Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini. Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh.
Didik Anak Sebagai 'Hamba' Supaya Tidak Menjadi 'Raja' Zalim
Pernah tak anda melihat senario di mana si ibu sibuk membuat kerja-kerja di rumah, seperti membasuh, mengemop lantai, memasak malah mengemas bilik si anak. Walhal, si ibu ada dua tiga orang anak dara yang duduk bersenang lenang di depan TV, atau mengadap smartphone .. atau berchating depan laptop?Nah .. apabila disuruh untuk tolong .... terus merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa. Lagi teruk, anda yang angkat kaki .. merajuk dan tarik muka .. hanya kerana meminta untuk tutup air jerangan di dapur. Uhh .. kepala digeleng sepuluh kali pun tak jadi apa... hurmmm..
Tak kurang juga anak lelaki, mana mahu nak buat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh perempuan? Hilanglah macho .. rasa macam kelakian kena sagat kat atas tar jalanraya .. erkk.
Anak Jadi 'Raja' Sebagai Berleluasa
Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi 'hamba' sejak dari kecil. Ramai pasangan ibu bapa yang terlalu manjakan anak. Kehendak anak semua dituruti, al maklumlah .. berkemampuan lebih dan tak terima BR1M. Harga barang naik pun tak ada hal .. anak minta itu ini, diberikan sahaja .. agar dapat "I Love U Daddy ...".[Baca] 5 Pedoman dan Tips Didik Anak Untuk Si Ayah
Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Ya ibu bapa kaya berharta .. tapi nak sampai berjaya begitu .. bukan mudah.Ada anak-anak ni ambil tahu? Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka... jadi bagaimana nak tahu, bagaimana nak appreciate?
Ini Alasan Banyak ....
Bila ada beritahu .. jangan manjakan anak. Ini alasan mereka ..."Kesian anak tu kecik lagi.."
"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" kepada anak sampai ke tua. Bila anak jadi begini, kita kata mereka anak derhaka ... nah, pi tempeleng diri sendiri ... dari mana mereka itu datang kalau nasi tidak tumpah ke kuah?
Bukan itu sahaja...
Ada anak yang dah kahwin beranak pinak pun masih menyusahkan mak pak. Benda ni berlaku, dan saya sendiri dah banyak kali lihat dengan mata kepala sendiri .. bukan dari drama TV slot Akasia ye ..
Betul. Ini terjadi dalam dunia masa kini .. baju laki bini anak beranak si emak yang basuh. Umur dah lebih 30 tahun kot ...
Makan lak ... laki bini anak beranak ... mak yang masak. Nak beli sesuatu kat kedai, diminta si ayah yang dok bertongkat pergi belikan. Adeh ..
Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila sudah jadi dewasa. Kalau buatpun, tak ikhlas dan hanya lakukan secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh.
Anak-anak yang telah dewasa, berumah-tangga, beranak-pinak ini akan jadi raja kerana tiada kesedaran dalam diri mereka. Mak bapak menjadi hamba mereka. Apa yang mereka tahu ... selagi mak bapak ada, selagi itulah mereka terus bergantung hidup ...
Saya bukan mahu para ibu bapa untuk dera anak. Dalam Islam sendiri pun ada tingkatan cara didik anak ini. Guna sahaja tips dan panduan yang telah Nabi Muhammad S.A.W sarankan. Jika nabi kata pukul .. maka pukullah .. jika nabi kata ajarkan anak sholat .. maka ajarkanlah.
[Baca] 4 Tingkatan Didik Anak Menurut Apa Nabi Muhammad S.A.W Ajarkan
Ibu bapa harus sedar, bermula dari anak berumur 2 tahun, mereka perlu dipupuk dan dididik supaya menjadi 'hamba'. Arah mereka lakukan sesuatu, paksa mereka. Jangan terlalu lembut hati.
- Usah terlalu kasihankan anak
- Jangan terlalu memanjakan anak
- Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
- Ajar mereka tentang kerja rumah
- Ajar mereka erti kehidupan
- Pupuk kesedaran dalam diri mereka
- Ajar anak perempuan kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah.
- Didik anak perempuan mengenai kebersihan, terutama kebersihan diri.
- Anak lelaki kena biasakan mereka untuk ringan tulang.
- Ajar juga anak lelaki untuk membuat kerja-kerja seperti bertukang, betulkan paip air, siram pokok dan macam-macam lagi.
- Kalau boleh, ajar juga perkara yang anak perempuan buat seperti memasak. Tak ada salah, malah nanti akan jadi satu bonus sebagai seorang lelaki dewasa.
Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan.
[Panduan] Panduan Untuk Didik Anak Menjadi Bijak Cemerlang
Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T
Asslamu'alaikum. Abang, salam kenal dari blogger JOgaja. Wah bestnya bog ni. Nak sambong silaturahmi dengan abang admin blog ni. Afwan bang, saye tak pandai puncan cakap malay ni,, nak learn malay as well la. hehe..
BalasPadamKalaupun abang izinkan saya nak bookmark blog ni, insyaAllah nanti kita tambah saudara. :D Nice to see this post. Lepas tulis artikel ni Salam, invite abang nak tengok review saya kat sini wdec cream review.
That's my blog bang. hehe
Wasslamu'alaikum.
Dunia akhir zaman, ibu bapa menjadi hamba kepada anak-anak. Naudzubillah, moga kita dijauhkan dari golongan itu. Layanilah ibu bapa kita ibarat raja, muliakan mereka dan sayangi mereka. :')
BalasPadamAnak perlu dididik dengan sebaiknya..pertama jaga waktu solat. kedua. bantu ibu bapa buat kerja rumah. ketiga berbudi bahasa...artikel anda sungguh menarik.
BalasPadamAs-salam HH. Sayang anak tangan²kan ��
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.