutuan & Hari Keluarga Putrajaya
- Kenduri 1 Wilayah Persekutuan disambut sekali dengan Hari Keluarga Putrajaya untuk memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Putrajaya. Pelbagai makanan yang enak serta akitiviti yang menghiburkan disediakan untuk warga kota Putrajaya.
- Festival Catur Putrajaya
- Festival ini terbuka kepada warga tempatan dan juga luar negara untuk menunjukkan bakat dan kemahiran bermain catur. Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi pada festival catur ini termasuk wang tunai dan piala.
Sambutan Hari Wilayah di Labuan
- Malam Sambutan SHWP
Penduduk daripada segenap lapisan masyarakat pelbagai etnik berkumpul bagi sama-sama menyertai sambutan yang melambangkan perpaduan dan keharmonian yang utuh dalam kalangan warga pulau bebas cukai ini. - Kejohanan Motorcross
Kejohanan ini memberi peluang kepada peminat, penyokong dan pelumba tempatan untuk bersaing dan membuat susulan dalam kejohanan yang lebih tinggi dan mencungkil bakat-bakat pelumba baru untuk diketengahkan. Menariknya sukan ini ialah motor bukan ditunggang di atas jalan bertar, sebaliknya ditunggang di atas tanah. - Kejohanan Pacuan 4 Roda
Golongan remaja yang berminat kepada sukan lasak dan semestinya penggemar kereta pacuan 4 roda tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai sukan lasak yang menyihatkan ini. - Konvoi Prihatin
Konvoi Prihatin ini dijayakan dengan kerjasama sukarelawan komuniti 1Malaysia. Program ini adalah suatu usaha untuk mendekati masyarakat wilayah khususnya yang kurang berkemampuan dengan menghulurkan sedikit bantuan untuk meringankan beban sara hidup. - Labuan Go-Green
Acara ini adalah suatu usaha mulia dalam memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang. Sokongan orang ramai dalam program ini pasti memberi impak yang positif kepada semua lapisan masyarakat ke arah menjadi komuniti yang “lebih hijau”. - Pertandingan Memancing
Pertandingan ini memberi platform kepada kaki joran memenangi hadiah yang lumayan untuk dibawa pulang berserta ikan yang berjaya dipancing! - Liga Bola Sepak Labuan
Liga bola sepak Labuan membuka peluang kepada bakat-bakat muda untuk bermain mewakili Sabah dalam liga bola sepak yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Wilayah. - Kenduri 1Wilayah Persekutuan
Kenduri 1 Wilayah Persekutuan menyajikan makanan tempatan daripada masyarakat Melayu, Cina dan India untuk santapan orang ramai. Boleh membawa ahli keluarga menghadiri kenduri yang percuma ini!
Kenduri 1Wilayah Persekutuan
Paling best, ada kenduri diadakan pada ketiga-tiga lokasi Wilayah Persekutuan. Ehemm ... kalau rasa nak makan percuma ala kenduri, boleh ke Kenduri 1 Wilayah Persekutuan. Saya difahamkan banyak sajian tempatan daripada pelbagai kaum disediakan. Tak perlu nak daftar apa-apa, malah digalakkan bawa keluarga, sanak-saudara, rakan taulan dari jauh untuk hadir ke kenduri ini.Dan kenduri ini pula diadakan di banyak lokasi serata Wilayah Persekutuan.
Jika gambar di atas kurang jelas, boleh lihat lokasi kenduri tersebut di sini - Kenduri 1Wilayah Persekutuan 2017
#SHWP2017
Jangan lupa untuk kongsikan dengan kawan-kawan ye .. banyak tu program menarik, leh menang hadiah lagi.
Saya baru je nak masuk sebulan jadi warga KL nih, bermastautin kat sini. Banyaknyaa aktiviti~ =))
ReplyDeleteSilap2 boleh menang hadiah best dari xtvt yang dianjurkan tu.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.