Ini adalah kerana penyakit itu datang dari Allah S.W.T sebagai ujian untuk iman. Maka itu, sangat penting untuk mohon doa bagi kesembuhan penyakit.
Doa Mohon Kesembuhan Penyakit Kulit Pada Bayi
Hari ini saya nak kongsikan satu doa yang amat baik untuk mereka yang ada masalah atau penyakit kulit. Ia merupakan doa Nabi Ayub yang hadapi penyakit kulit serius diuji oleh Allah S.W.T. Doa ini juga sangat bagus untuk dibaca khusus buat bayi yang hadapi masalah ruam serta penyakit Ekzema dan Psoriasis.Doa ini dituliskan dalam Al Quran. Ia merupakan wahyu Allah S.W.T yang diturunkan untuk menceritakan mengenai kisah Nabi Ayub a.s yang diuji Allah dengan sejenis penyakit. Menurut beberapa pentafsir, ada yang mengatakan bahawa Nabi Ayub terkena penyakit kulit yang sangat-sangat serius, malah ada yang menyatakan bahawa Nabi Ayub terkena penyakit kanser kulit.
Kisah Nabi Ayub dan Bagaimana Doa Ini Diturunkan
Nabi Ayub a.s adalah seorang yang sangat warak dan sangat patuh taat pada perintah Allah S.W.T. Dikisahkan bahawa Nabi Ayub adalah juga seorang yang sangat kaya raya. Walaupun kaya, baginda Nabi Ayub a.s tidak pernah kufur dengan segala nikmat dan rezeki yang Allah berikan. Malah, semakin kaya, semakin Nabi Ayub bersyukur dan semakin tebal imannya.Namun, pada suatu hari .. atas izin Allah S.W.T, syaitan yang sangat dengki dengan peribadi serta tingkah-laku Nabi Ayub telah merosakkan segala harta benda milik Nabi Ayub, malah menyebabkan anak-anak Nabi Ayub meninggal dunia.
Allah Maha Mengetahui. Allah S.W.T telah memberitahu syaitan .. walau apa jua perkara dilakukan ke atas Nabi Ayub, iman Nabi Ayub tidak mudah goyah.
Maka itu, walaupun Syaitan (dengan izin Allah) menyebabkan Nabi Ayub jadi miskin dan kehilangan anak; Nabi Ayub tetap memuji Allah S.W.T.
Lalu, Syaitan pun memohon untuk menguji Nabi Ayub sekali lagi, kali ini dengan mendatangkan penyakit kepada Nabi Ayub. Dan Allah S.W.T sekali lagi berfirman bahawa iman Nabi Ayub takkan berganjak dan akan terus memuji Allah.
Nabi Ayub pun tersiksa dengan penyakit yang didatangkan. Ramai yang tafsir penyakit tersebut adalah penyakit kulit. Seriusnya penyakit kulit dihadapi oleh Nabi Ayub sehingga kepalanya jadi berulat.
Kehebatan iman Nabi Ayub ini telah mendapat perhatian malaikat.
Pada satu hari, ketika Nabi Ayub sedang bersholat, keluar dan jatuhlah ulat-ulat yang berada di kepalanya ketika bersujud. Selesai sahaja sholat, Nabi Ayub mengambil ulat-ulat itu kembali diletakkan di atas kepalanya. Perlakuan tersebut diperhatikan oleh Malaikat dan dengan hairan Malaikat bertanya ..
"Kenapa diletakkan kembali ulat tersebut di atas kepala?"
Lalu Nabi Ayub menjawab ..
"Selama ini, ulat-ulat ini hidup segar bugar di atas kepalaku. Aku takut nanti jika ulat-ulat itu mati, ia akan mengadu pada Allah di akhirat nanti, dan takut disebabkan ini aku tidak dapat masuk ke syurga Allah S.W.T"
Begitulah hebatnya iman Nabi Ayub a.s.
Setelah Malaikat mendengar kata-kata Nabi Ayub, Malaikat lantas menghadap Allah dan beritahu akan kejadian tersebut. Malaikat yang merasa sangat kesian pada Nabi Ayub meminta kesembuhan daripada Allah untuk Nabi Ayub.
[Dah Baca?] Tips Penawar Penyakit dari Ayat Al QuranMaka Allah S.W.T pun memerintahkan Malaikat untuk bertemu Nabi Ayub supaya memohon doa kepada Allah S.W.T untuk kesembuhan penyakitnya.
Bila diberitahu oleh Malaikat supaya Nabi Ayub berdoa untuk mohon kesembuhan, apa Nabi Ayub kata?
Surah Al-Anbiya, 83:
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
Nabi Ayub tidak meminta kesembuhan tetapi terus memuji Allah S.WT.
Lantas Allah menurunkan ayat di bawah ini :
Surah Sad, 42:
ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَٰذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".
Nabi Ayub a.s pun pulih dari penyakit kulit yang ditafsirkan dengan dialami oleh baginda selama 7 tahun 7 minggu dan 7 hari.
Untuk itu, sangat disarankan kepada ibu bapa yang ada anak alami masalah penyakit kulit seperti ruam, Ekzema, mahupun Psoriasis untuk menggunakan doa Nabi Ayub dari surah An-Anbiya, 83-84 untuk kesembuhan penyakit kulit. In Sha Allah .. semoga Allah akan sembuhkan penyakit kulit yang dialami.
Caranya, ambil air .. baca doa di atas dan sapukan pada bahagian terkena penyakit kulit.
Semoga berjaya. In Sha Allah.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.