Bulan lepas (Januari 2017), anak saya Zikri telah terhentak kepala di bucu besi penghadang di tangga rumah. Akibatnya, Zikri cedera dan telah diberikan rawatan jahitan di Hospital Parit Buntar.

Ketika kejadian, isteri saya yang melayan. Panik jugalah sebab kecederaan pada awalnya nampak serius. Meleleh darah. Uhh kalau orang yang tak tahan tengok darah, mau pengsan .. hehe. Walaupun luka di kepala Zikri agak dalam sehingga perlu dijahit, alhamdulillah cedera di kepala tak serius dan tak ada side effect selepas kejadian.

Bahaya Jika Anak Cedera di Kepala - Ambil Perhatian Garis Panduan Ini

Bahaya Jika Anak Cedera di Kepala - Ambil Perhatian Garis Panduan Ini
Buat ibu bapa yang prihatin, anda patut tahu bahawa kecederaan yang berlaku di kepala terutama pada kanak-kanak adalah sangat bahaya.

Jika anak anda ada terhantuk atau terjatuh, kena periksa bahagian kepala terlebih dahulu. Kemudian cuba lihat samada ada kecederaan. Jika ada cedera atau luka, jangan ambil mudah .. bawa ke hospital dengan segera untuk pemeriksaan. Apatah lagi seandainya ianya berlaku pada anak-anak kecil atau bayi.

6 Garis Panduan Andai Cedera di Kepala

Apabila dah terima rawatan kecederaan di kepala, garis panduan berikut perlu diperhatikan. Penting jika anak cedera di kepala dirujuk ke hospital seberapa segera andai tanda-tanda di bawah ini berlaku dalam masa tempoh 24 jam selepas jalani rawatan atau pemeriksaan kecederaan di kepala.

  1. Pengsan
  2. Jadi keliru dan bercakap tidak betul
  3. Sawan
  4. Sakit kepala atau leher
  5. Kerap muntah
  6. Berdarah di bahagian hidung atau telinga

Jika berlaku, kemungkinan besar kecederaan lebih serius berlaku di bahagian organ dalaman - dalam hal ini, dikhuatiri bahagian otak. Bila otak cedera .. Allahu .. memang sangat bahaya sekali.

Ada ibu bapa yang ambil mudah serta kurang prihatin. Contohnya anak jatuh dari basikal, kepala terhentak ke bawah .. nampak tak ada cedera luaran, jadi terus abaikan. Ibu bapa hanya suka bertindak bila kecederaan itu nampak dengan mata kasar.

Dan apabila sudah ternampak 6 kesan di atas .. tanpa buat rawatan dan pemeriksaan awal, ia mungkin sudah terlambat.

Kecederaan fizikal di kepala boleh dirawat dengan mudah. Tetapi jika sudah berlaku kecederaan di bahagian organ dalaman, rawatan kelak pasti akan jadi rumit dan akan menggunakan kos yang tinggi.

Maka, ibu bapa kena ambil perhatian soal ini.

Apa Perlu Buat Jika Anak Cedera di Kepala
Saya berkongsi info ini sebab sebelum ini saya kurang tahu. Apabila Zikri sudah tercedera di kepala, dan berjahit ... saya diberitahu akan implikasi selepas berlaku kecederaan di kepala yang boleh membawa kepada bahaya lebih besar - termasuk kecacatan kekal dan kematian.

Ambil berat ye .. jangan ambil mudah kalau anak cedera di kepala hatta terhantuk sekalipun.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalamualaikum tuan,

    Baru semalam anak saya yang berumur 1 tahun lebih jatuh dari atas katil ke bawah. Jatuh kepala dulu. Jadi takut pulak lepas baca artikel ni.

    Saya akan pantau keadaan anak bagaimana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena lihat enam perkara tersebut. Kalau nampak macam ada sesuatu yang pelik pada anak, terus bawa hospital.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement