Hmm rakyat Perak tentu rasa bangga dengan langkah kerajaan yang prihatin mengenai masalah alam sekitar dan juga masalah kekurangan tapak pelupusan sampah ini. Ia sesuai dengan kempen yang dijalankan oleh pihak KPKTM yang pernah saya warkan sebelum ini - WTE Dari Sampah ke Tenaga.
Perak Laksana Bebas Plastik dan Bekas Polisterin Mulai Jun 2017
Kempen kesedaran mengenai bahaya plastik dah lama diadakan, malah sejak saya masih remaja pun sudah ada kempen ini. Namun, kebanyakkan rakyat Malaysia masih kurang prihatin dengan usaha dan langkah murni kerajaan.Kerana itulah, pihak kerajaan menerusi KPKTM mewujudkan undang-undang dan melaksanakan dasar pengasingan sisa pepejal mulai September tahun 2015. Nak tak nak .. kuasa undang-undang diperlukan supaya rakyat mengahsihani alam sekitar dan bertanggungjawab dengan apa yang sedang berlaku pada bumi Allah ini.
"Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." - HR Muslim
Kita terlupa bahawa konsep menjadi seorang insan yang baik adalah berbuat baik pada alam sekitar. Kita abaikan kebersihan dan lestari alam hanya untuk kepetingan diri; sehingga satu tahap .. Allah S.W.T perlu memperingatkan kita mengenainya.
Apabila kejadian banjir, tanah runtuh dan gempa melanda Malaysia ... ramai rakyat panik, gelisah, gusar dan rasa risau. Tapi, mereka masih lagi berterusan alpa bahawa bumi dan alam sedang dimusnahkan oleh tangan-tangan kita sendiri. Adakah kita tidak bersyukur dan kufur nikmat alam ini?
Jadi, melaksanakan undang-undang dan mewartakannya untuk lindungi alam sekitar suatu perkara yang harus diambil fikiran sebagai satu yang wajar.
Kerajaan negeri Perak akan melaksanakan dan menguatkuasakan sepenuhnya larangan penggunaan plastik dan bekas polisterin berkuat-kuasa Jun 2017.
Larangan ini melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan juga negeri. Ia juga akan dilaksanakan buat semua orang awam (samada rakyat Perak atau negeri lain yang bekerja di Perak), pasaraya, premis perniagaan mahupun kedai runcit.
Pada mereka yang mungkin tidak sedar, proses perlaksanaan ini telahpun bermula berperingkat sejak Jun 2016.
[Baca] Cara Saya Sokong Kempen Bebas Beg PlastikSejak dari itu, semua premis dan penyedia makanan digalakkan untuk menyediakan makanan dalam bentuk bufet atau menyediakan bekas yang boleh diurai secara semulajadi. Malah, kempen-kempen dan usaha pendidikan juga terus dibuat supaya perlaksanaan bebas plastik dan bekas polisterin berjalan dengan sempurna apabila penguatkuasaan undang-undang sepenuhnya dibuat mulai Jun 2017.
Mulai Januari 2017 ...
Dan untuk peringkat kedua, bermula Januari 2017 larangan penggunaan plastik dan bekas polisterin ini akan dikuatkuaskan sepenuhnya pada semua bangunan kerajaan persekutuan dan negeri Perak.Semoga usaha murni ini akan mendapat kerjasama daripada rakyat Perak dalam memastikan matlamat Perak Bersih tercapai. Perak Bersih Rakyat Sihat. Sayangi dan hormatilah alam sekitar dan bumi yang dipinjamkan Allah S.W.T kepada kita.
Jangan sampai Allah datangkan bala dan peringatan yang sangat dasyat pada kita, dan ketika itulah baru kita mahu sedar bahawa kita sudah banyak melakukan kerosakan ke atas alam dan diri kita sendiri.
"Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia, demikian (supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap (kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka kembali bertaubat." - Surah Al-Rum ayat 41
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.