Alahai anak. Kami sekeluarga punyalah cuba nak elak dari mempunyai seekor kucing, namun apakan daya .... kucing jalanan yang datang tanpa diundang, akhirnya menjadi tempat untuk anak perempuan saya bermanja setiap kali pulang dari sekolah. Siap dah ada nama .. Comot.

Comot seekor kucing jantan. Kalau ikut dari gerak geri si Comot, saya agak kucing ni masih lagi remaja, baru nak menginjak ke alam dewasa .. tu sebab dia manja semacam je .. tak macam kucing jantan yang lain... huhu.

Maira Sudah Ada Comot Untuk Bermanja Apabila Pulang Dari Sekolah

Maira Sudah Ada Comot Untuk Bermanja Apabila Pulang Dari Sekolah
Memelihara kucing dari sudut agama merupakan satu sunah Nabi Muhammad S.A.W. di mana Nabi melihara seekor kucing yang dinamakan Mueeza. Nabi memang sayangkan kucing, malah menyeru supaya haiwan ini dilayan seolah seperti keluarga sendiri.

Jadi, disebabkan itu ... saya tiada halangan pun untuk Maira mempunyai seekor kucing peliharaan.

Awal Dulu Tak Benarkan Pelihara Kucing

Sebelum ini, dah banyak kali Maira minta saya dapatkan seekor kucing untuk dipelihara. Namun, saya bertegas supaya tidak membenarkan haiwan berbulu ini sebagai haiwan peliharaan. Sebab utama ialah kerana risau bulu kucing boleh mendatangkan mudarat.

Comot datang di saat isteri saya sudah disahkan mengandung lebih 3 bulan. Datangnya secara tiba-tiba sudah menjadi satu rutin setiap hari setelah selalu diberikan makan oleh isteri dan anak-anak saya.

Hmm .. apabila dah dapat lampu hijau dari saya dan isteri .. makanya Comot pun dianggap sebagai haiwan peliharaan di rumah kami. Alhamdulillah, Comot tak datangkan banyak masalah. Cuma ada beberapa kali ditangkap melepaskan air kencing di tepi peti ais dan meja makan.

Atas sebab tanggungjawab, selalunya Maira dan Zikri yang akan membersihkan 'sisa' air kencing si Comot. Tugas memberikan makan, membersihkan si Comot juga dilakukan oleh dua anak saya ini.

Kisah Kucing Nabi Bernama Mueeza

Saya nak kongsi satu kisah mengenai kucing peliharaan Nabi Muhammad S.A.W bernama Mueeza.

Diceritakan dalam suatu kisah, ketika Nabi mahu mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Dan apabila Nabi kembali semula ke rumah, Mueeza terbangun dan merunduk sujud kepada Nabi sebagai tanda hormat dan kasih. Sebagai balasan, Nabi pun mengelus lembut ke badan Mueeza sebanyak 3 kali sebagai tanda menyanyanginya. 

Manakala, setiap kali Nabi S.A.W menerima tetamu di rumahnya, Nabi akan selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipaha. Dan diceritakan juga, satu sifat Mueeza yang Nabi suka ialah ia selalu 'bersuara' ketika mendengar azan; seolah-olah suara Mueeza terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan dilaungkan.

Begitulah kisah kucing Nabi Muhammad S.A.W ...

Hadis Popular Mengenai Kucing

Ada satu hadis yang sangat menarik mengenai kucing yang ingin saya kongsikan.

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi S.A.W pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas". Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis".

Itulah keistimewaan kucing dalam Islam daripada salah satu hadis yang popular. Ada beberapa hadis lain yang memberitahu bahawa kucing adalah haiwan peliharaan yang bersih, malah ada kisah di mana isteri Nabi Muhammad, iaitu Aisyah sendiri pernah 'berkongsi' bekas makanan dengan seekor kucing.

Kucing tidak najis.

Mungkin ada yang anggap bahawa kucing adalah haiwan yang pengotor sebab pernah melihat kucing ini mencari makan di kawasan buangan sampah atau memakan sisa makanan. namun hakikatnya Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak pernah anggap bahawa kucing ini merupakan haiwan yang pengotor.
Pelihara Kucing Satu Sunah dan Jemput Rezeki
Apabila Maira saya lihat bermanja-manja dengan si Comot, malah tidur bersama .. saya sedikit tak rasa gusar kerana saya sedar akan kebenaran kata-kata dari Nabi Muhammad S.A.W.

Comot Datang Dengan Buka Pintu Rezeki

Malah, sejak adanya si Comot, rezeki datang dari pelbagai sudut. Dan kebetulan pula, isteri saya yang sedang sarat mengandung pun turut sama menjaga si Comot, memberikan makan setiap pagi. Walhal sebelum ini (sebelum ada kandungan), memang alergik pada kucing, dan antara yang tidak suka kucing dipelihara di dalam rumah.

Betullah apa yang dikatakan orang .. jika sesuatu itu datang dalam keadaan tertentu (sebelum ini tak suka), dan kita terima dengan redha, in Sha Allah .. akan datang rezeki yang baik lagi berkat ..... Menyanyangi haiwan, apatah lagi haiwan yang pernah dipelihara oleh Nabi adalah satu jalan untuk mendapat rezeki yang diberkati.

Comot sudah biasa dengan keadaan di rumah. Kucing jalanan ini tahu mana kawasan yang boleh dan tidak boleh dimasuki. Malah, dia tahu cara nak keluar dari rumah kalau mahu melepaskan 'hajat'. Alhamdulillah, Comot kucing jantan yang dimanjai Maira dan Zikri tak ada datangkan sebarang masalah berat pada kami.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dulu time kecik pernah bela sekor tapi mati. Sampai sekarang saya tak bela lagi. Bukan apa. Saya tak pandai jaga. Takut mati pulak. Huhu.

    Jom masuk bloglist saya,
    http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/2017/02/exchange-blog-link-by-mommy-muhaimin.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement