Setiap kali tiba 21 hb, ramai blogger yang mempunyai akaun Adsense akan tersenyum puas. Pada ketika inilah, Adsense akan membayar income USD kepada pemilik-pemilik akaun Google Adsense. Setiap pemilik akaun akan menerima email menyatakan pembayaran sedang dilakukan, samada menerusi cek, Western Union mahupun wire-transfer ke akaun bank.

Pemilik-pemilik akaun Adsense menjana income dari beberapa sumber, samada menerusi blog dan laman web mahupun menerusi video di YouTube. Ada banyak jenis iklan Adsense yang membantu para pemilik akaun Adsense ini menjana income secara online dalam matawang USD.

8 Jenis Iklan Adsense Untuk Buat Duit USD Dengan Blog

8 Jenis Iklan Adsense Untuk Buat Duit USD Dengan Blog
Mungkin buat rakan blogger yang masih baru mengenali Adsense, di dalam platform pengiklanan ini .. terdapat lebih kurang 8 jenis iklan Adsense yang akan  bantu sesebuah blog atau laman web menjana income online.

Saya akan kongsikan kepada anda secara ringkas 8 jenis iklan Adsense ini sebagai panduan untuk anda faham bagaimana Adsense boleh membayar setiap bulan lebih USD100 untuk setiap pemilik akaun Google Adsense.

1. Iklan Teks (ini termasuklah iklan teks yang telah disesuaikan dengan jenis paparan seperti magazine style format)

Biasanya iklan teks adalah termasuk tajuk yang boleh diklik ke sebuah laman web. Ia muncul sebagai satu atau dua baris teks, dan alamat laman web yang dipaparkan dalam warna hijau. Iklan teks ini kadang-kadang dikenali sebagai "sponsored links" kerana tajuk adalah pautan untuk laman web yang diiklankan. Iklan ini boleh muncul di halaman hasil carian Google dan di Google Display Network. Pun begitu, iklan teks mungkin kelihatan sedikit berbeza pada Google Display Network.
[Baca] Buat Duit Dengan Blog Tanpa Modal
2. Gambar
Iklan Adsense yang biasa dilihat di dalam blog dan laman web. Ia gambar pegun, tidak bergerak. Iklan gambar dalam Adsense disediakan dalam beberapa format saiz - 300x250, 300x600, 728x90 dan beberapa lagi. Ia samada iklan melintang atau menegak.
8 Jenis Iklan Adsense Untuk Buat Duit USD Dengan Blog
3. Kepelbagaian Media (Rich Media)
Iklan Adsense jenis ini merupakan satu kumpulan iklan bersifat interaktif yang dihasilkan menerusi HTML, Flash dan juga video. Anda boleh memilih atau tidak jenis iklan ini dalam akaun Adsense untuk dipaparkan. Ada yang merasakan jenis iklan ini agak berat, namun Adsense menegaskan saiznya kurang dari 150KB.

4. Flash
Satu jenis iklan yang dihasilkan menggunakan flash. Ia bersifat interaktif, dan kadangkala boleh diperbesarkan (expand).

5. Video
Iklan berbentuk video adalah antara iklan yang biasa kita lihat. Ia sama dengan iklan yang disiarkan di TV cuma paparannya lebih kecil mengikut format saiz iklan Adsense.
[Baca] Cara Jana Pendapatan Adsense Menerusi Video di YouTube

6. Imej Animasi
Iklan paling popular dalam Adsense. Ia direka dan disediakan dalam format GIF. Ia adalah iklan gambar tetapi bergerak, berbeza dengan jenis iklan gambar yang pegun.

7. Audio
Iklan jenis ini agak jarang keluar secara sendirian, tetapi keluar bersama iklan format video atau flash.

8. Unit Pautan (Link Units)
Iklan jenis ini biasanya akan paparkan iklan berbentuk senarai topik yang berkaitan dengan konten blog atau laman web. Apabila diklik, ia akan bawa anda ke satu laman web yang menyenaraikan iklan-iklan berkaitan topik tersebut. Untuk pengetahuan, klik terhasil ketika unit pautan dipaparkan tidak dibayar. Ia hanya akan bayar anda ketika klik terhasil di laman yang senaraikan iklan dari topik tersebut.

Ok, Sekarang anda dah tahu mengenai 8 jenis iklan Adsense yang ada.

Sebenarnya tak perlu pun anda tahu, tapi lebih baik dari tak tahu .. haha .. setidaknya sekarang anda dah tahu bahawa ada jenis iklan yang diklik tidak akan memberikan anda apa-apa income. Maka, apabila anda lihat akaun Adsense anda punyai klik tinggi tetapi income Adsense anda sikit .. mungkin ia disebabkan oleh 8 jenis iklan Adsense di atas.

Untuk lebih faham cara sebenar nak jana pendapatan blog menerusi Google Adsense, saya syorkan anda untuk BELI Panduan Adsense Revive (2017) yang berharga RM80, sesuai untuk semua.

Rujukan:Adsense Support

11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Memang menunggu akaun masuk je...memang terbaik adsense..hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Yeah .. siapa yang bijak buat video, elok buat video muat naik di YouTube.

      Delete
  3. saya dah beli buku adsense dengan harga promosi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap ... saya tahu tu .. terima kasih sebab beli panduan raja adsense tu

      Delete
  4. Baru je daftar adsense, duit pun baru seciput. Jadi, sabar dan usaha dululah untuk tunggu duit masyukk. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkpe .. pelang-pelan jana income dengan Adsens ni .. dah ada adsense, blogging je macam biasa. :)

      Delete
  5. Saya ada apply untuk google ads ni. Tapi belum dapat balasan. Memang macam tu erk? Ker awal lagi? Ker permohonan saya ditolak. Saya hantar hari sabtu yang lepas.

    Jom exchange blog link, http://lynk.my/w1cm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adsense akan email beritahu samada permohonan berjaya atau tidak. Jadi tunggu je .. :)

      Delete
  6. Oh baru tahu.. Terima kasih untuk info ni. Saya pula masih menunggu reply dari AdSense :-d

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement