Saya tak pasti samada ketika saya update blog post ini, Golden Fortune Pizza masih ada lagi ditawarkan di restoran Pizza Hut Malaysia. Siapa yang dah makan pasti akan setuju dengan saya jika saya katakan yang Golden Fortune Pizza Hut edisi 2017 ini memang sedap dan lazat; apatah lagi kalau anda pesan bersama extra-cheese.
Sedapnya Golden Fortune Pizza Hut Edisi 2017
Saya dah dua kali merasa Golden Fortune Pizza ini semasa musim perayaan Tahun Baru Cina 2017. Pertama kali saya datang bersama Maira, anak perempuan tunggal saya; ... hanya berdua menikmati pizza eksklusif Pizza Hut Malaysia.Pizza ini datang dengan set. Jadi, saya dan Maira mendapatkan Golden Fortune Pizza ini bersama air Buah Cinta (Passion Fruit), beserta Dessert yang boleh dipilih - antaranya Chicken Sticks, Chips & Dip, Garlic Bread ... dan yang lain tak berapa nak ingat .. haha. Sup pula diberikan sekali dalam set ini.
[post_ads]
Lepas tu, saya kembali lagi bersama isteri dan anak-anak saya yang lain. Set yang sama saya order tetapi dengan dessert dan appetizer yang berlainan. Alhamdulillah, walaupun ambil set untuk makan 4 orang dewasa, pizza berjaya dihabiskan sehingga licin. Sempat bungkus bawa pulang untuk Abang Long Amri yang tak join kami makan di Pizza Hut sebab menelaah ayat hafazan.
Memang puas hatilah makan pizza ni. Anak-anak saya semuanya suka dengan Golden Fortune Pizza edisi 2017 ni. Udang seekor bagi setiap slice pizza .. dengan tambahan cheese .. perghh ... leleh baii ... hahaha..
Rasa macam nak pergi Pizza Hut dan order lagi Golden Fortune Pizza ni... memang sedap! Cuba-cuba tengok kat laman web Pizza Hut, manalah tahu kot-kot ada apa-apa promosi, tapi nampaknya tak ada .. malah saya tak nampak pun menu pizza (Golden Fortune) ini dipaparkan.
Huhu .. rugilah siapa tak dapat merasai kesedapan Golden Fortune Pizza dengan Tempura Prawn ni ... lalalalala... jadilah ekk layan gambar .. :P
Tergoda tgk. Huhu... Tak dapat nk makan Pizza selalu.. Sbb jauh Dr bandar dan tiada servis delivery di sini... Huhu
ReplyDeleteharap2 bila nak mkan pizza menu ni ada lagi la..huhu
ReplyDeletelapar pula tengok pizza ni malam malam macamni hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.