Siapa sini adalah pelanggan Telekom Malaysia? Dah terima kejutan (surprise) dari Telekom tak? Jika belum, baik anda semak sekarang sebelum tawaran khas tersebut tiada. Saya sudah beberapa kali buat, dan setiap kali saya buat, tawaran yang diberikan kepada saya adalah sama ... walaupun ada antara kenalan saya dapat tawaran yang lebih menarik.

Kejutan daripada Telekom Malaysia (TM) ini telah bermula sejak awal tahun 2017 lagi. Saya menyedarinya apabila anda rakan yang forward kejutan ini menerusi aplikasi WhatsApp. Saya agak pasti, ramai yang belum tahu mengenai kejutan khas TM ini untuk para pelanggannya... walaupun pihak TM ada menyatakan bahawa mereka menghantar email dan juga SMS untuk semua pelanggan yang layak.

Kejutan Khas Untuk Pelanggan Telekom Malaysia - Unifi, Streamyx dan TM Homeline

Kejutan Khas Untuk Pelanggan Telekom
Kejutan khas yang menawarkan diskaun serta hadiah percuma ini diberikan secara rawak menerusi laman web khas TM Thank You Surprise. Anda mungkin akan mendapat tawaran untuk upgrade pakej Streamyx atau Unifi, mungkin juga baucer pembelian khas TM, mungkin tawaran pakej WebeMobile.... mungkin potongan rebat dalam bil telefon anda. :)
[Baca] 15 Fakta Mengenai Webe Harus Pengguna Tahu
Ia adalah bertujuan untuk menghargai pelanggan-pelanggan setia TM, dan juga sebagai langkah pengemaskinian data pelanggan TM. Inisiatif ini adalah sebahagian kempen TM di bawah Broadband Improvement Plan yang ada disebutkan di dalam Bajet 2017 oleh Perdana Menteri.

Cara Mendapatkan Kejutan dan Tawaran Khas TM

Kejutan Khas Untuk Pelanggan Telekom

Untuk mendapatkan kejutan khas TM ini, apa yang perlu anda buat hanyalah isi maklumat peribadi anda dengan lengkap di laman web TM Thank You Surprise. Tiada sebarang login diperlukan. Antara maklumat yang perlu anda isi adalah:

  • Nama Penuh
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon TM Homeline
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Email

Tawaran ini terbuka untuk semua pelanggan TM meliputi pelanggan TM Homeline (telefon), pelanggan Streamyx dan juga Unifi.

Sekiranya tawaran yang diberikan tidak memenuhi kehendak anda, boleh sahaja untuk menolak. Walaubagaimanapun, semua pelanggan TM akan diberitahu menerusi SMS dan juga email bermula dari 16 Januari 2017 mengenai promosi, kempen dan tawaran khas TM Thank You Surprise.

Upgrade Khas Untuk Pengguna Streamyx

Untuk pengguna Streamyx, pihak TM juga memaklumkan bahawa satu pakej upgrade khas akan ditawarkan di bawah inisiatif Broadband Improvement Plan bermula dari April 2017. Ini akan memberikan lebih nilai untuk pengguna Streamyx dengan pakej yang lebih baik kelak.

Maklumat lanjut mengenai TM Thank You Surprise ini boleh didapati menerusi saluran-saluran berikut:

i. @TMConnects di Twitter (https://twitter.com/tmconnects/)
ii. EveryoneConnects di Facebook (https://www.facebook.om/everyoneconnects/)
iii. TM Live Chat
iv. TMPoint berdekatan
v. E-mail menerusi help@tm.com.my
vi. Telefon 100 menerusi talian tetap

Semua tawaran yang diberikan menerusi TM Thank You Surprise adalah tertakluk dengan tempoh promosi dinyatakan serta terma dan syarat tertentu.

Nak tahu apa kejutan TM untuk anda? Terus sahaja ke laman web berikut - https://www.tm.com.my/thankyousurprise/


3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement